Followers

Tuesday, July 10, 2012

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 3) - Kesibukan


Assalamualaikum, sekali lagi kita bersambung untuk post berkaitan acara di Jakarta tempoh hari. Saya sengaja membahagikan post kali ini kepada 3 bahagian kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah member feedback terhadap post saya yang lepas. Ada yang tak sabar nak membaca sambungan cerita jalan-jalan saya ni. 

Ok, di akhir post yang lalu rombongan kedua iaitu terdiri dari semua pelakon suara seperti Asyiela Putri, Ida Shaheera, Yuki, Shafiq, Hasrul, Fareez dan Tacil beserta ahli keluarga masing-masing baru sahaja sampai ke Jakarata. Pada keesokkan harinya, acara sebenar akan bermula. Masing-masing kena bangun awal sebab harus berada di Rumah Sakit BSD sekitar jam 8pagi. Memang rombongan kedua ini tak banyak masa sebab mereka terpaksa bertolak lambat sehari sebab rombongan ini melibatkan beberapa pelakon suara yang masing bersekolah di waktu pagi. 

Seperti yang dijangkakan, nak bangun pagi ni memanglah susah. Lebih-lebih lagi dengan faktor kepenatan dan terlalu awal, dipendekkan cerita kami tak sempat sampai ke tempat acara pada waktu yang dijanjikan. Walaupun agak lambat sedikit, tapi akhirnya pihak penganjur memberi sedikit kelonggaran dan melambatkan sedikit masa penampilan. Boleh dikatakan penganjur di sini ketika itu masih tidak dapat membayangkan bentuk dan gaya penampilan yang bakal dilakukan.

Ida Shaheera (Kak Ros) bersiap sedia untuk memulakan acara

 
Beberapa pelakon suara yang lain juga sudah bersedia


Asyiela Putri bersama mamanya :p
Salah seoran adik comel yang sentiasa mengikut pergerakan Upin & Ipin

Persembahan pertama adalah penampilan maskot Upin & Ipin bersama Ayiela Putri yang mempersembahkan 2 buah lagu baru Upin & Ipin. Walaupun kebanyakkannya baru pertama kali mendengar lagu tersebut, tapi ramai juga yang bersemangat untuk menari dan menyanyi bersama. Emcee ketika itu adalah Ainur dan Kiki yang kedua-duanya diterbangkan khas dari Les' Copaque untuk acara ini. Sememangnya pada peringkat awal, bahasa menjadi masalah besar buat emcee utama iaitu Ainur. Tapi lama kelamaan dengan bantuan Kiki yang sememangnya anak jati Jakarta dapat membantu Ainur memahami bahasa di sini.

Walaupun perbezaan tak berapa banyak tetapi beberapa penggunaan perkataan memberi makna yang sangat berbeza. Sebagai contoh :

Ainur : " Okay, adik-adik semua .. PUSING !... PUSING !"
"Pusing" di sini bermaksud menyuruh adik-adik berpusing setempat, tetapi difahami seolah-olah menyuruh kepala pusing (pening).


Selain penampilan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan maskot juga melawat adik-adik lain yang ketika itu juga sedang bersunat di wad. Satu pengalaman baru buat saya ketika itu kerana telah menyaksikan satu peristiwa yang luar biasa. Di sini, mereka bersunat secara terbuka iaitu bukan ditutup dengan langsir ataupun di bilik yang berasingan. Kesemua adik-adik disunat secara terus di atas katil bersebelahan dengan adik-adik yang lain yang juga sedang disunat ketika itu. Suasananya seperti di dalam war room dan tidak ditutup langsung. Jadi sesiapa sahaja yang memasuki bilik tersebut yang ketika itu sedang menyunatkan sekitar 20 orang adik-adik boleh melihat segalanya. Erm, lebih ngeri lagi beberapa nurse dan doktor sanggup meninggalkan adik-adik yang sedang disunatkan itu semata-mata untuk bergambar bersama maskot.

Suasana ketika acara sedang berlangsung

Ketika melawat adik-adik di wad bersunat



Semua pelakon suara bersama beberapa orang peminat

Pada plan awalnya acara di sini hanyalah satu hari, tetapi oleh kerana berlaku sedikit perubahan acara ini dilanjutkan selama dua hari. Kalau tak, pada keesokkan harinya nak plan berjalan-jalan sambil shopping apa yang patut. Tiket flight balik ke Malaysia adalah pada jam 8 malam esok, jadi kalau tak bolehlah berjalan dari pagi sampai lewat petang. Lagipun itulah sebabnya jadual agak tight pada hari sampai, tetapi dilonggarkan sedikit pada hari nak balik.

Tapi bila dah ada penambahan event tiba-tiba ni, kami terpaksa checkout hotel pada awal pagi dan membuat penampilan sekali lagi di rumah sakit sehingga jam 1 tengahari pada hari yang sama kami pulang ke Malaysia. Ok, dah kerjakan.. kenalah ikut. 

Walaupun macam tu, disepanjang trip ke Jakarta ni kami sempat ke 2 lokasi utama iaitu di Jakarta Fest dan di Tanah Abang. Jakarta Fest ini merupakan acara tahunan yang julung-julung kalinya diadakan di Jakarta. Jakarta Fest ni seperi Ekspo Beli Barangan Malaysia tetapi 3 kali ganda lebih besar kerana pada ketika itu adalah hari ulang tahun Jakarta. Tapak eksponya yang sangat besar dan luas itu memuatkan segala-galanya yang terfikir oleh akal. Namun begitu, halangan dan rintangan utama di sini adalah kesesakan orang ramai. Saya rasa berpuluh ribu orang memenuhi tapak acara ini pada malam tersebut dan pada beberapa kawasan kami terpaksa berjalan berhimpit-himpit di dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Tetapi sebenarnya ekspo ini sangat besar dan meriah. Bayangkan seperti Jom Heboh, ianya lebih besar dari itu. Beberapa khemah jualan di sini direka khusus untuk memuatkan persembahan mini seperti nyanyian, games, lelongan ataupun sebagainya. Kadang kala ianya kelihatan seperti Fun Fair bercampurkan konsert mini. Mungkin bukan lokasi sesuai untuk kami membeli barangan cenderamata seperti telekung, kain songket ataupun sebagainya. Kami sekadar mencuci mata dan pulang dengan tangan kosong pada malam tersebut.




Makanan nasi padang, tak sempat nak ambik gambar sebelum makan









Di tengah-tengah kesesakan Jakarta


Shazuan bersama maskot apa ntah

Siap ada show dangdut lagi kat ini. Layan jee

Lokasi yang seterusnya adalah di Tanah Abang. Di sini memang terkenal dengan tempat memborong barangan seperti telekung, kain batik, baju dan macam-macam lagi. Sebenarnya rupan tempat ni tak jauh beza dengan shopping mall di Malaysia. Ianya sangat mirip dengan keadaan seperti di Kotaraya, Warta ataupun Pertama Complex .hehe.... Di sini harga setiap barangan memang murah tapi kena pandai cari. Telekung sememangnya menjadi pilihan utama kalau datang ke sini. Di sini, telekung bukan sahaja di jual dengan pelbagai jenis pilihan warna malahan juga terdapat pelbagai jenis kualiti kain dan juga bag. Memang rambang matalah kalau orang pompuan sendiri yang datang.


Ainur pun beli


Pilih je mana yang nak. Gratis.. gratiss..

Macam sama je kan? hehe

Selain tu saya juga nak berkongsi satu makanan yang paling sedap saya jumpa di Jakarta. Makanan ni diperkenalkan kepada saya sejak kunjungan pertama ke Jakarta lagi. Makanan ni adalah Pancake Durian. Orang kata Pancake Durian ni ada dijual di shopping mall di Malaysia, tapi saya tak pernah jumpa. Anyway, Pancake durian ni sangat sedap rasanya. Tengoklah macam mana kitaorang makan pancake ni berbekas-bekas pun tak cukup lagi.


Pancake Durian

Mak Fareez, Anie Yat blogger femes ni


Memang sedap Pancake Durian ni

Asyiela Putri pun suka Pancake Durian

Fareez Daniel (Ehsan) bersama ibunya
Seterusnya kami semuapun pulanglah ke Malaysia dalam keadaan sangat kepenatan. Terasa seperti satu hari yang sangat panjang lebih-lebih lagi kami landing di LCCT sekitar jam 1am. Saya yang dah dewasa ni pun sakit-sakit badan je rasanya. Taktau la pulak budak-budak yang sekolah tu sekolah ke tidak pada keesokkan harinya. Tapi yang pasti team ke Jakarta kali ini memang sangat bagus dan objektif utama telah tercapai. Walaupun kami mengucapkan selamat tinggal kepada Jakarta, tapi kami yakin kami akan menjejakkan kaki sekali lagi di sini. 

Terima kasih~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...