Followers

Thursday, May 31, 2012

Bukan Hak Kita~


Okay, kali ni saya nak berkongsi satu pengalaman baru ketika bersama dengan Zarith baru-baru ini. Pengalaman baru ni telah mengubah persepsi saya terhadap rezeki dan hak kita sebagai manusia biasa. Pengalaman ini juga telah menunjukkan sikap dalaman sebenar Zarith yang tak pernah saya ketahui sebelum ini. Biarlah dia nak kata saya over ke apa sebab cerita kat blog ni tapi saya rasa saya patut kongsi juga~

Kejadian berlaku pada waktu malam hari sekitar 8 malam di bank RHB Seksyen 9, Shah Alam. Macam biasalah rutin kami berdua pada hujung-hujung bulan ni selepas gaji masuk adalah untuk menyelesaikan hutang kereta, rumah dan macam-macam lagilah di bank. Bukan taknak pakai online, cuma ada certain things prefer pakai manual sebab lebih jelas dan cepat. 


RHB Bank (Gambar Hiasan)

Semasa kami memasuki ke dalam dalam ruang ATM RHB Bank saya lihat ada sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil sedang menggunakan mesin cash deposit. Kitaorang pun pakailah mesin yang bersebelahannya sebab mesin ATM tu tidak digunakan. Semasa menggunakan mesin tu, dapat nampaklah anak pasangan disebelah mesin ATM yang agak nakal dengan mengetuk-getuk mesin ATM dan agak diluar kawalan. Perkara biasalah bila dah ada baby. Tak berapa lama, lepas tu pasangan tu pun beredar bila transaksi mereka dah selesai. Kami berdua ni tak selesai lagi sebab biasanya Zarith memang extra details pasal masukkan duit kat ATM. Bila dah masuk, dia suruh cek balik balance. Macam tu lah. 

Tiba-tiba mesin ATM sebelah tu berbunyi. Zarith dengan muka annoyed cuba menekan button cancel ataupun apa-apa sahaja asalkan tak bunyi lagi. Adalah dia cuba beberapa kali sampai berpindah dari mesin ATM saya ke mesin ATM sebelah. Masa tu takde orang lain dah, kitaorang berdua je yang tinggal. Lama lepas tu, saya terfikir untuk cek mungkin ada kad yang tertinggal. Zarith pun cek dan memang betul ada credit card Mastercard yang tertinggal kat ruang kad tu.

"Erm, macam mana?" saya tanya Zarith. Zarith dengan muka excited tapi concern pun seolah-olah mencari-cari pasangan tadi. Kitaorang pun keluar dari ruang ATM tu dan cuba meninjau-ninjau di luar. Dalam beberapa saat tu Zarith macam dah dapat detect pasangan tu dah masuk ke dalam sebuah kereta kancil di seberang jalan. Dia detect je, saya yang kena kejar!. Dengan bersemangat waja, saya pun berlari menuju ke kereta tu dengan harapan dapat pulangkan kad tu semula dan pada masa yang sama juga berharap tidak menimbulkan salah sangka. 

Bila sampai je kat kereta kancil tu, saya lihat driver tu baru je nak startkan enjin. Saya pun dengan nada sopan bercampur mengah menanyakan pada orang tu samada dia ada ke bank tadi. Dia dengan muka tak pasti nak react macam mana, pun jawab yang dia ada ke bank. Pada masa saya selesai bertanya, baru saya perasan takde budak kecik mahupun perempuan dalam kereta tu. Dalam keadaan terasa berkemungkinan tersalah orang, saya lontarkan soalan kedua pula. "Tadi Encik ada datang dengan budak kecik ke?". Dia sekali lagi dengan muka tak tau nak respon macam mana pun menjawab pendek. "Tidak!". Kali ni dia pula mengajukan soalan pendek kepada saya sambil perlahan-lahan keluar dari kereta. "Kenapa?" Walaupun pada masa ni saya dah sedar bukan dialah orangnya namun saya terpaksa jawab juga soalan Encik ni dengan memberitahu ada orang tertinggal credit card. Tiba-tiba dia pulak yang terasa panic sambil memeriksa card dari wallet dia. Saya pun berlari semula ke RHB setelah memastikan usaha saya tadi sia-sia. 

Zarith yang sedang terpinga-pinga di hadapan RHB Bank meneruskan mencari target yang baru. Kali ni kami lebih berhati-hati agar tak tersalah orang lagi. Tak sampai 1 minit, dia tiba-tiba dia dapat detect kereta kedua sambil menuding jari kepada kereta wira hitam yang baru keluar dari parking kereta. Saya kali ni hanya mampu melihat kereta ni berlalu dihadapan saya untuk betul-betul memastikan pemilik credit card ni. Sebenarnya kami pun tak pasti macam mana wajah orang tu, cuma clue penting adalah orang tu mesti merupakan pasangan suami isteri bersama seorang kanak-kanak. Hanya selepas kereta itu mampu dilihat dari belakang barulah saya dapat pastikan identiti mereka. Sah! Betullah itu orangnya. "Kereta tu dah jalan, takkan saya nak kejar ?" Soalan bodoh dari saya tiba-tiba terkeluar. 

Gambar Hiasan

Kami berdua dengan perasaan hampa pun masuk semula ke dalam ATM tu untuk mencari idea baru. Zarith yang tiba-tiba berperwatakan extra concern membelek-belek credit card RHB MasterCard untuk mencari info lain. "Wah, ni credit card baru". Sekurang-kurangnya limit credit ini adalah RM8,000 atau lebih. Zarith menunjukkan 3 nombor dibelakang credit card yang amat bahaya sekiranya terdedah. Actually, ada je orang yang boleh cuba guna card ni untuk transaksi online sebab semuanya dah diketahui. "Takpe, kita call customer service!"  Zarith tiba-tiba mengeluarkan idea baru. Dia pun menelefon customer service berpandukan nombor yang tertera dibelakang credit card. Dahla call customer service tu kena tekan-tekan nombor untuk sampai kepada orang yang incharge tu. Zarith hanya dapat bercakap dengan customer service selepas 10 minit menunggu ditalian. Tak sangka dia ni tiba-tiba jadi penyabar orangnya.

Selepas memberi info kepada customer service, orang tu yang kagum dengan reaksi Zarith pun menelefon pemilik credit card tu. Zarith sendiri mencadangkan supaya mengambil semula credit card tu di RHB yang sama sebab dia akan tunggu sampai orang tu datang. Sekali lagi saya terkejut sebab actually pada masa tu kitaorang dah lambat nak tengok wayang MIB3 di Space U8. Nak kata lambat sangat tu tidaklah, sebab kitaorang tak beli tiket lagi. So, taktau show pukul berapa. Tapi takpelah, mana yang penting kita dahulukan. Sekali lagi kami menunggu di hadapan RHB dan kali ini untuk 20 minit seterusnya pula.

"Mungkin orang tu duduk di Shah Alam juga dan mesti tak jauh lagi" kata Zarith menyedapkan hati sendiri. Tak lama selepas tu, orang tupun sampailah di tempat yang dijanjikan. Dengan muka lega pemilik kad itu iaitu seorang perempuan pun berterima kasih kepada kami berdua. Rupanya dia memang tak sedar kadnya dah tertinggal sehinggalah pihak RHB sendiri yang call dia. Haih, nasib baiklah kitaorang yang jumpa. 

Selepas semuanya selesai, sayapun mengingatkan Zarith supaya memeriksa kad sendiri. Jangan kita menolong orang, kita pula yang tertinggal nanti. Dipendekkan cerita, malam tu kami berdua tak dapat tengok wayang sebab dah lambat. Tapi takpelah, yang penting kami berdua dah boleh tersenyum sebab dah menolong orang. Walaupun, tak dapat apa-apa balasan tapi mana tahu satu hari perkara yang sama mungkin berlaku pada kita. Insya Allah perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

Danish & Danial di dalam filem Momok - Jangan Cari Pasal


Assalamualaikum semua. Cerita kali ini adalah berkaitan dengan dua hero kembar yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Mereka adalah Danish & Danial yang kerap saya kaitkan dengan Upin & Ipin. Bagi sesiapa yang tak pernah tahu pasal mereka ni bolehlah baca di blog saya yang lepas.


Dalam diam-diam rupanya Danish & Danial sudahpun diberi peluang untuk berlakon di dalam filem terbaru keluaran Galaksi Seni iaitu Momok - Jangan Cari Pasal. Minggu lalu saya berpeluang untuk menonton media screening filem ini hasil jemputan dari Baba Nizam yakni penjaga kepada kembar berdua ni. Tak sangka dorang berdua ni berani berhadapan dengan kamera dan kagum dengan krew filem yang gigih melatih dorang. Saya tahu, bukan mudah nak bagi Danish & Danial ni mengikut arahan apatah lagi untuk berlakon filem. Walaupun tak banyak sangat penampilan mereka dalam filem ni tapi cukuplah untuk memberi pendedahan awal.

Danish & Danial


Mana satu Danish, mana satu Danial ni?

Ok, sebelum ada yang terconfuse, Danish & Danial ni bukanlah berlakon sebagai watak Upin & Ipin. Mereka berlakon sebagai watak kanak-kanak nakal yang sering kacau orang. Hehe... Kalau nak tahu macam mana rupanya lakonan mereka ni dan macam mana cerita Momok - Jangan Cari Pasal ini kenalah saksikan di panggung wayang seluruh Malaysia pada 12 Julai 2012 nanti~!


Pengarah : M.Jamil
Syarikat Penerbit : Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram, Muzik, Komedi
Tarikh Tayangan : 12 Julai 2012 

Thursday, May 24, 2012

Dinner at Cozy Corner


Lama pula tak cerita pasal makanan. Mana taknya, bila nampak makanan je dah lupa nak amik gambar. Nasib baik dinner kali ni saya tertib sikit dan dah prepare nak ambik gambar makanan cantik-cantik. Ha, lokasi makan-makan kali ni adalah di Cozy Corner yang terletak di Ampang Park.

Amboi, jauh benor makannya tu~ . Yelah, lokasi makan malam ni dipilih sendiri oleh Zarith sempena menyambut Birthday dia. Tempat makan yang special ni juga di recommend sendiri oleh parent Zarith yang juga turut serta makan sekali malam tu. Selain tu, kakak dan adik serta abang ipar Zarith juga join makan sekali. Kiranya macam family dinner la ni. Ohya, lupa pulak Aqeel yang ikut je makan tapi dia tak makan...

 Hidangan Chicken Chop yang besar

Salmon Grilled

Cozy Corner ni dengar katanya dah bertahun-tahun dibuka. ( Tak ingat pula berapa tahun ). Hidangan ala Western dan tempatan ditawarkan dengan cara masakan yang tersendiri. Walaupun harganya agak mahal sikit tetapi dengan portion besarnya rasanya memang berbaloi. Saya seperti biasa akan mencari menu ikan Salmon dan Zarith pula juga macam biasa pengemar ayam memilih chicken chop sebagai menu utama makanan malam tu. Secara keseluruhannya saya rasa makanannya boleh tahan sedap dan unik. Ada beberapa menu yang saya tak sempat nak cuba tapi orang cakap sedap. Nyum nyum...

Services yang cepat dan suasana yang selesa saya rasa menjadi daya penarik untuk datang lagi. Ohya, selain dari kitaorang juga beli sesuatu yang istimewa malam ketika dalam perjalanan ke Ampang Park. Ianya adalah Pavlova di Delicious Restaurant. Erm, saya pun tak sure Pavlova diperbuat dari apa tapi rasanya macam gula-gula kapas sikit. Dengar kata dulu Awal Ashaari mengurat Scha dengan Pavlova ni la.


Pavlova

Selain dari menu makanan, yang menarik pada malam itu juga adalah tema baju. Kalau tak salah saya, kakak Zarith yang mencadangkan tema baju purple. Saya tak kisah sangat pasal warna tema baju. Baju kaler Pinkpun saya sanggup pakai. Jadi kami semejapun berpakaian purplelah pada malam itu.

 Aqeel
  
 Alif bersama Aqeel

Bersama family Zarith


p/s : terima kasih kepada krew Cozy Corner yang tolong snap picture ni..


View Larger Map

Wednesday, May 23, 2012

Upin & Ipin The Musical (Bahagian 2)


Assalamualaikum semua, saya sambung semula coretan berkaitan dengan teater Upin & Ipin The Musical. Buat masa sekarang ni, teater ni masih diperkatakan lagi walaupun dah hampir sebulan ianya selesai dipentaskan di Istana Budaya. Sangat rindu dengan telatah dan aksi adik-adik teater ni berlakon dan menari di pentas. Tapi takpe, sebab dengar kata DVD teater ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ha, siapa yang dah tengok teater ni wajiblah beli buat koleksi.

Aksi labah-labah turun dari atas

Aksi memukau kumpulan Rama-Rama

Kumpulan Pulu-Pulu yang mencuit hati

Kemuncak teater ini tempoh hari adalah sewaktu persembahan hari-hari terakhir. Ini adalah kerana di hari-hari terakhir persembahan teater, penonton dikejutkan dengan penampilan khas kesemua pelakon suara Upin, Ipin dan kawan-kawan. Ramai betul yang taknak balik dan siap bersorak-sorak apabila nama setiap pelakon suara diperkenalkan satu demi satu. Jangan kata penonton yang bersorak-sorak, pelakon teater yang sedang berada di atas pentas pun melompat-lompat excited dapat berjumpa dengan pelakon suara sebenar. Kebanyakkan dari mereka tak pernah berjumpa dengan pelakon suara sebab tak pernah diberi peluang dan sibuk dengan latihan.

Ada juga beberapa orang dari adik-adik teater ini mempunyai latar belakang di dalam bidang lakonan, tarian dan juga nyanyian. Adik Farah Nadiah misalnya yang membawa watak Puteri Cinonet sangat sibuk dengan lakonan serta pengacaraan rancangan kanak-kanak. Adik Faris Azim yang menjadi Upin pula merupakan peserta Showdown. Pandai betul dia menari. Ohya, tak lupa juga Deera yang menjadi Rama-Rama yang sebelum ini dicungkil bakatnya dari Idola Kecil TV9.

Ketika sesi autograf

Fatin Aqilah pelakon teater Mei Mei

Mentadak Mentadu

Suasana ketika menukar pakaian

Ok, kita lompat ke belakang pentas sekejap. Mari kita sambung tengok wajah-wajah orang penting dibelakang pentas. Actually, saya hanya dapat ambik gambar bersama dorang ni sehari sebelum persembahan terakhir. Yelah, hari lain memang tak sempat. Kat belakang pentas ni dah macam bilik perang. Ada baju kat situ, ada kasut kat sini. Tapi apa-apapun kesemua warga kerja teater ni bekerja dengan semangat kat belakang pentas hinggalah saat-saat persembahan terakhir.

Erm, saya pun dah taktau nak explain apa dah. Kita tengok je la gambar yang ada.. Hehe..

Bersama Sally

 
Bersama Nurse KPJ, dia juga menjadi rakjat Kerajaan Cinonet

Bersama Puteri Cinonet, terasa saya sangat gergasi pulak

Sekali lagi bersama Kak Ros

Bersama Rajoo

Bersama Ehsan

Wajah disebalik Mentadak Mentadu

 Bersama Susanti

Bersama Opah yang rock


Friday, May 18, 2012

Mencari orang dengan Find My Friends

Dah lama rasanya saya tak berkongsi info berkaitan gadget-gadget mahupun software yang saya suka pakai. Bukanlah saya terlalu pandai dan banyak pakai software yang baru-baru, cuma semenjak dua menjak ni saya selalu mengodek-godek iPhone 4 saya sampailah ada beberapa apps yang menjadi kewajipan bagi saya.

Bagi yang bukan pengguna iOS anda boleh terus pangkah browser ni dan buka website lain. Apps yang saya nak kongsi ni adalah Find My Friends yang hanya boleh digunakan dengan versi iOS 5 ke atas sahaja. Fungsinya mudah saja iaitu mencari di mana lokasi kawan anda yang juga pengguna iOS5 berada.


Contoh menu utama Find My Friends                    


Mula-mula kedua-dua pengguna haruslah memuat turun apps Find My Friends dan saling invite dan approve diri masing-masing terlebih dahulu. Kemudian kita hanya perlu klik nama untuk mengetahui di mana lokasi kawan kita berada dengan syarat kedua-duanya mempunyai talian internet semasa itu. Antaramuka apps ni sama seperti Map dan kita boleh setkan direction kalau kita mahu berjumpa dengan kawan kita.
Sekiranya anda berani bolehlah pakai apps ini untuk girlfriend, isteri mahupun parents masing-masing. Bukanlah berniat untuk menjadi stalker tetapi apps ni berguna untuk memastikan keselamatan orang yang kita sayangi. Atleast bolehlah tahu dia dah sampai rumah ataupun dah sampai ke tempat kerja.
Selamat mencuba~

Mencari lokasi pasangan

p/s : Tapi sampai sekarang saya tak berani nak introduce kepada bos sebab takut dia tahu kat mana saya berada. haha..





Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Cikgu~


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru diseluruh Malaysia. Ha, nak tahu tak? Sebenarnya projek ni dah bermula sejak beberapa bulan yang lepas. Projek album lagu baru Upin & Ipin bersama Nova Music ni dirancang sepatutnya berada dipasaran pada awal tahun ini ataupun setidak-tidaknya bulan April yang lepas. Tapi oleh kerana ada beberapa perubahan pada pemilihan lagu sebab nak pastikan lagu yang keluar tu betul-betul sedap jadi terpaksa didelaykan lagi. 

Tapi apa-apapun, sempena Hari Guru ni lagu "Terima Kasih Cikgu" yang dicipta khas untuk guru-guru dah mula didengarkan melalui corong-corong radio-radio tempatan seperti di SuriaFM dan HotFM. Kalau ada macam tiba-tiba terdengar kat radio tu sure macam terpinga-pinga kejap, "Eh, lagu apa ni"

Lagu ni merupakan hasil nyanyian bersama Najwa Latif dan Asyiela Putri pelakon suara Upin & Ipin. Dengar macam comel je dorang ni nyanyi berdua. Actually, nak dapatkan spot kat radio untuk lagu cikgu-cikgu macam ni bukanlah senang. Sebab biasanya radio hanya mainkan lagu yang latest sahaja. Jadi cabaran nak naikkan lagu ni pun bukanlah senang. InsyaAllah, dengan nama Najwa Latif dan Upin Ipin diharapkan lagu ni mendapat tempat dihati peminat-peminat semua. 

Oklah, saya share dulu video klip tak rasmi untuk lagu ni. Apa pendapat anda tentang lagu ni? Ok tak?



Video klip tak rasmi lagu Terima Kasih Cikgu

Tuesday, May 15, 2012

Upin & Ipin The Musical (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Seperti yang dijanjikan tempoh hari, kali ini saya ingin berkongsi dengan lebih mendalam mengenai cerita disebalik teater Upin & Ipin The Musical. Kalau ada yang belum tengok lagi baik simpankan je hasrat murni tu sebab teater ni dah pun selesai dipentaskan di Istana Budaya. Genap sebanyak 30 persembahan menjadikan teater ini teater yang paling lama dipentaskan dalam tempoh sebulan. Dah pun dapat Malaysia Book of Records mengenai perkara ni. Bestkan?

Saya sendiri walaupun sebenarnya tidaklah terbabit secara langsung dalam teater ni tapi saya dah mewajibkan diri untuk menonton teater ni hampir setiap malam di Istana Budaya. Rasa tak complete kalau tak menonton teater ni walaupun sehari. Ok, seperti yang kita tahu teater ini merupakan hasil kerjasama dengan produksi teater CTRA yang pernah menerbitkan teater Gamat, Mak Dara Nyonya, Tun Mahathir dan banyak lagi. Dari hari pertama perbincangan memang tak sangka penantian hampir setahun ini menjadi kenyataan. Memang tak sangka watak-watak dari animasi ni boleh dan mampu di teaterkan. Kitaorang yang masing-masing background 3D animasi ni memang tak nampak sangat gambarannya pada awal-awal dulu. Tapi apa-apapun, diharapkan hasil akhir nanti masih mengekalkan elemen-elemen asal dari animasi.

Saya bersama Zarith yang sentiasa menemani

Scene main basikal

Kalau anda gembira tepuk tangan

Saya boleh katakan cabaran paling besar adalah dari segi pengolahan cerita. Bukan senang pengarah teater iaitu En Zaifri ni berjaya melepasi quality control dari Haji dan Hajah. Semasa skrip belum betul-betul siap lagi, perkara-perkara lain telah berjalan secara serentak. Lagu latar yang dihasilkan oleh Pak Ngah boleh dikatakan penyeri dan amat penting di dalam teater ini. Lagu pertama ciptaan Pak Ngah yang bertajuk Upin & Ipin (Gembira Bermain) macam magik sekali je dah lulus. Lagu-lagu lain yang turut menjadi daya penarik di dalam teater ini adalah lagu Kerja, Mentadak Mentadu, Basikal, Kereta Lembu dan erm. boleh kata semualah~!

Walaupun ada beberapa kritikan berkaitan dengan pemilihan pelakon, tapi percayalah... bukan senang nak pilih pelakon yang boleh bawakan watak sama seperti watak asal. Ada beberapa watak yang sangat berjaya dan sangat dekat dengan watak kartunnya. Diantaranya adalah Sally, Dr Ravi, Cikgu Jasmin, Mei Mei, Upin, Ipin dan beberapa watak lagi. Contohnya watak Sally yang dapat kita lihat bukan sahaja berperwatakan serupa, tapi pakaiannya juga sama. Cantik betul costume dorang nih!. Nanti kita tengok belakang pentas, siapalah yang buat costume2 yang cantik-cantik ni..

Sally berjaya mencuri tumpuan

Saya bersama sebahagian dari krew yang
 bertugas menjual merchandise teater

Sambutan teater ini bagi saya amat luar biasa. Secara terus terangnya saya memang tak pernah tengok teater. Tapi kalau setiap hujung minggu atleast 80% tiket sold out memang tipulah kalau tak dapat sambutan. Kadang-kadang tu sampai 5-6 bas beratur kat luar Istana Budaya tu untuk menghantar pelajar-pelajar menonton teater ni. Cabaran besar juga sebenarnya apabila tak berjaya ditayangkan pada musim cuti sekolah. Yelah, bukan senang nak dapatkan slot cuti sekolah kat Istana Budaya ni. Samalah juga situasinya kalau nak book slot di panggung wayang. Sekurang-kurangnya setahun awal baru dapat book. Walaupun begitu, dengan sambutan yang meriah macam ni, diharapkan teater ini dapatlah diadakan sekali lagi pada hujung tahun nanti. Mengikut fakta terkini, permohonan dan angin-angin mengenai pementasan semula itu sudah ada, tapi masih belum dalam kelulusan lagi. 

Bersama dengan Ehsan, Upin, Ipin, Fizi dan juga Jarjit


Bersama sebahagian dari ibu-ibu pelakon teater

Pada setiap malam persembahan, di ruang legar Istana Budaya ni pasti akan ada ibu atau bapa yang menunggu anak-anak mereka yang sedang buat persembahan di dalam. Dah seperti persatuan ibubapa, mereka ni setiap hari akan berada di sini tanpa mengenal erti penat. Ada juga salah seorang ibu cakap pada saya. 

"Kalau kita yang menunggu setiap hari ni pun penat, 
macam manalah adik-adik kita kat dalam tu. Sure lagi penat"

Ye, bercakap pasal penat ni saya tak nafikan memang semua yang terlibat dengan teater ni pasti akan terdetik perasaan penat dan letih. Setiap hari tanpa henti melakukan rutin yang sama memang mengundang rasa penat dan kadang kala boleh demam dibuatnya. Tapi, saya kagum dengan adik-adik teater ni semua sebab dorang bukan sahaja tak penat, tapi seronok dan memberikan sepenuhnya penumpuan semasa teater sedang berlangsung. Kalau kitalah masa belum sampai giliran mesti kita duduk dulu minum air ataupun lelap sekejap kalau ngantuk sangat. Tapi budak-budak kat belakang pentas ni masa rehat mereka adalah masa mereka bermain. Kacau orang ini, kacau orang sana. Tengok gelagat dorang belakang pentas ni pun dah kelakar~

 Bersama Opah dan sebahagian warga kerja CTRA Production

 Bersama dengan Opah

Pujian harus diberikan kepada orang-orang kuat dibelakang tabir diantaranya adalah Kak Sarina iaitu pereka kostum bagi teater ini. Ramai yang tak kenal, tapi dengan Kak Sarina nilah saya saling bertukar info dan design baju setiap watak hinggalah siap. Kak Sarina ni juga tiap-tiap malam akan bertungkus lumus di belakang pentas bersama pembantu-pembantunya untuk menyalinkan pakaian setiap pelakon-pelakon teater ni. Selain dari kena tahu apa nak pakai mengikut set, Kak Sarina juga akan pastikan keadaan baju-baju tersebut di dalam keadaan presentable dan selamat dipakai.

 Bersama Kak Sarina, Pereka Kostum

Bersama Cikgu Jasmin

 Bersama Dr Ravi

Actually, ramai lagi orang-orang penting dibelakang tabir ni. Tapi tak sempatlah saya nak bergambar dengan semua orang. Setiap kali saya kebelakang pentas je sure dorang tengah sibuk. Anyway, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua orang-orang kuat dibelakang tabir yang menjayakan teater ni. Tanpa dorang mungin teater ni tak berjaya dipentaskan. 


p/s : Dibahagian ke dua saya akan kongsi lebih banyak gambar-gambar dibelakang tabir.




Monday, May 07, 2012

Upin & Ipin The Musical Melabuhkan Tirainya...

Assalamualaikum. Ya, Allah lamanya tak update blog saya ni. Dah hampir sebulan dah.. Ish, ish~ Ini semuanya gara-gara saya yang terlalu sibuk dengan teater Upin & Ipin. Ha, siapa yang tak tengok lagi memang rugilah sebab semasa saya menulis blog ni teater ini hanya tinggal 1 show sahaja lagi. 

Macam-macam perkara yang saya dah perhatikan dan belajar disepanjang terlibat secara tak langsung dengan pembikinan teater ini. Saya sendiri secara  tak rasmi dah melalui semua proses pembikinan teater ini tapi tidaklah mendalam seperti mana orang-orang kuat dibelakang tabir teater ini seperti penerbit dan pengarah.

Gambar teaser bersama Kak Ros

InsyaAllah, saya dapat rasakan teater ini bukanlah yang terakhir bagi team ni. Sekiranya ada peluang mungkin ianya akan dipentaskan sekali lagi dan mungkin lepas ini di negara jiran pula. Siapa tahukan? Selama 30 persembahan tanpa henti (kecuali masa 28 April) menjadikan teater ini lain dari yang lain. Penat tu sudah tentulah penat. Saya yang hari-hari berada di Istana Budaya dan hanya mengambil gambar pun dah penat, inikan pulak adik-adik kita yang melompat dan menari-menari setiap hari di atas pentas. Di dalam kepenatan yang teramat sangat rupanya ada juga perasaan sebak diantara mereka apabila teater ini akan melabuhkan tirai. Tiada lagi gelak ketawa sesama mereka dan tiada lagi sebab untuk munasabah untuk mereka berkumpul di bawah satu bumbung.

Oklah, saya pun nak cerita banyak tapi tak sempat nampaknya. Saya tinggalkan anda semua dengan gambar eksklusif saya bersama Kak Ros. Wah, tak nak kalah tu. Silalah jeles..Hahaha....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...