Followers

Friday, December 13, 2013

Holiday di Hong Kong & Shen Zhen (Part 1)


Assalamualaikum semua. Alhamdullillah, di dalam kesibukkan kerja sempat jugak saya dan Zarith merancang percutian 5 hari 4 malam ke Hong Kong dan Shen Zhen. Sebenarnya holiday ni dah pun lama dirancang iaitu lebih kurang 6-7 bulan sebelum tarikh percutian hasil dari jalan-jalan cuti mata di Matta Fair. Kami berdua telahpun mengambil pakej percutian dari Poto Travel. Actually, ini adalah 1st time kami melancong menggunakan travel agent. Reason kami memilih Poto Travel semasa tu adalah kerana pakej percutian khas untuk Muslim yang menarik dan memudahkan semasa kami di sana nanti. Selain tu, pakej yang kami ambil ni adalah pakej bersama Utusan Malaysia. Saya pun taktau apa bezanya pakej bersama Utusan ni masatu jadi kami pun setuju sajalah. Bercuti dengan travel agent ni okay sebenarnya dan banyak memudahkan kita.

Bergambar bersama kumpulan A di KLIA

Jadi pada tarikh yang dinanti-nantikan, kami berdua menjejakkan kaki di KLIA seawal jam 6pagi. Walaupun ada banyak masa lagi sebelum takeoff, tapi itulah calltime yang diberi oleh Poto Travel sebab mereka harus mengendalikan check in dan sebagainya untuk ramai peserta. Rupanya, kami berdua adalah diantara 180 peserta lain yang turut akan bercuti ke Hong Kong. Ramainya jugak tu kan?

Saya dan Zarith berada di dalam kumpulan A yang mana setiap kumpulan terdapat lebih kurang 30 orang peserta dan seorang tour guide. Lebih kurang 4 kumpulan terbang menaiki Cathay Pacific manakala 2 kumpulan lagi menaiki MAS pada waktu yang berbeza. Kesemua kumpulan ni akan berjumpa semula di Hong Kong dan akan menginap di hotel yang sama. Berada di dalam kumpulan masing-masing, sudah tentulah kita bersama-sama dengan orang-orang yang kita tak kenal. Mula-mula rasa macam susah nak berkenalan sebab semuanya adalah datang dari latar belakang yang berbeza. Tapi percaya atau tidak, selain pengalaman berada di Hong Kong, pengalaman bersama-sama semua ahli kumpulan merupakan salah satu pengalaman paling berharga. Pendek kata, macam sedang sertai team buildinglah. Mula-mula malu, lepas tu tak malu~

Tiba di Airport Hong Kong

Harbour Plaza Resort City

Di luar hotel di Hong Kong

Perjalanan ke Hong Kong menaiki Cathay Pacific mengambil masa lebih kurang 5 jam saja. Saya pun pertama kali menaiki Cathay Pacific dan pendapat saya perkhidmatannya oklah, walaupun tak sama macam MAS. Apa-apapun MAS adalah yang paling best. Setibanya di Hong Kong, kami ditemukan dengan Tour Guide dari Hong Kong yang bernama James. Jadi ketika tu dah ada 2 Tour Guide iaitu seorang dari Poto Travel dan seorang lagi dari Hong Kong. James ni yang akan bawa kami pusing-pusing Hong Kong dan tempat-tempat menarik yang lain. Di Hong Kong walaupun ianya adalah sebuah pulau, tapi kat sini negara dorang sangatlah maju. Pendek kata, macam Singapore. Walaupun kekurangan tanah, tapi dorang pandai gunakan semua tanah yang ada dan banyak menggunakan jambatan besar untuk menghubungkan diantara satu tempat. Mata wang yang digunakan adalah Hong Kong Dollar. Walaupun bila kita tukar duit, macam kita dapat lebih jumlah duit dari duit Malaysia, tapi nilai duit dorang lagi tinggi. Hampir semua barang-barang asas dorang sangat mahal. Jadi tak heranlah benda paling mahal di Hong Kong adalah rumah. Sebijik rumah sebesar macam rumah flat lama tu boleh mencecah sehingga 2-3 juga ringgit. Di sini, hampir 80% rakyat Hong Kong boleh berbahasa Inggeris, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi.

Share Info Sikit
3 Sumber Pendapatan Utama Hong Kong :
1. Banking
2. Pelabuhan
3. Pelancongan


Banyak jambatan sebagai penghubung

Perlabuhan di Hong Kong

Hotel yang kami duduk adalah hotel Harbour Plaza Resort City. Hotel ni adalah hotel bertaraf 5 bintang. Walaupun Poto Travel maklumkan pada awalnya mereka hanya menyediakan hotel 3 bintang, tapi bila dah dapat hotel 5 bintang tu macam sangat-sangat diluar jangkaan. Jadi, aktiviti pertama di Hong Kong adalah untuk checkin hotel dan berehat saja.

Sesi penerangan oleh Tour Guide 
Ladies Market
Antara barang yang dijual

Ladies Market


Selepas selesai makan malam, kami dibawa ke tempat shopping paling terkenal di Hong Kong iaitu Ladies Market. Sebelum datang ke Hong Kong dah banyak kali saya dengar pasal Ladies Market ni. Ianya ala-ala Petaling Street yang menjual pelbagai barangan dari handbag, baju, cenderamata, kasut dan macam-macam lagi. Kat sini boleh dikatakan semuanya adalah barang tiruan pun sama macam Petaling Street. Cuma di sini kawasannya lebih besar dan lebih sesak. Pelancong macam kita ni, biasanya akan dibuka dengan harga yang sangat tinggi kadang-kadang lebih dari 300% harga asal. Salah satu teknik nak beli barang di sini adalah dengan menawarkan harga lebih rendah dari yang ditawarkan dengan meletakkan pengurangan sebanyak 70% dari harga asal. Nanti dia akan counter offer semula dan kita cubalah dapatkan harga yang kita nak. Biasanya harga asal adalah sekitar 30-40% dari harga yang diletak. Oklah, tapi kalau taknak beli, jangan pula tanya harga suka-suka sebab nanti kena marah. :(

Pada hari kedua, tibalah masanya untuk kami ke Hong Kong Disneyland. Nak tau apa yang ada kat dalam tu? Nantikan sambungannya blog ni nanti.

Thursday, December 12, 2013

Majlis Pratonton Papadom 2


Alhamdulillah, baru-baru ni saya menerima jemputan untuk menghadiri majlis pratonton Papadom 2 di Cineleisure Damansara. Majlis Pra Tonton yang sangat santai ni turut dihadiri oleh hampir kesemua pelakon utama filem ini. Sekali pandang, saya sangat tertarik dengan lukisan poster Papadom 2 ni kerana lukisannya bukan saja cantik, malahan dah lama tak ramai yang buat style macam ni. Satu konsep yang menarik dan saya rasa "boleh jual".

Siapa yang telah menonton Papadom 1 pasti tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Mia selepas kejadian yang lepas. Untuk Papadom 2 ni, fokusnya adalah lebih kepada Mia yang merahsiakan bakal suaminya. Afdlin Shauki ataupun Papadom ni pula kali ni sibuk menyelidik siapakah bakal suami Mia itu.


Alfaeza juga turut hadir di majlis pratonton

Mia sara pun ada

Untuk Papadom 2 ini, saya dapat rasanya keikhlasan abang Afdlin untuk menyampaikan mesejnya. Konsep kekeluargaan masih diutamakan tetapi kali ini lebih berat dan sekali sekala mampu membuatkan penonton rasa sebak. Saya cukup suka cara dengan cara Papadom 2 membawa penonton di dalam alam Saadom yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak perempuannya. Elemen-elemen humor yang diguna pakai oleh abang Afdlin memang cukup sesuai dan kelakar walaupun kadang-kadang saya terfikir style humornya hampir sama dengan abang Mamat Khalid. Sempat juga abang Afdlin menyindir penerbit filem yang terlalu banyak menghasilkan filem hantu.

Kasih sayang diantara bapa dan anak perempuannya begitu unik sehingga ianya hanya mampu dipersembahkan di dalam filem ini. Saya tak dapat nak berkongsi dengan lebih terperinci mengenai filem ni tetapi saya harapkan marilah menonton filem ini di pawagam.  Selain dari rangka cerita yang baik, saya kira lakonan Riezman Khuzaimie juga harus mendapat pujian. Seperti yang kita tahu, Riezman adalah seorang pelakon yang sangat berbakat. Lakonan Riezman di dalam filem ini merupakan lakonan gila-gila yang sangat menjadi. 

Sempat bergambar bersama Mia Sara


Abang Afdlin ketika memperkenalkan barisan pelakon

Majlis memotong kek

Papadom 2


Seperti yang saya bagitahu tadi, fokus filem ini adalah untuk mencari siapakah bakal suami kepada Mia? Kalau nak tahu, kenalah tengok filem ni di panggung mulai hari ini.  

p/s : Gambar kredit kepada http://udeshahituaku.blogspot.com/

Wednesday, December 11, 2013

Breakfast di Pavilion


Mesti korang semua macam heran je kan kenapalah nak Breakfast kat Pavilion? Macam tempat orang-orang kaya je nak breakfastkan? Tapi takdelah sangat. Sebenarnya kami sekeluarga dah berkenan dan terliur nak makan satu menu yang hanya ada di medan selera di Pavilion ni. Kalau nak tahu apa dia, teruskan membaca.

Jadi setelah lama merancang, pada hari Ahad lalu barulah berpeluang untuk pergi ke Pavilion pada waktu pagi. Kami tiba lebih kurang jam 11pagi tetapi dah ramai orang juga sebenarnya. Kebanyakkannya sedang cari menu makanan dan tak kurang juga yang dah start shopping. Kat sini sebenarnya harga makanan di foodcourt dia bolehlah kata maha juga, cuma kalau dah berkenan dengan sesetengah menu kat sini kita lupakan pasal harga. 

IMG 2065
Food court Pavilion

IMG 2099 Ramainya orang 

IMG 2070
 Aqeel pun excited

Menu pilihan yang menjadi sasaran kat sini adalah Mee Jawa. Ok, Mee Jawa kat sini sangat special kerana ianya bukan sahaja dihidangkan dalam portion pinggan yang besar, tetapi semua jenis macam hiasan dorang akan taruk. Kat dalam set Mee Jawa tu akan di datanglan bersama tauhu goreng, papadom, kacang-kacang, sambal dan yang paling istimewa adalah sambal sotong. Kuahnya pun sangat sedap dengan kepekatan yang sesuai dengan rasanya yang masam-masam bercampur sedikit rasa manis. Gabungan sambal sotongnya akan menambahkan rasa pedas dan kesempurnaan. Harga untuk sepinggan Mee Jawa adalah RM9.50

Selain Mee Jawa, di kedai yang sama juga turut menjual Mee Jawa Goreng, iaitu satu lagi keunikan di sini. Mee Jawa Goreng ni sebenarnya seakan-akan Mee Goreng Mamak tetapi menggunakan semua bahan-bahan yang digunakan di dalam Mee Jawa tadi selain kuah Mee Jawa. Rasanya boleh tahan tetapi jangan terkejut dengan portionnya yang besar.

IMG 2100
 Kedai Mee Jawa


IMG 2113IMG 2117
  Gambar Mee Jawa

IMG 2120
Mee Jawa Goreng

Diantara kedai lain yang tak putus-putus dengan pelanggan ketika pagi adalah Toast Box. Kat sini menu-menunya hampir sama seperti di Kopitiam yang lain. Pilihan hidangan seperti telur setengah masak, roti bakar, nasi lemak adalah diantara tarikan utama. Keunikkannya adalah pada rasa dan bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri nanti.

IMG 2143
  Toast Box

IMG 2127
  Toast Box set sarapan

IMG 2151
 Aqeel pun dah kenyang

Monday, December 09, 2013

Kegilaan Timberland


Assalamualaikum kepada pembaca blog saya. Semenjak dua menjak ni, nampaknya tak tau kenapa saya dah berjangkit dengan kegilaan kasut Timberland. Actually, mula-mula tu saya tak berapa nak minat sangat dan memandangkan semua bot Timberland harganya tersangatlah mahal sehingga ada yang mencecah RM1000 untuk sepasang bot. Kalau yang ada murah sikit pun macam RM300 nampak sangat simple dan macam tak berbaloi pula. Bukan itu saja, semua bot timberland adalah sangat berat dan besar okie.

NewImage
Beberapa bulan lepas, ketika sambutan Timberland ke 40, dorang dah ada mula buat offer yang jarang-jarang dilakukan. Sebelum ni, kalau ada diskaun pun setakat 10-15% saja. Tapi sekarang ni diskaunnya ada mencecah 40% dan harga sepasang bot tu dah jatuh banyak. Tambah menarik lagi, Timberland juga ada mengeluarkan beberapa edisi bot khusus sempena menyambut ulang tahun ke 40 ini. Contohnya, yellow bot yang berwarna merah memang nampak unik dan menarik. Berasaskan rekaan yellow bot juga, Timberland ada mengeluarkan rekaan bot bertapak hitam yang lebih nampak smart dan eksklusif. Hari saya pun dah sambar sepasang kasut bot Merah ni. Bot Merah yang jarang-jarang dikeluarkan oleh Timberland ini walaupun pada mulanya nampak pelik sikit dan segan nak pakai, tapi  bila dah lama-lama tu ianya nampak sangat unik dan mencapaplah orang cakap.
Timber01

Timber02

Bila dah hampir sebulan saya pakai, rasanya bot Timberland ni sangat selesa dipakai dan kualitinya sangat tahan lasak. Kalau betul-betul pakai, memang confirm boleh tahan  sampai 5-6 tahun. Orang kata bot Timberland ni lagi lama pakai, siap ada kotor-kotor sikit barulah nampak vintagenya. 
Bukan saya saja yang dah terpengaruh. Ada beberapak kawan lagi di office yang dah mula pakai bot Timberland setiap hari. Kalau nak tahu, nanti saya sharekan gambar bot-bot yang lain pulak.

Monday, November 25, 2013

Short Visit to Zoo Negara

 
Assalamualaikum, bertemu sekali lagi di blog saya yang dah lama gila tak update ni. Erm, kali ni boleh kata lebih kurang 8 bulan tak update apa-apa langsung.. Maklumlah baru kahwin tahun ni jadi masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dan mencari masa untuk blog.
 
 

 Mak, Kaklong, Aqeel dan Zarith ketika di pintu masuk Zoo Negara

 

 
Ketika dipakaikan tiket masuk dipergelangan tangan


Ok, post kali ni saya sekadar nak share yang simple sahaja sebagai pemanas idea untuk blog-blog yang mendatang. Beberapa minggu yang lalu saya bersama keluarga Zarith telah berkesempatan untuk ke Zoo Negara. Ha, dah lama kan tak pegi Zoo Negara? Ada yang last time pergi masa kecik dan ada yang tak pernah pergi langsung.

 
Kami nak ke Zoo Negara pun sebenarnya sekadar nak bawak Aqeel jalan-jalan dan sambil-sambil ambil gambar. Sebelum ni Aqeel dah pernah masuk Zoo Taiping dan ini adalah Zoo kedua buat Aqeel (rasanyala). Jangan kata Aqeel, Makngahnya (Zarith) pun terlebih excited sebab ghupenya dia pun sukakan Zoo. Haih, ntah binatang apa yang dia nak jumpa sangat kat dalam Zoo tu agaknya.
 
 
Cuaca yang panas

 

Aqeel excited 

Ikan apa ntah la

Salah satu persembahan yang diadakan
 
Ok, first impression saya pada Zoo Negara yang dah lama tak masuk ni pada awalnya nampak biasa sahaja. Mungkin setelah beberapa tahun tak masuk Zoo Negara, saya betul-betul harapkan kelainan yang drastik dan tarikan yang baru. Tapi sayangnya, saya boleh katakan tiada perubahan walaupun dah lama tak menjejakkan kaki di sini. Kebanyakkan susun atur zoo masih nampak sama dengan beberapa kemudahan mungkin agak usang sikit. Namun begitu ada juga beberapa area yang nampaknya macam sedang dibangunkan oleh Zoo Negara. Mungkin ianya satu petanda baik tetapi buat pengunjung pada hari tersebut mungkin satu kerugian kerana tak dapat banyak mencuci mata.
 
 
Aqeel pegang payung sebab terlalu panas

 

Aqeel masih dengan payung

 

Nak naik tramp pun kena bayar lagi

 

Menunggu tramp

 

Sempat bergambar lagi
 
Zirafah

 

Si Gajah

 

View dari tramp
 
Ramai orang beratur nak naik tramp

 

Tak sure ikan apa

 

Flower horn kut

 

 

Keletah Aqeel pada hari tu, nampak sangat teruja. Dia seolah-olah kehairanan bercampur kagum dengan setiap binatang yang dilihatnya. (Begitu juga makngahnya). Kami menaiki tramp sahaja untuk mengelilingi Zoo Negara kerana keadaan yang terlalu panas ketika tu. Pada hari tersebut, agak ramai juga orang yang berada di Zoo Negara. Yelah, mungkin pada masa tu hari minggu dan ramai orang dah bercuti sekolah. Kami berada di Zoo Negara tidak lebih dari sejam dan seterusnya shopping sikit-sikit di kedai cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Wednesday, February 06, 2013

Canon Compact Printer CP900


Semakin hari nampaknya semakin ramai yang suka ambil gambar menggunakan DSLR, compact camera ataupun melalui smartphone masing-masing. Saya sendiri hampir setiap hari akan mengambil gambar sekurang-kurangnya 10 keping setiap hari. Bergantung kepada situasi, kadang-kadang ambil gambar untuk kegunaan kerja ataupun sekadar suka-suka.

Canon CP900


Saya tergerak nak cari alternative untuk print gambar-gambar saya ni secara instant dan cantik. Kalau boleh saya nak lepas ambik gambar tu boleh terus print. Jadi saya berjumpa dengan solution terbaru iaitu untuk membeli printer compact jenama Canon ni. Printer compact actually tak berapa banyak dipasaran sebab  kosnya agak mahal. Canon CP900 ni memenuhi citarasa saya yang inginkan printer bersaiz kecil dan boleh print serta merta. CP900 ni boleh mencetak gambar bersaiz 4R dalam masa kurang dari 1 minit. Printer ni boleh mencetak gambar dari sumber SD Card, MMC Card ataupun dari USB termasuklah dari thumbdrive. Maksudnya kita tak perlu menggunakan komputer langsung untuk mencetak. 

 Canon CP900 sebuah printer compact yang menarik

Sokongan print secara WiFi memang berguna

Yang paling menarik sekali printer ni juga boleh print gambar yang dikongsikan dari WIFI. Saya boleh pilih gambar apa yang nak print dari iPhone saya dan bagi arahan pada printer untuk cetak gambar pilihan saya. Erm, bestkan? 

Printer ni boleh menerima 10 keping paper 4R setiap kali proses mencetak. Ink Cartridge printernya pula biasanya di datangkan bersama pakej 108 keping paper 4R berserta 3 roll ink. 3 roll ink ni akan boleh mencetak sebanyak 108 gambar ni. Maksudnya, kalau paper tu dah habis, ink pun akan turut habis sekali. 

Kalau cakap pasal harga pulak, printer ni tak sesuai kalau nak print gambar 4R secara banyak. Ianya lebih sesuai untuk kegunaan express seperti di majlis hari jadi ataupun pada masa musim perayaan di rumah. Ini adalah sebab kos untuk mencetak sekeping gambar 4R akan jatuh dalam lingkungan RM1.20 di mana kalau anda print di kedai boleh dapat semurah 50sen sekeping. Tapi dengan tujuan pencetakkan secara express, harga tu tadi bolehlah dilupakan seketika sebab kualiti gambar dan photopapernya memang sangat cantik.

Test print gambar Aqeel

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal printer ni bolehlah layari website Canon Printer

p/s : Sangat suka dengan features print melalui iPhone (wifi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...