Followers

Tuesday, March 06, 2012

Cabaran 100 Hari Kurus !



Baiklah! Dengan cadangan dan idea bernas oleh Kak Ros, akhirnya saya memberanikan diri untuk publish post mengenai cabaran "100 Hari Kurus". Sebenarnya saya bukanlah nak terlalu kurus ataupun dah terasa diri terlalu gemuk, cuma cabaran ni saya ambik sebab cuba push diri sendiri dan tengok sejauh mana saya boleh pergi.

Dalam tempoh 100 hari saya akan cuba menguruskan diri sejauh yang boleh. Mungkin juga kerana faktor dah nak kahwin dalam masa terdekat ni dan saya sendiri rasa nak lebih sihat dan bina keyakinan diri. Dalam tempoh 100 hari, saya akan memaklumkan progress diet serta berat saya pada setiap 10 hari dan setelah saya menjalani beberapa perkara bagi membolehkan sasaran ini tercapai. Saya juga insyaAllah akan berkongsi resepi makanan diet (sekiranya jumpa) ataupun apa-apa perkara menarik yang saya lalui untuk usaha ini.

Ok, jadi inilah info pertama mengenai status diri saya. Jadi, apa tunggu lagi.. kita mulakan dengan tidur yang cukup dulu.. hehehe..

Tarikh : 5 Mac 2012
- Hari Pertama -
Berat : 100 KG


p/s: Dulu saya pernah berat 65Kg masa muda remaja dulu...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...