Followers

Wednesday, June 27, 2012

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 1) - Salam Kenal


Salam semua~ Post "Hati Ku Di Jakarta" ini merupakan travelog saya berkaitan kunjungan saya ke Jakarata pada bulan Jun 2012. Di dalam bulan ini sahaja saya dah dua kali ke Jakarta untuk urusan yang berbeza. Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertama saya ke Jakarta. Saya pernah datang ke Indonesia beberapa kali termasuklah ke Semarang dan Bandung. 

Pada awalnya saya hanya ke Jakarta bersama Ruhal untuk menghadiri meeting dengan KPJ bahagian Jakarta berkaitan acara yang bakal diadakan. Pada tarikh acaranya nanti, saya akan membawa seramai 24 orang dari Malaysia termasuklah 7 maskot dan 7 pelakon suara seperti Upin, Ipin, Mei Mei, Ehsan dan ramai lagi. Jadi meeting kali pertama ini lebih kepada perancangan secara logistik dan perbincangan berkaitan dengan flow acara dan sebagainya. 

Lokasi bakal acara iaitu di Rumah Sakit Medika BSD

Walaupun meeting di Jakarta ini memerlukan proses yang panjang (naik flight, hotel etc) namun meetingnya tidaklah begitu memakan masa. Saya dan Ruhal sempat juga dibawa berjalan-jalan oleh wakil rakan niaga kami di Jakarta iaitu Hifen untuk shopping apa yang sempat. Seperti yang diketahui, Jakarta amat sesak dengan kenderaan dan jem ataupun macet dalam bahasa Indonesia sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kami memerlukan masa yang agak lama untuk kesesuatu destinasi walaupun sebenarnya ianya tidaklah begitu jauh. Tempat yang sempat kami pergi adalah di Thamrin City yang terkenal dengan telekung sembahyang dan pakaian batik. Di sini hampir kesemua kedai menjual pakaian untuk muslim dengan harga yang sangat murah. Saya sendiri sempat membeli beberapa kain pelekat dan telekung untuk hadiah. Hehe...

Shopping Centre

Ruhal bersama Hifen

Selain itu, saya juga sempat ke Ambasador Mall yang menjual pelbagai barangan juga dengan harga murah. Di sini barangan yang agak terkenal adalah seperti beg, barangan kulit, pakaian, cd cetak rompak dan banyak lagi. Kalau nak membeli di Jakarta ni, lebih elok tidak payah asyik convert harga yang dipaparkan dengan mata wang Ringgit Malaysia. Yelah, satu sebab adalah akan melecehkan diri kita dan lagi satu sebab adalah lebih baik merancang pembelanjaan bergantung kepada duit yang kita sedang ada.

Lagi satu, kebanyakkan Mall yang dikategorikan sebagai Trade Centre ini biasanya tutup lebih awal iaitu sekitar 4 petang. Trade Centre ni lebih kurang macam standard Kotaraya, Pertama Complex dan kebiasaanya menjual pelbagai jenis barangan. Berbeza pula dengan shopping mall seperti Metrojaya, Senayan City Mall, Sogo etc yang lebih bertaraf seperti KLCC ataupun Midvalley. Ianya ditutup lebih lewat iaitu sekitar 10malam tetapi ianya kurang pengunjung kerana faktor harga barangan yang lebih mahal.

Suasana di luar shopping mall

Nak beli beg pun boleh

Ruhal kaki shopping

DVD Pirates antara yang menjadi tarikan di sini

Nak lintas jalan~

Di Jakarta juga penduduknya akan mencari rezeki menggunakan pelbagai cara. Sesuatu yang unik untuk diperhatikan dan hanya terdapat di Indonesia. Sebagai contoh ada orang yang akan meminta upah kepada kita dengan hanya membantu kita menahan teksi dan meletakkan barangan kita di belakang bonet. Ada juga yang bekerja di simpan U Turn semata-mata untuk membantu kereta dari berlawanan arah untuk U-Turn. Dengan kesesakan yang teramat sangat, bantuan seseorang untuk menahan kereta dari arah bertentangan memang amat diperlukan. Walaupun begitu, saya dimaklumkan pekerjaan ini sebenarnya salah di sisi undang-undang.

 Suasana biasa di Jakarta

Selain dari pengalaman di jalan raya, saya juga diperkenalkan dengan makanan yang sangat sedap iaitu Pancake Durian. Saya tak sure makanan ni ada di KL atau tidak tetapi mengikut sumber-sumber luar memberi tahu saya yang Pancake Durian ini ada dijual di KLCC. Oklah, apa-apapun PanCake Durian ini memang sangat sedap kerana ianya terdiri dari isi durian semata-mata. Ianya diselitkan dengan sedikit krim dan dimasukkan dengan isi sebenar durian. Kita masih boleh merasakan serat-serat isi durian ketika memakannya.  SEDAP ~!

Rupa Pancake Durian

Di post yang seterusnya saya akan berkongsi bagaimana suasana ketika membawa serombongan ke Jakarta. Pasti macam-macam hal berlaku. 

p/s : Kalau dah baca jangan lupa klik LIKE ye~ Terima kasih ..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...