Followers

Thursday, December 12, 2013

Majlis Pratonton Papadom 2


Alhamdulillah, baru-baru ni saya menerima jemputan untuk menghadiri majlis pratonton Papadom 2 di Cineleisure Damansara. Majlis Pra Tonton yang sangat santai ni turut dihadiri oleh hampir kesemua pelakon utama filem ini. Sekali pandang, saya sangat tertarik dengan lukisan poster Papadom 2 ni kerana lukisannya bukan saja cantik, malahan dah lama tak ramai yang buat style macam ni. Satu konsep yang menarik dan saya rasa "boleh jual".

Siapa yang telah menonton Papadom 1 pasti tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Mia selepas kejadian yang lepas. Untuk Papadom 2 ni, fokusnya adalah lebih kepada Mia yang merahsiakan bakal suaminya. Afdlin Shauki ataupun Papadom ni pula kali ni sibuk menyelidik siapakah bakal suami Mia itu.


Alfaeza juga turut hadir di majlis pratonton

Mia sara pun ada

Untuk Papadom 2 ini, saya dapat rasanya keikhlasan abang Afdlin untuk menyampaikan mesejnya. Konsep kekeluargaan masih diutamakan tetapi kali ini lebih berat dan sekali sekala mampu membuatkan penonton rasa sebak. Saya cukup suka cara dengan cara Papadom 2 membawa penonton di dalam alam Saadom yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuannya. Elemen-elemen humor yang diguna pakai oleh abang Afdlin memang cukup sesuai dan kelakar walaupun kadang-kadang saya terfikir style humornya hampir sama dengan abang Mamat Khalid. Sempat juga abang Afdlin menyindir penerbit filem yang terlalu banyak menghasilkan filem hantu.

Kasih sayang diantara bapa dan anak perempuannya begitu unik sehingga ianya hanya mampu dipersembahkan di dalam filem ini. Saya tak dapat nak berkongsi dengan lebih terperinci mengenai filem ni tetapi saya harapkan marilah menonton filem ini di pawagam.  Selain dari rangka cerita yang baik, saya kira lakonan Riezman Khuzaimie juga harus mendapat pujian. Seperti yang kita tahu, Riezman adalah seorang pelakon yang sangat berbakat. Lakonan Riezman di dalam filem ini merupakan lakonan gila-gila yang sangat menjadi. 

Sempat bergambar bersama Mia Sara


Abang Afdlin ketika memperkenalkan barisan pelakon

Majlis memotong kek

Papadom 2


Seperti yang saya bagitahu tadi, fokus filem ini adalah untuk mencari siapakah bakal suami kepada Mia? Kalau nak tahu, kenalah tengok filem ni di panggung mulai hari ini.  

p/s : Gambar kredit kepada http://udeshahituaku.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...