Followers

Thursday, January 24, 2013

Big Family Dinner ~!


Alhamdullilah, kenyangnya tengok makanan banyak-banyak ni. Hehe.. Sebenarnya, baru je selang 2-3 hari selepas selesai wedding sebelah side saya iaitu di KL, saya dan family buat makan besar-besar punya sempena orang kata macam nak meraikan majlis yang telahpun berjalan dengan sempurnanya. Sesi makan malam gabungan 2 keluarga baru ni sebenarnya tidaklah dirancang, pada awalnya ingatkan sekadar makan-makan biasa. Tapi alang-alangtu terus set makan besar dengan menu makanan pun besar-besar.

Dinner ni actually dibuat di kedai makan ayah saya yang terletak di Taman Melati. Oleh kerana jumlah orang yang join untuk makan malam ni pun melebih dari 25 orang, jadi lokasi kedai makan ni lebih sesuai jika dibuat di rumah. Kesemua menu malam tu telah diatur dan dirancang oleh parents saya sendiri yang diantara menunya adalah Tom Yam Udang Galah, Sup Tulang, Ikan Kukus, Ayam Goreng dan banyak lagi. Kesemua makanan ni dihidangkan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Ha, makanlah semua orang sampai kenyang~!


Banyaknya menu makanan

Semuapun laju je makan

Mak saya kata, Udang Galah ni dia beli sendiri di kedai untuk pastikan saiznya yang besar dan sedap. Selain tu pulak, menu ayam gorengnya pula dipilih dari bahagian peha sahaja. Mak saya kata nak ikut macam Ipin, kan dia suka makan ayam goreng bahagian peha je. Erm, layan je la kan.. hehe..

Makan, jangan tak makan

Bersama keluarga dan kawan-kawan

Bila diingatkan balik, mana puas makan masa di meja beradab masa jadi pengantinkan? Nampak je ada udanglah, ikanlah.. semuanya tak lalu nak makan masatu. Masa malam ni nak balas dendam, nak makan balik apa yang tak sempat makan haritu. Hehe.. Terima kasih kepada keluarga saya yang telah bersusah payah menguruskan menu makanan malam tu dan terima kasih juga kepada keluarga Zarith serta kawan-kawan lain turut join pada malam tu.

Alhamdullilah~

p/s: Awal tahun ni ramai orang kahwin, kena set jadual untuk pergi...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...