Followers

Wednesday, January 01, 2014

Misi Selamatkan Kereta


Selamat Tahun Baru 2014. Sedang baru saja menyambut hari pertama dalam tahun 2014 ini saya sekadar nak berkongsi dengan satu situasi yang telah berlaku di Pullman Putrajaya. Situasinya di mana sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita termasuk ke dalam longkang besar ketika ingin memasuki kawasan parking berrumput. Benda ni sebenarnya mungkin berlaku kerana pemandu menganggap takde longkang dan terus memandu ke arah dalam longkang.

Tapi takpelah, nasib baik waktu kejadian agak ramai orang berada disekeliling dan bersedia untuk membantu. Dengan bermodalkan tulang empat kerat bersama lebih kurang 7-8 orang awam di situ menolak dan menarik kereta ni keluar dari longkang tersebut termasuklah saya sendiri. Setelah beberapa kali mencuba barulah kereta ni berjaya ditarik ke atas. Walaupun kereta ni kecik je dan nampak macam ringan, tapi oleh kerana longkang ni dalam sangat jadi memang agak susah pada awalnya nak tolak ke atas.




Keadaan kereta selepas termasuk ke dalam longkang

Diantara suasana menolak dan menarik kereta

Periksa enjin kereta


Video ketika ketika mengeluarkan kereta


Alhamdullilah, rasanya lebih kurang 30 minit juga kereta ni berjaya di keluarkan dari longkang. Apa yang dah rosak tu memang tak boleh buat apa, tapi kereta ni nasib baik masih boleh berjalan seperti biasa. Pesanan saya kepada semua pemandu di luar sana agar lebih berhati-hati ketika memandu.



Selamat tahun Baru~!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...