Followers

Thursday, January 02, 2014

Majlis Perkahwinan - Zarin & Zarith [Kuala Lumpur]


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Walaupun dah hampir setahun sebenarnya saya mendirikan rumah tangga dan baru perasan rupanya saya tak share lagi cerita pasal wedding saya. Alang-alang saya bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 5 Jan 2014 nanti, jadi saya ambil peluang ni untuk mengimbau kembali apa yang telah saya lalui pada setahun yang lalu. Chewah~

Wedding di side KL ni saya dah rancang nak buat di dewan sebab kalau nak buat kat hotel memang tak mampu. Jadi dewan yang menjadi pilihan saya dan Zarith adalah di Pusat Komuniti Bukit Damansara yang telahpun saya book setahun awal dari tarikh persandingan. Walaupun sebenarnya parents saya menetap di Gombak, tapi saya memilih dewan di Bukit Damansara adalah kerana suasana dewan ni yang sangat cantik dan sangat relaxing

Dalam kepala saya macam-macam saya nak buat untuk wedding di side KL ni. Dipendekkan cerita, saya berada di Dewan ni ketika malam sebelum persandingan sehingga 4 hingga 5 pagi. Macam-macamlah saya nak setting, photobooth la... dual screen projectorlah. Nasib baik ada ahli keluarga dan Aino Nano yang membantu pada malam tu sampai pagi.

Pada hari persandingan tu saya dan Zarith telah bersiap di rumah baru kami iaitu di Denai Alam. Rumah ni pun actually saya dah duduk 3 bulan lebih awal seorang diri bagi membolehkan saya merancang persediaan selepas berkahwin nanti. Tak ramai yang ada masa tu dirumah ni, hanya jurukamera, mak andam dan pengapit saya dan Zarith yang saya akan perkenalkan diakhir blog ni nanti. Semua ahli keluarga saya dah pergi ke dewan pada awal-awal pagi lagi.

Ketika bersiap sedia

Zarith dah bersiap dengan bunganya

Warna tema Putih dan Turquoise adalah pilihan warna saya. (Saya tak tau kenapa saya tak pilih warna oren masa tu). Semua baju kahwin adalah hasil tempahan sendiri dengan perancangan teliti oleh Zarith bagi memastikan penjimatan dan tiada pembaziran. Kami berjumpa dengan ahli keluarga Zarith di masjid berhadapan dengan dewan bagi berkumpul dan sama-sama menuju di dewan persandingan. Keluarga Zarith pula memakai pakaian bertemakan warna hijau pisang.

Berjumpa bersama keluarga Zarith terlebih dahulu di Masjid

Sempat bergambar dulu

Sewaktu di dalam kereta lagi saya sempat mencuri dengar dari walkie talkie pengapit saya yang sedang sering mengupdate keadaan di dalam dewan. Dengar macam Ustaz nak baca doa tak datang lagi la... lagu kahwin takde la.. aish, Saya macam dah panic dah masa tu, rasa nak pergi tengok je apa yang tak siap lagi. Tapi orang kata biasalah, buat majlis-majlis macam ni memanglah macam ni, kena banyak bersabar dan tenang. Orang kuat di dalam dewan ketika itu adalah kakak saya sendiri yang dah mula menginsing lengan baju sejak awal pagi lagi. Dia pun dah biasa uruskan event, jadi biasalah kalau ada kurang sana sini, harapkan dia pandai-pandai cover.

Saya juga telah merancang untuk mengadakan PhotoBooth untuk semua tetamu yang hadir. Saya memang over sikit kalau ada Photo Booth ni sebab saya nak pastikan ianya cantik dan flownya teratur. Jadi di Photo Booth  ni saya setkan satu meja untuk tetamu menulis ucapan yang mana meja ini dipenuhi dengan decoration ala-ala English Style sambil ada 1 monitor yang menayangkan video Pre Wedding kami. Kat situ juga tetamu boleh bergambar di backdrop ala-ala dinding rumah yang dipenuhi dengan frame gambar muka kami berdua. Kat sini saya gunakan konsep polaroid saja dan gambar tersebut terus diletak disebelah ucapan tetamu.


Antara tetamu yang sedang menulis ucapan

Antara orang kuat ketika di set Photobooth

Ini pula adalah Ice & Idaman
 bersama flower girls saya yang comel

Setibanya di pintu masuk dewan, sudah tentulah rombongan pengantin disambut oleh ayah dan mak saya yang lengkap berpakaian baju melayu mengikut warna tema. Setelah membaca selawat kami dibawa ke pelamin perkahwinan yang dari jauh sudah kelihatan tertulis nama kami berdua. Sebaik sahaja kami duduk di kerusi pelamin, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Semua tetamu terkejut sebab lagu kahwin yang sedang dimainkan itu berhenti dengan secara tiba-tiba. Nasib baik juga ada pasangan pengacara majlis yang begitu professional iaitu Saiful Nizam dan Aida Gadis Melayu yang pandai berjenaka dengan tetamu dan pengantin. Inilah lumrah perkahwinan, sering diduga dengan macam-macam masalah, katanya. Tak sampai 2 minit, elektrik kembali pulih dan majlis diteruskan seperti biasa. Upacara menepung tawar oleh keluarga Zarithpun dimulakan dan diteruskan dengan upacara makan beradab.

Pelamin yang berkonsepkan cream putih


Ayah saya sedang menyamburt tetamu
Ketika di pelamin bersama pengapit saya Sabri dan Nisa

Keluarga Zarith ketika dipelamin

Keluarga saya ketika di pelamin

Pengapit saya pada hari tersebut adalah Sabri dan Nisa yang sangat banyak membantu. Saya rasa bertuah kerana mereka berdua ada di kiri dan kanan saya ketika majlis berlangsung kerana mereka sangat memahami saya dan Zarith. Kalau saya nakkan pengapit, saya memang recommend mereka berdua.

Oleh kerana latar belakang kerja saya adalah terlibat dengan Upin Ipin dan sedikit sebanyak dengan media, jadi saya gunakan semua pengalaman saya sebelum ini dan saya cuba applykan di majlis persandingan. Pada hari tersebut, bukan sahaja maskot Upin & Ipin membuat penampilan di saat akhir namun saya tampilkan juga pelakon suara Upin & Ipin iaitu Asyiela Putri dengan lagu pilihan saya sendiri iaitu lagu "Terukir di Bintang". Saya pun rasa bersyukur kerana Aida Gadis Melayu sudi menjadi pengacara majlis saya bersama suaminya Saiful Nizam. Selain itu, saya juga menjemput adik Crystal Lee yang sangat pandai menyanyikan lagu-lagu melayu. Crystal Lee ni adalah bakat cilik yang sedang meningkat naik dan persembahannya di majlis tersebut sememangnya membuatkan ramai yang terhibur. Selain itu, sekali lagi saya bersyukur kerana jemputan khas saya yang saya tak sangka dia akan datang tapi dia datang juga. Beliau adalah Dato' Aziz Sattar.

Asyiela Putri ketika bersama Aida dan Saiful Nizam

Sesi memotong kek

Majlis tersebut berjalan dengan lancar selepas itu dan saya nampak kebanyakkan saudara mara dan rakan-rakan terdekat masih berada di meja makan untuk bergambar bersama-sama. Walaupun ketibaan pengantin saya lewatkan sedikit iaitu selepas solat Zohor, namun masih ramai yang menantikan ketibaan pengantin. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu bukan sahaka pada hari persandingan malahan pada bulan-bulan sebelumnya lagi. Terima kasih juga kepada kawan-kawan rapat yang membantu melancarkan perjalanan majlis.

Bersama keluarga Zarith

Bersama rakan-rakan dari LCM

Bersama Bos Les' Copaque

Bersama diantara staff Les' Copaque Production

Bersama keluarga dan Dato' Aziz Sattar

Bersama kawan-kawan rapat dan Iqram Dinzly

Bersama ahli keluarga saya

Sebelum saya mengakhiri post kali ini, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada jurugambar rasmi kami iaitu Firdaus Adam dan Videograpfer kami PreetyPeektures kerana telah menghasilkan gambar dan video yang cantik. Terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami berdua. Hehe...

Gambar outdoor

Gambar Outdoor

p/s: lepas siap post ni baru perasan yang side Ipoh punya pun tak post lagi.. lalala





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...