Followers

Tuesday, April 03, 2012

Upin & Ipin dipentaskan di Istana Budaya


Dalam semenjak dua menjak ni tiba-tiba ramai pulak kawan-kawan yang call mintak tiket free. Hehe, sebenarnya bukan saya kedekut, tapi saya memang takde tiket free pun. Tiket apa lagi yang doarng mintak kalau bukan tiket teater Upin & Ipin The Musical yang akan mula dipentaskan di Istana Budaya pada 14 April 2012 ini. Macam tak percaya je kan cerita kartun macam Upin Ipin pun boleh jadi pementasan teater. Tapi, korang jangan tak tahu. Kalau animasi luar macam Lion King, Aladdin dan banyak lagi boleh dipentaskan di panggung teater kenapa bukan Upin Ipin?

Diantara aksi pelakon-pelakon kanak-kanak
di dalam Upin & Ipin The Musical

Aksi pelakon Upin ketika berjumpa dengan
berjumpa dengan watak rama-rama

Saya secara tak langsung dahpun melibatkan diri dengan teater ini sejak dari awal lagi. Walaupun tanggungjawab saya tidaklah begitu besar, tapi melihat teater ini berkembang sehingga ke saat terakhir persembahannya di Istana Budaya ini saya rasa sangat bangga. Saya amat suka membantu penerbitan teater ini iaitu CTRA Production kerana kami sama-sama nak lihat teater ini berjaya. Bekerja di dalam dunia baru ini membuatkan saya banyak belajar tentang selok belok dunia teater dan pemasaran menggunakan media baru. 

Yang membanggakan adalah lagu latar teater ini dihasilkan sepenuhnya oleh Pak Ngah. Sentuhan lagu Pak Ngah kali ini agak berbeza dengan lagu-lagunya yang lain. Sebagai penonton, kita akan mudah terbuai dengan lagu kanak-kanak yang sangat catchy dan membuatkan kita mahu menari bersama. Sebut pasal tarian pula, kesemua pelakon teater ini dilatih oleh guru tari yang tidak asing lagi iaitu Aris Kadir yang sangat aktif dengan Akademi Fantasia sebelum ini.

Diantara barisan tenaga kerja teater

 Kak Roy, penerbit bersama CTRA Production

Pak Ngah pencipta lagu teater Upin Ipin

Bersama beberapa pelakon utama

Seramai 55 pelakon teater terdiri dari kanak-kanak semuda 5 tahun sehinggalah kepada pelakon dewasa berumur 52 tahun. Kesemua pelakon ini telah menjalani beberapa ujibakat yang saya boleh pastikan bukanlah mudah. Mereka ni semua bukan hanya boleh menari, berlakon bahkan juga perlu mempunyai mental yang sangat kuat. 

Salah seorang pelakon teater yang saya kenal adalah Dira (Idola Kecil). Walaupun Dira tak memegang watak utama tapi mengikut kata ibunya watak yang diberikan ni pun dah sangat mencabar. Dira perlu practice lebih masa dan bersabar dengan tekanan yang diberikan oleh cikgu-cikgu teater. Garang agaknya cikgu dorang ni kan~. Selain tu saya juga kenal dengan 2 orang watak utama iaitu watak Susanti dan Mei Mei. Saya takdelah kenal sangat, cuma saya pernah interview dorang ni semasa sebelum sesi ujibakat hujung tahun lepas. Masa tu saya mintak dorang nyanyi lagu Sahabat Selamanya sebab nak rekod masuk youtube. Sempat jugak saya wish good luck dan tengok-tengok dorang dapat as main role. Rezeki dorang~!...

Mei Mei dan Susanti

 Bersama pelakon kanak-kanak berusia 5 tahun

Salah seorang watak Upin iaitu Faris Azim

Bersama Dira (Idola Kecil)

Bersama watak Mail 2 Singgit

Bersama watak Ipin

Bersama watak Kak Ros. Jangan Marah~!

Oklah. Apa-apapun teater ni memang best dan rugi besar kalau tak pergi tengok. Tiket dah mula dijual secara online di Ticket2u.biz. Dengar kata tayangan hari pertama iaitu pada 14 April 2012 dah nak habis dijual. 

p/s : Yay, saya dapat tengok freeee~!


1 comment:

  1. yeahhhhhh......
    Zarin, jumpa di sana.... di sanaaaa.... di sanaaaaaaaaaa....... will be in the first day show :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...