Followers

Tuesday, June 26, 2012

Counting the Days~ (Majlis Merisik & Meminang)


Assalamualaikum semua. Rasanya saya belum kongsi cerita secara detail mengenai majlis saya beberapa bulan lepas. Kalau pada awal bulan Jun yang lepas ni, ramai diantara kawan-kawan saya yang dah menamatkan zaman bujangnya. Dalam masa kurang dari 7 bulan pula saya akan mengikuti jejak mereka. Cepat betul masa berlalu. Dalam masa inilah baru saya dapat rasakan pelbagai dugaan dan rintangan yang dilalui amat berbeza jika dibandingkan ketika saya memegang status yang lama. 



Idaman dan Sabree ketika baru sampai 
dan memeriksa barang hantaran

Terima kasih kepada Idaman dan
Neysa kerana sudi sertai rombongan

Majlis merisik dan meminag saya ni sebenarlah telahpun dilangsungkan pada 31 Mac yang lepas di rumah Zarith iaitu di Ipoh, Perak. Walaupun tak berapa ramai yang ikut sama rombongan pada masa tu, tapi pada awal-awal tu keadaan agak diluar kawalan kerana rombongan saya terlambat sampai. Manalah nak tahu, nak terlambat sampai ditambahkan pula dengan salah jalan memang menjadikan saya cemas ketika itu. Tapi berkat kesabaran ahli keluarga Zarith akhirnya majlis berjalan dengan lancar. Mungkin ini diantara dugaan peringkat awal. Hehe..

Majlis ni berjalan sangat lancar dan sekejap saja. Saya pun tak sure apa yang berlaku kat dalam rumah sebab ketika tu saya sedang ditemuramah oleh saudara mara dan jiran Zarith di luar rumah. Walaupun hanya majlis merisik tetapi persediaannya agak besar kerana majlis ini digabungkan dengan majlis cukur jambul Aqeel iaitu anak buah Zarith. Orang kata rezeki tambahan, jadi majlis masa tu nampak seolah-olah majlis bertunang. Saya yang sudah berpakat untuk memakai baju sedondon dengan Zarith lebih menampakkan seperti orang baru lepas angkat nikah.

Inilah ayah saya, Abdul Karim Bin Zakaria

Kakak saya, Siti Zarina bersama anaknya
 Dania Amani. Sebelah kanan tu mak saya, Zaiton Bt Tahir

Selepas selesai sesi perbincangan, masing-masing pun makan tengahari sebelum balik terus ke Kuala Lumpur. Ayah saya memang rajin berborak lebih-lebih lagi pasal isu kereta. Jadi memang dah sesuailah dengan ayah Zarith yang juga berlatar belakangkan di dalam industri kereta-kereta ni. Saya biasanya tak faham apa dia cakap. hehe.. 

Sebelum pulang, sesi bergambar dengan hantaran dan keluarga pun dilangsungkan. Yelah, sesi bergambar ni wajib biarpon apa-apa majlis. Saya yang biasanya mengambil gambar orang lain, seolah-olah tak reti nak berposing pula depan kamera. Tetapi Alhamdullilah, semua gambar yang diambil oleh Erme (https://www.facebook.com/papermints.photography) dan Hafiz (https://www.facebook.com/mediamoments.my) semuanya cantik-cantik.


Zarith ketika cium tangan mak saya

Bersama Neysa dan Idaman

 Zarith bergambar di dalam bilik
 
 Gambar lagi
 
Gambar kegemaran~

Ketika sarung cincin

 Bersama keluarga Zarith

Bersama keluarga saya

InsyaAllah tarikhnya majlis perkahwinan nanti adalah pada minggu pertama bulan Januari 2013. Doakan semua persiapan dan majlis akan berjalan dengan lancar nanti. Amin ~ 

p/s : Special credit to Sabree, Neysa dan Idaman sebab join rombongan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...