Followers

Thursday, June 28, 2012

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 2) - Rombongan Pertama


Seminggu selepas saya pulang ke Malaysia dari Jakarta, saya bersama rombongan pertama iaitu seramai 11 orang terbang ke Jakarta sekali lagi untuk memulakan misi sebenar. Kami bertolak pada hari Khamis yakni sehari lebih awal dari rombongan yang kedua. Sebabnya adalah kami perlu menghadiri majlis perasmian di Rumah Sakit Medika BSD, iaitu salah satu cawangan KPJ di sana.

Tugas rombongan pertama sangat berat lebih-lebih lagi harus membawa 10 kotak besar berisi maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan. Tapi alhamdullilah tiada masalah timbul semasa proses check in dan proses seterusnya. Rupanya dari 11 orang dari rombongan pertama ini ada juga yang tak pernah terbang ke luar negara dan mungkin ada juga yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Jadi ini merupakan pengalaman pertama bagi beberapa orang. Seronoknya~

Sebahagian dari rombongan pertama

Shazuan di dalam flight

Flight Air Asia kami yang dijadualkan terbang pada jam 1.10 tengahari sudah mula boleh dinaiki sekitar jam 12.45tengahari. Nak dijadikan cerita flight kami delay dengan keadaan yang luar biasa. Kalau delay tu macam dah biasa bagi Air Asia, tapi cerita kami ini berbeza sedikit. Flight attendant pada masa itu sudahpun menunjukkan demo keselamatan seperti biasa. Kapal terbangpun sudah membuat pengumuman untuk berlepas. Namun begitu, dah dekat 30 minit flight kami masih berada di situ. Enjin kapal terbang rupanya gagal dihidupkan dan kedengaran seperti bunyi kereta susah nak start. Kami terpaksa menunggu lagi beberapa minit dan kali ini pegawai teknikal datang untuk membantu. Rupanya dorang pun tak dapat buat apa-apa. Apakan daya kami semua diarahkan mengambil beg masing-masing dan tunggu semula di terminal. Bayangkanlah, terminal LCCT tu kan kena jalan jauh. Nak tak nak kenalah jalan ke terminal semula. Dalam keadaan masing-masing lapar, terpaksa menunggu sekitar 40 minit lain untuk flight yang lain. Akhirnya kami menaiki flight pada jam 3.30 petang dalam keadaan yang sangat memenatkan. Oleh kerana flight kali ini adalah flight yang berbeza, jadi flight attendant menunjukkan demo keselamatan semula dan melakukan semua prosedur semula. Haih~

Farid dah penat tunggu flight~

Di antara flight attendant yang melayan kami

Flight Air Asia yang ditukarkan

Oklah cukup cerita pasal flight. Hehe. Sepatutnya kami sampai pada jam 3 petang di Jakarta tetapi oleh kerana kelewatan flight akhirnya sampai di Jakarta sekitar jam 5 petang waktu Malaysia ataupun 6 petang waktu Jakarta. Bayangkan betapa banyaknya masa telah terbuang. Patutnya plan nak pergi jalan-jalan sekejap cuci mata, tapi hanyalah tinggal harapan. Malam tu kami terus dibawa ke hotel dan berehat untuk acara esok paginya yang lebih memenatkan.

Borang yang kena isi

Airport di Jakarta

Menaiki bas apabila turun dari flight di Jakarta

 Ruhal, diantara orang penting untuk acara di Jakarta

Alhamdullilah, hotel yang kami duduk ini sangat best dan selesa. Hotel Pullman Jakarta ni sangat berbeza dengan hotel Pullman di Putrajaya. Ini adalah usaha ketua projek iaitu Ruhal di dalam memilih hotel yang bersesuaian. Di Hotel Pullman ni konsep dan rekaan dalamannya sangat cantik dan agak artistic. Dari ruang lobby hinggalah ke dalam bilik air, semuanya tidak disusun dan direka seperti biasa. Mungkin orang-orang yang menginap di hotel ini akan mengerti maksud saya.

Selain itu, hotel ini bersebelahan dengan shopping mall besar iaitu Sogo dan beberapa mall yang lain. Memang cantik dan sesuai untuk cuci mata tapi bukan untuk shopping. Kalau membeli di sini harganya sama je kalau kita membeli di KLCC.

Shopping Mall Sogo bersebelahan dengan hotel
 
 Sushi antara makanan breakfast pilihan saya di hotel

Lebih jem dari Federal Highway di waktu pagi

Polis Indonesia 

Kami tiba di lokasi lebih kurang jam 11 pagi dan bersiap-siap untuk acara pelancaran. Ini adalah kali pertama kali membawa sebanyak 7 maskot ke luar negara untuk sesuatu acara. Oleh kerana ini adalah acara istimewa, pelbagai perancangan teliti telah diatur bagi memeriahkan acara bersama KPJ di Jakarta ini. Kebanyakkan dari tetamu di sini amat teruja menyaksikan maskot besar Upin, Ipin dan kawan-kawan di hadapan mata. Bukan saja budak-budak, malahan orang dewasa juga melompat-lompat untuk bergambar bersama mereka. Acara pelancaran ini adalah permulaan bagi acara besar yang akan dilangsungkan pada keesokkan harinya. Maskot pada ketika ini dikeluarkan lebih masa bagi melayan peminat yang baru pertama kali berjumpa.

Walaupun rasanya acara tu macam sekejap je, tapi masing-masing dah terasa kepenatan yang amat sangat. Kami sendiri pada petang tu, kena mengambil rombongan kedua di airport yang dijadualkan sampai pada jam 4petang. Dengan menaiki bas sewa, kami pun bergegas ke airport yang mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai. Pada ketika itu, jam sudahpun menunjukkan pukul 5petang. Dalam hati, pandai-pandailah dorang tunggu kat Airport sebab memang takde nombor untuk dihubungi. Sebaik saja bas memasuki ruang menunggu di Airport kelibat mereka pun dah mula nampak. Rupanya flight mereka delay 1 jam. Yelah, Air Asia...

Upin, Ipin dan kawan-kawan

Bersama Ibu Rina, partner kami di Indonesia

Ambil gambar dari jauh pun jadilah

Tak sabar nak bergambar

Membawa maskot Ehsan turun

(Kanan) En Badri, bos di KPJ Jakarta

Petang yang dah nak ke malam tu kami habiskan dengan berada di dalam bas. Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit. Walaupun jaraknya tidaklah begitu jauh, namun dengan jem yang teruk melambatkan perjalanan kami. Sebelum check in ke hotel, kami semua sepakat untuk makan malam terlebih dahulu. Lokasi makan malamnya adalah di Restoran Leko di dalam shopping mall Sogo bersebelahan dengan hotel. Restoran Leko ini sangat terkenal dengan Iga Penget. Iga adalah tulang rusuk lembu yang dibuat masakan penget. Di sini lebih banyak pilihan Penget sekiranya dibandingkan di Malaysia. Iga Penget ini pula didatangkan di dala, beberapa level iaitu biasa, pedas ataupun super pedas. Fuh, super pedas memang pedas meletup tapi sangat sedap. Saya pasti ada kawan-kawan Facebook saya dah terliur bila saya kongsikan gambar Iga Penget melalui Instragram saya semasa itu.

Bersiap sedia nak makan~

Macam nak order semuanya Shazuan ni..

Ainur tengah order makan


Ijam taktau nak order apa... hehe

Ni semua dah lapar sangat dah ni..


Idaman sampai pening sangat dah ni~


Ni Iga Penget Super Pedas~

Ni Ayam Penyet

Rombongan pertama + rombongan kedua

Ok, bila semuanya dah makan kenyang-kenyang masing-masing haruslah balik bilik dan rehat secukupnya. Ini adalah kerana calltime esok pagi di hospital adalah pada jam 8pagi. Wah, boleh kitaorang semua sampai seawal ini. Perjalanan sekurang-kurangnya memakan masa selama 1 jam. Dengan seramai 24 orang ini, boleh ke semuanya bangun awal? Kalau nak tahu, kita tunggu di blog post yang seterusnya. Tunggu ye~ 

p/s : Restoran Leko ni akan dibuka di KL tapi tak tau di mana lagi. Kalau siapa tahu, bagitau saya ye.. sya belanja~ ...


Wednesday, June 27, 2012

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 1) - Salam Kenal


Salam semua~ Post "Hati Ku Di Jakarta" ini merupakan travelog saya berkaitan kunjungan saya ke Jakarata pada bulan Jun 2012. Di dalam bulan ini sahaja saya dah dua kali ke Jakarta untuk urusan yang berbeza. Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertama saya ke Jakarta. Saya pernah datang ke Indonesia beberapa kali termasuklah ke Semarang dan Bandung. 

Pada awalnya saya hanya ke Jakarta bersama Ruhal untuk menghadiri meeting dengan KPJ bahagian Jakarta berkaitan acara yang bakal diadakan. Pada tarikh acaranya nanti, saya akan membawa seramai 24 orang dari Malaysia termasuklah 7 maskot dan 7 pelakon suara seperti Upin, Ipin, Mei Mei, Ehsan dan ramai lagi. Jadi meeting kali pertama ini lebih kepada perancangan secara logistik dan perbincangan berkaitan dengan flow acara dan sebagainya. 

Lokasi bakal acara iaitu di Rumah Sakit Medika BSD

Walaupun meeting di Jakarta ini memerlukan proses yang panjang (naik flight, hotel etc) namun meetingnya tidaklah begitu memakan masa. Saya dan Ruhal sempat juga dibawa berjalan-jalan oleh wakil rakan niaga kami di Jakarta iaitu Hifen untuk shopping apa yang sempat. Seperti yang diketahui, Jakarta amat sesak dengan kenderaan dan jem ataupun macet dalam bahasa Indonesia sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kami memerlukan masa yang agak lama untuk kesesuatu destinasi walaupun sebenarnya ianya tidaklah begitu jauh. Tempat yang sempat kami pergi adalah di Thamrin City yang terkenal dengan telekung sembahyang dan pakaian batik. Di sini hampir kesemua kedai menjual pakaian untuk muslim dengan harga yang sangat murah. Saya sendiri sempat membeli beberapa kain pelekat dan telekung untuk hadiah. Hehe...

Shopping Centre

Ruhal bersama Hifen

Selain itu, saya juga sempat ke Ambasador Mall yang menjual pelbagai barangan juga dengan harga murah. Di sini barangan yang agak terkenal adalah seperti beg, barangan kulit, pakaian, cd cetak rompak dan banyak lagi. Kalau nak membeli di Jakarta ni, lebih elok tidak payah asyik convert harga yang dipaparkan dengan mata wang Ringgit Malaysia. Yelah, satu sebab adalah akan melecehkan diri kita dan lagi satu sebab adalah lebih baik merancang pembelanjaan bergantung kepada duit yang kita sedang ada.

Lagi satu, kebanyakkan Mall yang dikategorikan sebagai Trade Centre ini biasanya tutup lebih awal iaitu sekitar 4 petang. Trade Centre ni lebih kurang macam standard Kotaraya, Pertama Complex dan kebiasaanya menjual pelbagai jenis barangan. Berbeza pula dengan shopping mall seperti Metrojaya, Senayan City Mall, Sogo etc yang lebih bertaraf seperti KLCC ataupun Midvalley. Ianya ditutup lebih lewat iaitu sekitar 10malam tetapi ianya kurang pengunjung kerana faktor harga barangan yang lebih mahal.

Suasana di luar shopping mall

Nak beli beg pun boleh

Ruhal kaki shopping

DVD Pirates antara yang menjadi tarikan di sini

Nak lintas jalan~

Di Jakarta juga penduduknya akan mencari rezeki menggunakan pelbagai cara. Sesuatu yang unik untuk diperhatikan dan hanya terdapat di Indonesia. Sebagai contoh ada orang yang akan meminta upah kepada kita dengan hanya membantu kita menahan teksi dan meletakkan barangan kita di belakang bonet. Ada juga yang bekerja di simpan U Turn semata-mata untuk membantu kereta dari berlawanan arah untuk U-Turn. Dengan kesesakan yang teramat sangat, bantuan seseorang untuk menahan kereta dari arah bertentangan memang amat diperlukan. Walaupun begitu, saya dimaklumkan pekerjaan ini sebenarnya salah di sisi undang-undang.

 Suasana biasa di Jakarta

Selain dari pengalaman di jalan raya, saya juga diperkenalkan dengan makanan yang sangat sedap iaitu Pancake Durian. Saya tak sure makanan ni ada di KL atau tidak tetapi mengikut sumber-sumber luar memberi tahu saya yang Pancake Durian ini ada dijual di KLCC. Oklah, apa-apapun PanCake Durian ini memang sangat sedap kerana ianya terdiri dari isi durian semata-mata. Ianya diselitkan dengan sedikit krim dan dimasukkan dengan isi sebenar durian. Kita masih boleh merasakan serat-serat isi durian ketika memakannya.  SEDAP ~!

Rupa Pancake Durian

Di post yang seterusnya saya akan berkongsi bagaimana suasana ketika membawa serombongan ke Jakarta. Pasti macam-macam hal berlaku. 

p/s : Kalau dah baca jangan lupa klik LIKE ye~ Terima kasih ..!

Tuesday, June 26, 2012

Counting the Days~ (Majlis Merisik & Meminang)


Assalamualaikum semua. Rasanya saya belum kongsi cerita secara detail mengenai majlis saya beberapa bulan lepas. Kalau pada awal bulan Jun yang lepas ni, ramai diantara kawan-kawan saya yang dah menamatkan zaman bujangnya. Dalam masa kurang dari 7 bulan pula saya akan mengikuti jejak mereka. Cepat betul masa berlalu. Dalam masa inilah baru saya dapat rasakan pelbagai dugaan dan rintangan yang dilalui amat berbeza jika dibandingkan ketika saya memegang status yang lama. 



Idaman dan Sabree ketika baru sampai 
dan memeriksa barang hantaran

Terima kasih kepada Idaman dan
Neysa kerana sudi sertai rombongan

Majlis merisik dan meminag saya ni sebenarlah telahpun dilangsungkan pada 31 Mac yang lepas di rumah Zarith iaitu di Ipoh, Perak. Walaupun tak berapa ramai yang ikut sama rombongan pada masa tu, tapi pada awal-awal tu keadaan agak diluar kawalan kerana rombongan saya terlambat sampai. Manalah nak tahu, nak terlambat sampai ditambahkan pula dengan salah jalan memang menjadikan saya cemas ketika itu. Tapi berkat kesabaran ahli keluarga Zarith akhirnya majlis berjalan dengan lancar. Mungkin ini diantara dugaan peringkat awal. Hehe..

Majlis ni berjalan sangat lancar dan sekejap saja. Saya pun tak sure apa yang berlaku kat dalam rumah sebab ketika tu saya sedang ditemuramah oleh saudara mara dan jiran Zarith di luar rumah. Walaupun hanya majlis merisik tetapi persediaannya agak besar kerana majlis ini digabungkan dengan majlis cukur jambul Aqeel iaitu anak buah Zarith. Orang kata rezeki tambahan, jadi majlis masa tu nampak seolah-olah majlis bertunang. Saya yang sudah berpakat untuk memakai baju sedondon dengan Zarith lebih menampakkan seperti orang baru lepas angkat nikah.

Inilah ayah saya, Abdul Karim Bin Zakaria

Kakak saya, Siti Zarina bersama anaknya
 Dania Amani. Sebelah kanan tu mak saya, Zaiton Bt Tahir

Selepas selesai sesi perbincangan, masing-masing pun makan tengahari sebelum balik terus ke Kuala Lumpur. Ayah saya memang rajin berborak lebih-lebih lagi pasal isu kereta. Jadi memang dah sesuailah dengan ayah Zarith yang juga berlatar belakangkan di dalam industri kereta-kereta ni. Saya biasanya tak faham apa dia cakap. hehe.. 

Sebelum pulang, sesi bergambar dengan hantaran dan keluarga pun dilangsungkan. Yelah, sesi bergambar ni wajib biarpon apa-apa majlis. Saya yang biasanya mengambil gambar orang lain, seolah-olah tak reti nak berposing pula depan kamera. Tetapi Alhamdullilah, semua gambar yang diambil oleh Erme (https://www.facebook.com/papermints.photography) dan Hafiz (https://www.facebook.com/mediamoments.my) semuanya cantik-cantik.


Zarith ketika cium tangan mak saya

Bersama Neysa dan Idaman

 Zarith bergambar di dalam bilik
 
 Gambar lagi
 
Gambar kegemaran~

Ketika sarung cincin

 Bersama keluarga Zarith

Bersama keluarga saya

InsyaAllah tarikhnya majlis perkahwinan nanti adalah pada minggu pertama bulan Januari 2013. Doakan semua persiapan dan majlis akan berjalan dengan lancar nanti. Amin ~ 

p/s : Special credit to Sabree, Neysa dan Idaman sebab join rombongan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...