Followers

Monday, December 09, 2013

Kegilaan Timberland


Assalamualaikum kepada pembaca blog saya. Semenjak dua menjak ni, nampaknya tak tau kenapa saya dah berjangkit dengan kegilaan kasut Timberland. Actually, mula-mula tu saya tak berapa nak minat sangat dan memandangkan semua bot Timberland harganya tersangatlah mahal sehingga ada yang mencecah RM1000 untuk sepasang bot. Kalau yang ada murah sikit pun macam RM300 nampak sangat simple dan macam tak berbaloi pula. Bukan itu saja, semua bot timberland adalah sangat berat dan besar okie.

NewImage
Beberapa bulan lepas, ketika sambutan Timberland ke 40, dorang dah ada mula buat offer yang jarang-jarang dilakukan. Sebelum ni, kalau ada diskaun pun setakat 10-15% saja. Tapi sekarang ni diskaunnya ada mencecah 40% dan harga sepasang bot tu dah jatuh banyak. Tambah menarik lagi, Timberland juga ada mengeluarkan beberapa edisi bot khusus sempena menyambut ulang tahun ke 40 ini. Contohnya, yellow bot yang berwarna merah memang nampak unik dan menarik. Berasaskan rekaan yellow bot juga, Timberland ada mengeluarkan rekaan bot bertapak hitam yang lebih nampak smart dan eksklusif. Hari saya pun dah sambar sepasang kasut bot Merah ni. Bot Merah yang jarang-jarang dikeluarkan oleh Timberland ini walaupun pada mulanya nampak pelik sikit dan segan nak pakai, tapi  bila dah lama-lama tu ianya nampak sangat unik dan mencapaplah orang cakap.
Timber01

Timber02

Bila dah hampir sebulan saya pakai, rasanya bot Timberland ni sangat selesa dipakai dan kualitinya sangat tahan lasak. Kalau betul-betul pakai, memang confirm boleh tahan  sampai 5-6 tahun. Orang kata bot Timberland ni lagi lama pakai, siap ada kotor-kotor sikit barulah nampak vintagenya. 
Bukan saya saja yang dah terpengaruh. Ada beberapak kawan lagi di office yang dah mula pakai bot Timberland setiap hari. Kalau nak tahu, nanti saya sharekan gambar bot-bot yang lain pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...