Followers

Monday, March 26, 2012

The Making of Yusry & Lisa


Ha, memang ramai yang suka tengok perkahwinan Yusry & Lisa tempoh hari lalu. Selain dari dua-dua pasangan nampak sweet dan cute, wedding dorang sendiri nampak simple tapi meriah. Definisi simple tu bukan dari segi kos tapi dari segi presentation yang dorang pamerkan seperti pelamin, baju dan sebagainya. Kalau wedding orang lain surely, baju je dah berpuluh ribu ringgit dan wedding pun dan macam dalam istana.

Saya tak salahkan Zarith sebab terlalu taksub dengan konsep wedding Yusry & Lisa ni. Bila sembang sikit je.. mesti buka cerita Lisa.. cakap pasal baju mesti cakap pasal Lisa lagi. Terasa pasal diri saya macam Yusry pulak dah. Tapi apa-apapun, mana yang boleh diserapkan dan menjadi references untuk wedding kami tu nanti insyaAllah boleh diserapkan. Yang penting, weddingnya simple but nice.

Zarith bersama 2 majalah tak rasmi Yusri & Lisa

Ha, tengoklah habis saya kena temankan Zarith mencari majalah tak rasmi perkahwinan Yusry & Lisa ni. Majalah ni saya jumpa di Subang Parade setelah banyak shopping mall saya dah cari. Kiranya ni macam majalah haram yang orang lain terbitkanlah. Kita tengoklah nanti apa sumber ilham yang berjaya Zarith dapat. Hehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...