Followers

Wednesday, December 11, 2013

Breakfast di Pavilion


Mesti korang semua macam heran je kan kenapalah nak Breakfast kat Pavilion? Macam tempat orang-orang kaya je nak breakfastkan? Tapi takdelah sangat. Sebenarnya kami sekeluarga dah berkenan dan terliur nak makan satu menu yang hanya ada di medan selera di Pavilion ni. Kalau nak tahu apa dia, teruskan membaca.

Jadi setelah lama merancang, pada hari Ahad lalu barulah berpeluang untuk pergi ke Pavilion pada waktu pagi. Kami tiba lebih kurang jam 11pagi tetapi dah ramai orang juga sebenarnya. Kebanyakkannya sedang cari menu makanan dan tak kurang juga yang dah start shopping. Kat sini sebenarnya harga makanan di foodcourt dia bolehlah kata maha juga, cuma kalau dah berkenan dengan sesetengah menu kat sini kita lupakan pasal harga. 

IMG 2065
Food court Pavilion

IMG 2099 Ramainya orang 

IMG 2070
 Aqeel pun excited

Menu pilihan yang menjadi sasaran kat sini adalah Mee Jawa. Ok, Mee Jawa kat sini sangat special kerana ianya bukan sahaja dihidangkan dalam portion pinggan yang besar, tetapi semua jenis macam hiasan dorang akan taruk. Kat dalam set Mee Jawa tu akan di datanglan bersama tauhu goreng, papadom, kacang-kacang, sambal dan yang paling istimewa adalah sambal sotong. Kuahnya pun sangat sedap dengan kepekatan yang sesuai dengan rasanya yang masam-masam bercampur sedikit rasa manis. Gabungan sambal sotongnya akan menambahkan rasa pedas dan kesempurnaan. Harga untuk sepinggan Mee Jawa adalah RM9.50

Selain Mee Jawa, di kedai yang sama juga turut menjual Mee Jawa Goreng, iaitu satu lagi keunikan di sini. Mee Jawa Goreng ni sebenarnya seakan-akan Mee Goreng Mamak tetapi menggunakan semua bahan-bahan yang digunakan di dalam Mee Jawa tadi selain kuah Mee Jawa. Rasanya boleh tahan tetapi jangan terkejut dengan portionnya yang besar.

IMG 2100
 Kedai Mee Jawa


IMG 2113IMG 2117
  Gambar Mee Jawa

IMG 2120
Mee Jawa Goreng

Diantara kedai lain yang tak putus-putus dengan pelanggan ketika pagi adalah Toast Box. Kat sini menu-menunya hampir sama seperti di Kopitiam yang lain. Pilihan hidangan seperti telur setengah masak, roti bakar, nasi lemak adalah diantara tarikan utama. Keunikkannya adalah pada rasa dan bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri nanti.

IMG 2143
  Toast Box

IMG 2127
  Toast Box set sarapan

IMG 2151
 Aqeel pun dah kenyang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...