Followers

Tuesday, January 22, 2013

Majlis Akad Nikah - Zarin & Zarith [ Ipoh, Perak ]


Assalamualaikum semua~!

Mula-mula saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca blog saya yang setia membaca setiap cerita yang saya kongsi. InsyaAllah pada tahun 2013 ni saya nak kemas kinikan rupabentuk blog ni supaya lebih nampak cantik dan tak bosan...

Alhamdullilah, semasa saya menulis blog ni dah genap 2 minggu saya selamat bergelar sebagai seorang suami. Nampaknya, tahun 2013 ni bukan sahaja tahun baru bagi diri saya, malahan merupakan satu permulaan hidup baru yang lebih menarik dan mencabar. Saya telah disatukan bersama isteri saya Zarith, pada 5 Jan 2013 di Ipoh, Perak. Pada masa tu keluarga saya bersama beberapa orang sedara mara turut serta semasa masjlis tersebut. Wakil keluarga saya tidaklah begitu ramai memandangkan faktor jarak dan tarikh yang mana masa tu baru je budak-budak naik sekolah. 

Gambar selepas akad nikah (kredit to Faiz)

Saya dan rombongan keluar actually dah sampai di Ipoh sehari sebelum majlis akad nikah iaitu pada hari Jumaat. Kitaorang sampai awal sebab perlukan masa untuk menyiapkan beberapa hantaran dulang yang tak boleh disiapkan lebih awal sebab takut rosak ketika perjalanan. Saya menyediakan 7 hantaran manakala pula Zarith membalas dengan 9 hantaran. Hantaran kitaorang sangat simple dan kitaorang hanya beli apa yang perlu sahaja.


                                            Gambar selepas akad nikah (kredit to Faiz)

Pada hari nikah, saya sampai di rumah Zarith sekitar jam 10.30am dan hanya boleh masuk ke dalam rumah sekitar jam 10.45am. Pada 15 minit yang pertama tu, adalah majlis diantara keluarga menukar hantaran dan berbincang mengenai majlis. Takdelah nak bincang details sangat pun sebab semuanya dah dipersetujui pada sebelum majlis lagi. Ramai juga family dan jiran-jiran Zarith yang turun untuk bantu perjalanan majlis ni. Sekitar jam 11.15am maka juru nikah pun sampai. Walaupun lewat sikit, tapi majlis tetap berjalan dengan lancar. Baik juru nikah, duduk kat luar rumah pun turunlah hujan dengan lebat. Nasib baik timing cantik~ 

Pengalaman masa akad nikah ni bagi saya adalah 50/50. Saya tak terlalu takut atau nervous tapi lebih kepada risau kalau-kalau ada soalan extra yang ditanya. Nasib baik, saya takde soalan-soalan cepu emas yang ditanya masa tu. Flow akad nikah untuk majlis saya ni orang kata sangat laju dan simple.  Maksudnya takdela sangkut kat mana-mana. Akad nikah ni disempurnakan sendiri oleh ayah Zarith yang ketika tu tak boleh langsung pandang wajah Zarith. Yelah, takut sebak sangat katanya~

Alhamdullilah, dengan sekelip mata saja saya dah berkahwin dengan Zarith secara rasminya. Macam mimpi pun ada rasanya~ Selepas saya selesai solat sunat saya pun menyarungkan gelang dan cincin sebagai hadiah hantaran serta tanda membatalkan air sembahyang. Masa tu, ramailah orang ambik-ambik gambar.

                                          Gambar selepas akad nikah (kredit to Faiz)


Ohya, bercakap pasal gambar ni... sebenarnya saya dah melantik PrettyPeektures sebagai videographer rasmi majlis saya dan Firdaus Adam sebagai jurugambar rasmi.  Pada majlis di Ipoh ni juga, saya telah mendapatkan bantuan kawan-kawan dari BruangFilem untuk turut merakamkan detik-detik menarik disepanjang majlis saya. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus masa tu~! Selain tu juga ada beberapa kawan serta sedara mara yang turut mengambil gambar. Antaranya yang adalah Faiz dan Ab Aziz yang sangat rajin mengambil gambar. Thank you sangat-sangat.

Oklah. Nantikan pula post yang seterusnya sempena majlis bersanding di Ipoh~!

p/s : Siapa tak kahwin lagi, kahwin lah cepat-cepat












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...