Followers

Monday, April 02, 2012

Majlis Merisik & Meminang


Alhamdullilah dan syukur sangat-sangat kerana telahpun selesai majlis merisik dan meminang Siti Zarith Iylia pada hujung minggu yang lalu. Majlis ini telahpun diadakan kat rumah Zarith sendiri iaitu di Ipoh. Saya bersama 2 buah kereta lain sebenarnya sampai di rumah Zarith lewat 2 jam dari masa yang telah dijanjikan. Semuanya kerana gara-gara beberapa perkara yang tak dapat dielakkan seperti tersalah jalan dan macam-macam lagi. Tapi, takpe sebab yang penting semuanya dah selamatpun...

Baju sedondon warna cream

Ada videograpfer pulak

Tarikh 31 Mac 2012 menjadi deadline penting buat saya dan Zarith sebab tarikh ini merupakan diantara beberapa tarikh pindaan setelah beberapa tarikh lain gagal kami book. Ini adalah disebabkan faktor-faktor saya terpaksa ke Los Angeles pada awal tahun ini dan juga faktor menantikan masa sesuai untuk kakak Zarith iaitu Anis tamat waktu pantangnya. Akhirnya tarikh hari yang sama juga, pihak keluarga Zarith mengambil peluang untuk combine majlis cukur jambul dan doa selamat untuk cucu baru mereka iaitu Aqeel. 2 Majlis dalam 1 ini disediakan begitu kemas dan cantik oleh pihak keluarga Zarith.

Bersama Sabri

Bersama keluarga suami Kakak

Ada orang tanya, majlis ni sebenarnya bertunang ke merisik? Jawapannya adalah merisik dan meminang. Sebenarnya kalau mengikut adat, majlis merisik dihadiri oleh keluarga-keluarga sahaja dan tiada majlis besar sebagai susulan. Jadi majlis merisik ini sebenarnya sudah boleh dilihat sebagai bertunang. (Berdasarkan kata orang-orang tua). Walau bagaimanapun, kami sendiri insyaAllah akan bertunang sejam sebelum majlis bernikah iaitu pada awal tahun depan. Tarikhnya telah ditetapkan pada bulan Januari tahun 2013. Doakan agar kami berdua berjaya menempuh dugaan yang bakal ditempuhi nanti.

P/S : Semua gambar ini adalah dari iPhone sahaja. Saya akan upload gambar dari photograpfer bila dah dapat gambarnya nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...