Followers

Wednesday, March 28, 2012

Gambar Kedai Makan Upin & Ipin


Assalamualaikum. Cerita kali ini adalah pasal makan. Ketika saya menulis blog ni perut saya tengah kenyang gila selepas makan di Kedai Makan Upin Ipin. Ha, korang mesti nak tahu kat mana Kedai Makan Upin Ipin ni kan? 

Sebenarnya lokasi Kedai Makan Upin Ipin ini adalah di Seksyen 7, Shah Alam iaitu di tempat yang sama untuk La Boutique Cafe dulu-dulu. Kalau dah sampai dekat-dekat dengan Jakel kedai kain tu, Kedai Makan Upin Ipin ni di belakang Jakel saja. Buat masa sekarang ni, pemilik Geng'S Corner iaitu Kak Zurina dah take over La Boutique Cafe dan rebrand dengan nama baru ni.

Kedai Makan Upin Ipin

Kedai Makan Upin & Ipin ni belum lagi beroperasi dan hanya akan mula dibuka sedikit demi sedikit pada awal bulan April ini nanti. Saya pulak datang lebih awal sebab nak bantu Kak Zurina ambil gambar beberapa makanan untuk diletakkan di dalam menu makanan nanti. Antara beberapa menu makanan yang dijangka menjadi kegilaan budak-budak kecik adalah menu set ayam goreng dengan beberapa pilihan jenis masakan. Selain itu, daging masak merah dan sambal udang petai juga tidak kurang sedapnya. Saya ketika mengambil gambar ni pun dah terliur-liur tengok makanan di depan mata.

Daging Masak Merah

Ayam Goreng Berempah

Sambal Udang Petai

Setelah selesai ambik gambar, saya sendiri yang kena makan makanan yang ada tu. Nasib baik saya ada assistant saya yang dah berpeluh-peluh pegang reflector dari jam 8 malam sampai 10 malam. Siapa lagi kalau bukan Zarith. Lebih kurang 9-10 jenis makanan yang kami berdua makan untuk malam tu. Punyalah diet sangat sampai licin semua makanan. Honestly, saya suka sangat Sampai Udang Petai sebab rasanya tak terlalu pedas dan tak terlalu manis. Orang kata just nicelah. Zarith pula suka Daging Masak Merah sebab kena dengan selera dia.

Banyaknya nak kena makan

Kepada orang lain yang nak cuba menjamu selera cubalah singgah-singgah sekitar awal bulan April nanti. InsyaAllah dah buka. Kepada ahli Kelab Upin & Ipin, anda diberi potongan diskaun 5% untuk setiap makanan. 

p/s: Cam mana nak diet ni..huhuh...



Monday, March 26, 2012

The Making of Yusry & Lisa


Ha, memang ramai yang suka tengok perkahwinan Yusry & Lisa tempoh hari lalu. Selain dari dua-dua pasangan nampak sweet dan cute, wedding dorang sendiri nampak simple tapi meriah. Definisi simple tu bukan dari segi kos tapi dari segi presentation yang dorang pamerkan seperti pelamin, baju dan sebagainya. Kalau wedding orang lain surely, baju je dah berpuluh ribu ringgit dan wedding pun dan macam dalam istana.

Saya tak salahkan Zarith sebab terlalu taksub dengan konsep wedding Yusry & Lisa ni. Bila sembang sikit je.. mesti buka cerita Lisa.. cakap pasal baju mesti cakap pasal Lisa lagi. Terasa pasal diri saya macam Yusry pulak dah. Tapi apa-apapun, mana yang boleh diserapkan dan menjadi references untuk wedding kami tu nanti insyaAllah boleh diserapkan. Yang penting, weddingnya simple but nice.

Zarith bersama 2 majalah tak rasmi Yusri & Lisa

Ha, tengoklah habis saya kena temankan Zarith mencari majalah tak rasmi perkahwinan Yusry & Lisa ni. Majalah ni saya jumpa di Subang Parade setelah banyak shopping mall saya dah cari. Kiranya ni macam majalah haram yang orang lain terbitkanlah. Kita tengoklah nanti apa sumber ilham yang berjaya Zarith dapat. Hehe...


Awal Ashaari lamar Scha Al Yahya


Alhamdullilah, baru je berita kahwin Yusry & Lisa dah mula reda sikit tiba-tiba berita pasal kisah Awal & Scha nak kawin pula mula menjadi buah mulut orang ramai. Ada yang jangkakan dalam tahun ni juga dorang akan berkahwin, tapi tak tau bila.


Baru-baru ni, satu adegan lamar melamar yang dilakukan secara live melalui rancangan Propaganza Astro telah dirancang oleh Awal. Scha yang ketika itu menjadi hos rancangan ni amat terkejut sampai menangis sebab sangat terharu. Ramai yang memuji Awal sebab sangat gentleman dan berani melamar secara live.  Mari kita tengok video lamaran dorang ni :




Tuesday, March 06, 2012

Cabaran 100 Hari Kurus !



Baiklah! Dengan cadangan dan idea bernas oleh Kak Ros, akhirnya saya memberanikan diri untuk publish post mengenai cabaran "100 Hari Kurus". Sebenarnya saya bukanlah nak terlalu kurus ataupun dah terasa diri terlalu gemuk, cuma cabaran ni saya ambik sebab cuba push diri sendiri dan tengok sejauh mana saya boleh pergi.

Dalam tempoh 100 hari saya akan cuba menguruskan diri sejauh yang boleh. Mungkin juga kerana faktor dah nak kahwin dalam masa terdekat ni dan saya sendiri rasa nak lebih sihat dan bina keyakinan diri. Dalam tempoh 100 hari, saya akan memaklumkan progress diet serta berat saya pada setiap 10 hari dan setelah saya menjalani beberapa perkara bagi membolehkan sasaran ini tercapai. Saya juga insyaAllah akan berkongsi resepi makanan diet (sekiranya jumpa) ataupun apa-apa perkara menarik yang saya lalui untuk usaha ini.

Ok, jadi inilah info pertama mengenai status diri saya. Jadi, apa tunggu lagi.. kita mulakan dengan tidur yang cukup dulu.. hehehe..

Tarikh : 5 Mac 2012
- Hari Pertama -
Berat : 100 KG


p/s: Dulu saya pernah berat 65Kg masa muda remaja dulu...





Friday, March 02, 2012

Mickey's Soundsational Parade



Assalamualaikum semua. Oklah, sekali lagi dan rasanya kali terakhir saya akan update berkaitan trip saya ke Los Angeles bulan lepas. Part ini adalah bahagian yang saya paling suka. Percaya atau tidak, disepanjang 2 hari saya berada di Disneyland Park ni saya dah menyaksikan 3 kali Disney Parade. Setiap hari dorang akan buat parade ni 2 kali je iaitu pada jam 4 petang dan 6.30 petang. Kalau weekdays parade hanya sekali sahaja iaitu sekitar 4 petang.

Parade yang saya tengok ini dipanggil "Mickey's Sounsational Parade". Sebenarnya ada banyak parade yang pernah dibuat oleh Disneyland dan setiap paradenya adalah berbeza-beza mengikut musim dan tempat. Macam "Mickey's Sounsational Parade" ni sebenarnya baru diperkenalkan bulan Mei tahun lepas. Parade-parade yang lain tu kadang-kadang dorang pindahkan ke Disneyland yang lain untuk beri kelainan.

Marching Band sebagai pembuka parade

 Minnie Mouse comel menari di atas float


Mickey & Minnie berada di dalam kumpulan float yang pertama


Aksi Mickey bermain drum secara live

Parade ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dan dorang akan mula keluar dari bahagian utara Disneyland Park dan berarak turun ke selatan Disneyland Park. Kalau belah malam pula, check pointnya akan bermula secara terbalik. Dorang akan bermula dari selatan dan berakhir di utara Disneyland Park. Khabarnya, flow parade ni berbeza-beza mengikut rekaan dalam Disneyland di negara-negara lain. 

Mickey's Soundsational Parade mengandungi lebih kurang 9 kumpulan float yang mengikut konsep watak serta cerita masing-masing. Setiap float ataupun kereta berhias ni direka dengan begitu cantik sekali dan unik. Dengar kata Disney mempunyai lebih 90 floats yang berbeza dalam simpanan mereka. Float ini biasanya akan dinaiki oleh beberapa watak dan ada juga beberapa watak yang kena berjalan dihadapan float. Watak yang berjalan ni disusun sebagai pelengkap bagi setiap gaps di antara float tu. Jadi kita sebagai penonton tak terasa bosan sebab ada sahaja benda yang boleh dilihat.

Pluto yang kena berjalan ketika parade


Aksi menarik Goofy

 Chip & Dale

Penari untuk kumpulan "Aladdin"

Juga penari bagi kumpulan "Aladdin"

Selain itu, persembahan ketika lagu latar ketika parade ini sangat cerdik. Disepanjang laluan parade ini mereka sudah menyediakan beberapa outdoor speaker di lokasi yang strategik. Setiap float atau kumpulan yang melalui kawasan set speaker yang hampir dengan mereka akan menari mengikut lagu yang mereka sedang dengar ketika itu. Pada masa yang sama kumpulan yang lain sedang dengar lagu latar yang lain mengikut set speaker yang hampir dengan mereka. Ianya direka begitu cantik sehingga kita sebagai penonton tak perasan dengan perubahan dari satu lagu ke satu lagu yang lain. Sekiranya kita merupakan salah seorang peserta parade, kita akan menari lebih dari 2 lagu disepanjang parade tu. Wow, nampaknya kena menari selama 30 minit tanpa henti. Mesti dorang ni dah lama practice.

Watak The Genie yang menyakinkan

 Aladdin

  Penari untuk Lion King

Penari untuk Lion King

Ketika menyaksikan parade ni kita dah takyah fikir nak cover-cover lagi dah. Tade orang nak marah sebab berperangai kebudak-budakan. Semua nolstagia zaman kecik dulu tiba-tiba datang balik bila tengok costume dorang yang cantik-cantik ni. Mungkin cuaca dorang yang sejuk dan nyaman membuatkan kita rasa tenang je ketika tengok parade ni. Kesemua watak tak kira yang sedang naik float ataupun sedang berjalan kaki ni pasti akan toleh ke kiri dan kanan seterusnya melemparkan senyuman lebar kat kita. Kalau kita bernasib baik dapatlah senyuman dari Little Mermaid ni. 

Personaliti maskot juga tak bosan sebab kesemua maskot sangat in character. Donald Duck misalnya, kelihatan sangat hidup dengan menggelek-gelekkan ekornya sambil menari. Saiz serta shape maskotnya juga tak lari jauh dari versi kartun.

Ariel The Little Mermaid

Ariel The Little Mermaid 

 Dari watak  "The Three Caballeros"

 Dari watak  "The Three Caballeros"

 Donand Duck yang pandai menari

Selain dari watak-watak cartoon, watak-watak puteri juga amat mencuri tumpuan. Bukan sebab dorang cantik ke apa tapi sebab hampir kesemua puteri-puteri Disney dikumpulkan di dalam satu float. Ha, sapalah yang taknak tengok cam mana rupa Snow Whitekan? Macam mana pula rupa Rapunzel dan puteri-puteri yang lain. Puteri-puteri yang femes macam dorang ni pun agak susah untuk dapat peluang bergambar bersama sebab dorang dah tak available selepas jam 2petang sebab dah kena prepare untuk parade. 

Penari untuk kumpulan puteri

 Snow White

Rapunzel dari Tangled

 Belle dari Beauty & The Beast

Gaya penuh ekspressi 

 Salah seorang penari

Penari dari "Princess & The Frog"

Loius juga dari Princess & The Frog

 Mary Poppin

Tinkel Bell

Peter Pan

Captain Hook

Secara keseluruhannya pengalaman ketika di parade ni memang sangat berharga. Selain enjoy betul dengan show ni, nampaknya saya kena cuba implementkan apa yang boleh untuk Animation Parade ketika di Karnival Upin & Ipin. Tak dapat 100% dapat 50% pun kira oklah. InsyaAllah, nanti kita tengok macam mana hasilnya. Tapi sebelum tu, bagi sesiapa yang nak tengok video parade ni boleh tengok kat bawah ni. 


Video Mickey's Soundsational Parade

p/s : Dengar kata ahli parade ni ambil masa 2 tahun setengah untuk practice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...