Followers

Saturday, January 26, 2013

Dinner at Indulgence, Ipoh


Ok, sekali lagi saya nak berkongsi berkaitan dengan makanan dan kali ni kita pergi makan-makan di Ipoh pulak. Sebenarnya sesi makan-makan kali ni disponsor oleh ahli keluarga Zarith... hehe. Oleh kerana tempat makan kali ni agak eksklusif, saya sendiri pun tak menyangka restoran yang menyerupai seperti banglo lama ni sebenarnya adalah restoran makanan barat bertaraf tinggi.

Pada sesi dinner tu, saya tak sempat nak ambik gambar dari luar restoran sebab terlalu gelap. Jadi saya sediakan beberapa gambar dari google untuk rujukan pembaca blog. Restoran Indulgence ni terletak ditengah-tengah Ipoh dan menggunakan konsep English & Old School. Konsep yang menarik dan sangat unik~



Entrance of Indulgence, Ipoh
( Pic Credit to : http://www.j2kfm.com )

Interior ( Pic Credit to : http://www.j2kfm.com )

Sendiri sendiri memilih menu makanan Salmon Grill sebab ikan Salmon memang makanan favorite saya. Hidangan dan rasa ikan salmonnya memang sedap dengan rencah masakan kebanyakkan berasaskan minyak zaiton. Tapi portion makanannya tidaklah terlalu besar, malahan lebih kecil dari portion biasa. Jadi kalau siapa yang tengah lapar tu mungkin tak kenyang dengan satu pinggan hidangan.


Diantara menu makanan

Makanan yang lain-lain juga tidak kurang sedapnya. Kat sini ada hampir kesemua menu makanan barat seperti spaghetti, lamb, chicken chop dan macam-macam lagi. Terpulang kepada selera masing-masing, sebab kalau tak kena dengan selera mungkin ada yang kata tak sedap. 

Saya baru tahu yang kat Indulgence ni kadang-kadang ada wedding Chinese dilakukan. Berdasarkan dari gambar-gambar yang saya jumpa di Google, wedding di sini dihasilkan dengan begitu cantik dan unik. Walaupun tempatnya tak begitu besar, tetapi wedding ala Chinese memang sesuai diadakan di sini secara tertutup.

Zarith & Zarin

Pendek kata, banyak lagi restoran-restoran di Ipoh yang unik dan sedap. Lepas ni kita tengok nak ke mana pulak yer...

p/s : Teringin nak cuba masa western..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...