Followers

Monday, January 06, 2014

Teater "Bahayanya Wanita"


Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog setia saya. Kali ni saya berpeluang menonton Teater paling meletop 2013 iaitu teater "Bahayanya Wanita". Kalau dah selalunya kita tengok wayang je, apa salah sekali sekala kita tengok pulak teater. Dengar kata setiap hari teater ni fullhouse sehinggalah hari terakhir persembahan iaitu pada 31 Dis 2013. Saya sendiri berkesempatan menonton persembahan teater ini pada hari ke 3 persembahan di Istana Budaya. 


Bahayanya Wanita

Zizan Razak menjadi tumpuan

Semua barisan pelakon dan tenaga kerja

Seperti penonton-penonton yang lain, expectation saya pada awalnya ingin menonton 4 barisan pelakon utama iaitu Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira dan Nora Danish. Teater berkonsepkan muzikal ni mengisarkan bagaimana kehidupan Zizan yang berkahwin 3 dan terpaksa melayan kerenah isteri-isterinya. Setiap seorang isterinya ditonjolkan dengan perwatakan yang berbeza sehinggalah akhirnya Zizan jatuh cinta dengan watak ke empat yang ingin dijadikan juga sebagai isteri.

Teater ini walaupun memfokuskan kepada konsep poligami namun ianya dibawakan dengan cara yang sangat santai dan menghiburkan. Lakonan Zizan seperti yang kita tahu, menjadi penghidup kepada teater ini disamping lakonan mantap isteri-isterinya yang lain. Dengan tidak hanya berpandukan skrip asal, Zizan sering menokok nambah dialognya sendiri bagi menceriakan panggung sari Istana Budaya. Lagu-lagu yang dipilih juga kebanyakkannya adalah dari lagu-lagu popular masa kini yang ditukar lirik. 



Ketika sesi autograf

Beratur untuk sesi autograf

Nora Danish 

Zizan Razak bersama Zizan Razak

Secara keseluruhannya, teater ini sangat menghiburkan dan dikira berjaya. Namun begitu, secara peribadinya saya agak kurang "puas" menonton lakonan ketiga-tiga isteri Zizan kerana hampir baki 50% lagi persembahan teater ini telah didominasi oleh Erma Fatima. Ye, Erma Fatima adalah pengarah teater ini dan dia merupakan calon isteri ke 4 buat Zizan. Erma Fatima di dalam usaha untuk mencari cinta sejati dan berazam untuk tidak berkahwin dengan lelaki orang akhirnya jatuh cinta juga dengan Zizan yang mengaku bujang. 


Lakonan terbaik oleh Zizan

Bergambar bersama Zizan 

Sempat bergambar bersama Nora Danish


Yang penting kita enjoy~


Bersama Umie Aida

Bersama Datin Ziela Jalil

Single shot bersama Lana Nordin

Lakonan Johan juga best

Selain dari lakonan, pujian juga harus diberikan kepada orang dibelakang tabir yang bekerja keras menghasilkan props, sets dan muzik. Sets yang digunakan begitu cantik dan berjaya ditukar dengan lancarnya ketika proses perubahan scene. Kawalan muzik pula sangat baik lebih-lebih lagi kebanyakkan dari lagu yang dinyanyikan adalah miming dan memerlukan pengawalan masa yang tepat.

Akhir kata, marilah kita memberi sokongan terhadap teater Malaysia. Kalau bukan kita, siapa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...