Followers

Thursday, May 31, 2012

Bukan Hak Kita~


Okay, kali ni saya nak berkongsi satu pengalaman baru ketika bersama dengan Zarith baru-baru ini. Pengalaman baru ni telah mengubah persepsi saya terhadap rezeki dan hak kita sebagai manusia biasa. Pengalaman ini juga telah menunjukkan sikap dalaman sebenar Zarith yang tak pernah saya ketahui sebelum ini. Biarlah dia nak kata saya over ke apa sebab cerita kat blog ni tapi saya rasa saya patut kongsi juga~

Kejadian berlaku pada waktu malam hari sekitar 8 malam di bank RHB Seksyen 9, Shah Alam. Macam biasalah rutin kami berdua pada hujung-hujung bulan ni selepas gaji masuk adalah untuk menyelesaikan hutang kereta, rumah dan macam-macam lagilah di bank. Bukan taknak pakai online, cuma ada certain things prefer pakai manual sebab lebih jelas dan cepat. 


RHB Bank (Gambar Hiasan)

Semasa kami memasuki ke dalam dalam ruang ATM RHB Bank saya lihat ada sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil sedang menggunakan mesin cash deposit. Kitaorang pun pakailah mesin yang bersebelahannya sebab mesin ATM tu tidak digunakan. Semasa menggunakan mesin tu, dapat nampaklah anak pasangan disebelah mesin ATM yang agak nakal dengan mengetuk-getuk mesin ATM dan agak diluar kawalan. Perkara biasalah bila dah ada baby. Tak berapa lama, lepas tu pasangan tu pun beredar bila transaksi mereka dah selesai. Kami berdua ni tak selesai lagi sebab biasanya Zarith memang extra details pasal masukkan duit kat ATM. Bila dah masuk, dia suruh cek balik balance. Macam tu lah. 

Tiba-tiba mesin ATM sebelah tu berbunyi. Zarith dengan muka annoyed cuba menekan button cancel ataupun apa-apa sahaja asalkan tak bunyi lagi. Adalah dia cuba beberapa kali sampai berpindah dari mesin ATM saya ke mesin ATM sebelah. Masa tu takde orang lain dah, kitaorang berdua je yang tinggal. Lama lepas tu, saya terfikir untuk cek mungkin ada kad yang tertinggal. Zarith pun cek dan memang betul ada credit card Mastercard yang tertinggal kat ruang kad tu.

"Erm, macam mana?" saya tanya Zarith. Zarith dengan muka excited tapi concern pun seolah-olah mencari-cari pasangan tadi. Kitaorang pun keluar dari ruang ATM tu dan cuba meninjau-ninjau di luar. Dalam beberapa saat tu Zarith macam dah dapat detect pasangan tu dah masuk ke dalam sebuah kereta kancil di seberang jalan. Dia detect je, saya yang kena kejar!. Dengan bersemangat waja, saya pun berlari menuju ke kereta tu dengan harapan dapat pulangkan kad tu semula dan pada masa yang sama juga berharap tidak menimbulkan salah sangka. 

Bila sampai je kat kereta kancil tu, saya lihat driver tu baru je nak startkan enjin. Saya pun dengan nada sopan bercampur mengah menanyakan pada orang tu samada dia ada ke bank tadi. Dia dengan muka tak pasti nak react macam mana, pun jawab yang dia ada ke bank. Pada masa saya selesai bertanya, baru saya perasan takde budak kecik mahupun perempuan dalam kereta tu. Dalam keadaan terasa berkemungkinan tersalah orang, saya lontarkan soalan kedua pula. "Tadi Encik ada datang dengan budak kecik ke?". Dia sekali lagi dengan muka tak tau nak respon macam mana pun menjawab pendek. "Tidak!". Kali ni dia pula mengajukan soalan pendek kepada saya sambil perlahan-lahan keluar dari kereta. "Kenapa?" Walaupun pada masa ni saya dah sedar bukan dialah orangnya namun saya terpaksa jawab juga soalan Encik ni dengan memberitahu ada orang tertinggal credit card. Tiba-tiba dia pulak yang terasa panic sambil memeriksa card dari wallet dia. Saya pun berlari semula ke RHB setelah memastikan usaha saya tadi sia-sia. 

Zarith yang sedang terpinga-pinga di hadapan RHB Bank meneruskan mencari target yang baru. Kali ni kami lebih berhati-hati agar tak tersalah orang lagi. Tak sampai 1 minit, dia tiba-tiba dia dapat detect kereta kedua sambil menuding jari kepada kereta wira hitam yang baru keluar dari parking kereta. Saya kali ni hanya mampu melihat kereta ni berlalu dihadapan saya untuk betul-betul memastikan pemilik credit card ni. Sebenarnya kami pun tak pasti macam mana wajah orang tu, cuma clue penting adalah orang tu mesti merupakan pasangan suami isteri bersama seorang kanak-kanak. Hanya selepas kereta itu mampu dilihat dari belakang barulah saya dapat pastikan identiti mereka. Sah! Betullah itu orangnya. "Kereta tu dah jalan, takkan saya nak kejar ?" Soalan bodoh dari saya tiba-tiba terkeluar. 

Gambar Hiasan

Kami berdua dengan perasaan hampa pun masuk semula ke dalam ATM tu untuk mencari idea baru. Zarith yang tiba-tiba berperwatakan extra concern membelek-belek credit card RHB MasterCard untuk mencari info lain. "Wah, ni credit card baru". Sekurang-kurangnya limit credit ini adalah RM8,000 atau lebih. Zarith menunjukkan 3 nombor dibelakang credit card yang amat bahaya sekiranya terdedah. Actually, ada je orang yang boleh cuba guna card ni untuk transaksi online sebab semuanya dah diketahui. "Takpe, kita call customer service!"  Zarith tiba-tiba mengeluarkan idea baru. Dia pun menelefon customer service berpandukan nombor yang tertera dibelakang credit card. Dahla call customer service tu kena tekan-tekan nombor untuk sampai kepada orang yang incharge tu. Zarith hanya dapat bercakap dengan customer service selepas 10 minit menunggu ditalian. Tak sangka dia ni tiba-tiba jadi penyabar orangnya.

Selepas memberi info kepada customer service, orang tu yang kagum dengan reaksi Zarith pun menelefon pemilik credit card tu. Zarith sendiri mencadangkan supaya mengambil semula credit card tu di RHB yang sama sebab dia akan tunggu sampai orang tu datang. Sekali lagi saya terkejut sebab actually pada masa tu kitaorang dah lambat nak tengok wayang MIB3 di Space U8. Nak kata lambat sangat tu tidaklah, sebab kitaorang tak beli tiket lagi. So, taktau show pukul berapa. Tapi takpelah, mana yang penting kita dahulukan. Sekali lagi kami menunggu di hadapan RHB dan kali ini untuk 20 minit seterusnya pula.

"Mungkin orang tu duduk di Shah Alam juga dan mesti tak jauh lagi" kata Zarith menyedapkan hati sendiri. Tak lama selepas tu, orang tupun sampailah di tempat yang dijanjikan. Dengan muka lega pemilik kad itu iaitu seorang perempuan pun berterima kasih kepada kami berdua. Rupanya dia memang tak sedar kadnya dah tertinggal sehinggalah pihak RHB sendiri yang call dia. Haih, nasib baiklah kitaorang yang jumpa. 

Selepas semuanya selesai, sayapun mengingatkan Zarith supaya memeriksa kad sendiri. Jangan kita menolong orang, kita pula yang tertinggal nanti. Dipendekkan cerita, malam tu kami berdua tak dapat tengok wayang sebab dah lambat. Tapi takpelah, yang penting kami berdua dah boleh tersenyum sebab dah menolong orang. Walaupun, tak dapat apa-apa balasan tapi mana tahu satu hari perkara yang sama mungkin berlaku pada kita. Insya Allah perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...