Followers

Tuesday, June 05, 2012

Laksa Ikan Sekoq Sedap ~!

Siapa yang tengah lapar dan tengah mengidam laksa ni saya pasti anda akan terliuq bila baca post saya kali ni. Pada kunjungan terakhir saya ke Kedah baru-baru ni saya sempat ke gerai "Laksa Ikan Sekoq" yang terletak di Alor Setar. Gerai ni pernah disiarkan di dalam surat khabar dan saya memang dah lama mencari gerai ni. 

Inilah dia gerai Laksa Ikan Sekoq

Laksa di gerai ni memang sangat sedap dan melihatkan gambar laksa ni je dah boleh membuatkan sesiapapun akan teringin nak rasa. Seperti yang diiklankan, laksa ni didatangkan dengan seekor ikan dalam setiap pinggan. Kuahnya sendiri dah ada isi ikan dan sememangnya lebih sedap bila dijamu dengan seekor lagi ikan. Walaupun ikannya tidaklah begitu besar, tetapi untuk ianya sudah cukup untuk hidangan sepinggan laksa. Siapa yang tak cukup tu, bolehlah tambah laksa dan kuah secara percuma. Ye, betul tu! Kalau nak tambah apa-apa je (kecuali ikan) memang percuma je. Dengar kata ada orang pernah menambah sehingga 4 kali tambah. Amboi, amboi.. melantak ke tu~ Hehe...


Hidangan Laksa Ikan Sekoq

Tapi apa-apapun pemilik gerai ni iaitu Fauzi Man tak risau sebab itulah diantara tarikan menarik digerai beliau. Katanya ramai pelanggan bukan sahaja dari Kedah malahan dari negeri lain juga turut datang untuk merasa sendiri kenikmatan sebenar laksa di sini. Saya sendiri secara jujurnya suka sangat dengan rasa laksa kat sini sebab bagi saya semuanya cukup rasa. Tambahan pula dengan adanya menu sampingan seperti cendul dan macam-macam lagi. Sebelum balik, barulah saya perasan ada menu unik iaitu Laksa Udang. Sempat pula saya bungkus laksa udang ni sebab ianya merupakan menu baru dan tiada ditempat lain.

Antara menu sampingan yang lain

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...