Followers

Wednesday, March 28, 2012

Gambar Kedai Makan Upin & Ipin


Assalamualaikum. Cerita kali ini adalah pasal makan. Ketika saya menulis blog ni perut saya tengah kenyang gila selepas makan di Kedai Makan Upin Ipin. Ha, korang mesti nak tahu kat mana Kedai Makan Upin Ipin ni kan? 

Sebenarnya lokasi Kedai Makan Upin Ipin ini adalah di Seksyen 7, Shah Alam iaitu di tempat yang sama untuk La Boutique Cafe dulu-dulu. Kalau dah sampai dekat-dekat dengan Jakel kedai kain tu, Kedai Makan Upin Ipin ni di belakang Jakel saja. Buat masa sekarang ni, pemilik Geng'S Corner iaitu Kak Zurina dah take over La Boutique Cafe dan rebrand dengan nama baru ni.

Kedai Makan Upin Ipin

Kedai Makan Upin & Ipin ni belum lagi beroperasi dan hanya akan mula dibuka sedikit demi sedikit pada awal bulan April ini nanti. Saya pulak datang lebih awal sebab nak bantu Kak Zurina ambil gambar beberapa makanan untuk diletakkan di dalam menu makanan nanti. Antara beberapa menu makanan yang dijangka menjadi kegilaan budak-budak kecik adalah menu set ayam goreng dengan beberapa pilihan jenis masakan. Selain itu, daging masak merah dan sambal udang petai juga tidak kurang sedapnya. Saya ketika mengambil gambar ni pun dah terliur-liur tengok makanan di depan mata.

Daging Masak Merah

Ayam Goreng Berempah

Sambal Udang Petai

Setelah selesai ambik gambar, saya sendiri yang kena makan makanan yang ada tu. Nasib baik saya ada assistant saya yang dah berpeluh-peluh pegang reflector dari jam 8 malam sampai 10 malam. Siapa lagi kalau bukan Zarith. Lebih kurang 9-10 jenis makanan yang kami berdua makan untuk malam tu. Punyalah diet sangat sampai licin semua makanan. Honestly, saya suka sangat Sampai Udang Petai sebab rasanya tak terlalu pedas dan tak terlalu manis. Orang kata just nicelah. Zarith pula suka Daging Masak Merah sebab kena dengan selera dia.

Banyaknya nak kena makan

Kepada orang lain yang nak cuba menjamu selera cubalah singgah-singgah sekitar awal bulan April nanti. InsyaAllah dah buka. Kepada ahli Kelab Upin & Ipin, anda diberi potongan diskaun 5% untuk setiap makanan. 

p/s: Cam mana nak diet ni..huhuh...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...