Followers

Wednesday, February 08, 2012

Trip To Los Angeles (Universal Studio Hollywood)


Salam dari Hollywood~!!. Yea, itulah aktiviti utama saya pada hari ke 4 saya berada di Los Angeles ni. Pada awal-awal pagi lagi kami dibawa oleh pemandu bas untuk ke Universal Studio Hollywood bagi melihat suasana studio produksi terkemuka dunia itu. Tapi sebelum sampai kat situ, kami singgah sekejap kat Hollywood Walk of Fame di mana di sinilah nama-nama bintang terkenal Hollywood dipamerkan kat lantai-lantai kaki lima. Nama-nama seperti Britney Spears, Jackie Chan dan ramai lagi menjadi tempat untuk ramai orang bergambar. Selain tu, tempat-tempat menarik kat sini lagi adalah Madame Tussauds yang mempamerkan patung-patung lilin artis-artis serta orang -orang terkenal. Oleh kerana masa suntuk, kami bercadang untuk datang semula kat sini pada esok hari. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Universal Studio saya sempat bergambar dengan watak kegemaran saya iaitu Shrek~

Hollywood 


Kiri : Bergambar bersama plat nama Mickey Mouse
Kanan : Kegemaran saya, Shrek 

Lebih kurang sejam berada di Hollywood Walk of Fame memang tak cukup namun kami teruskan perjalanan ke Universal Studio Hollywood dan tak sabar nak tengok apa yang menarik kat dalam. Bayaran tiket masuk adalah USD80 iaitu lebih kurang RM240 untuk seorang. Berbeza dengan Disneyland, kat Universal Studio ni mood dan feelnya adalah lebih untuk orang dewasa. Customer servicesnya pula tidaklah terlalu ramah tetapi moderate sahaja.

Saya tahu ramai yang dah pernah sampai ke Universal Studio Singapore dan saya pulak sejujur-jujurnya tak pernah sampai kat mana-mana Universal Studio lagi pun. Saya tak tahu what to expect bila berada kat sini. Tapi apa saya tahu, Universal Studio Hollywood ni istimewa kerana ada Studio Tour yang memberi peluang kepada pengunjung melihat suasana dibelakang tabir filem Hollywood. 

 Di hadapan globe Universal Studio

 Entrance utama Universal Studio

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam ruang legar Universal Studio, kami sudah disambut oleh tukang sapu sampah yang menari lagu Michael Jackson. Actually, dorang bukanlah tukang sapu sampah yang betul, cuma penari yang menyambut pengunjung. Dihadapan pintu masuknya pula, terdapat statue ataupun patung batu berbentuk pekerja-pekerja filem dengan post masing-masing. Di sinilah juga semua merchandise utama Universal Studio dijual. Yang menariknya kat ruang legar ni, ada beberapa orang yang kelihatan seperti sedang merakam filem makhluk asing. Dorang akan berinteraksi dengan pengunjung kalau-kalau ada yang nak jadi ekstra dan berlakun bersama. Aktiviti ni kiranya macam sekadar suka-suka dan menjadi  salah satu daya penarik.

 Statue selepas masuk ke Universal Studio

Statue berbentuk jurukamera

Ainur asyik sangkut kat pintu masuk jer... 


Atas : Pengunjung sedang berlakun bersama untuk filem makhluk asing
Bawah : Kedai istimewa menjual merchandise Sponge Bob

Actually Universal Studio ni tidaklah besar sangat. Saya boleh cakap size Universal Studio ni adalah 1/4 dari size Disneyland Park. Kawasan pertama yang kami semua pergi adalah ke Studio Tour. Untuk pergi ke studio tour ni kami kena berjalan jauh ke bahagian dalam Universal Studio. Disepanjang perjalanan nak ke situ, saya dah boleh nampak ramai watak-watak filem dan watak animasi yang akan berlegar-legar di tepi-tepi jalan untuk bergambar. Diantaranya adalah seperti Marilyn Monroe, Sponge Bob, Dora The Explorer, Shrek & Princess Fiona, Simpsons dan ramai lagi yang saya tak kenal. Dorang ni akan tunggu di satu spot yang kebiasaannya hampir dengan "rumah" atau booth masing-masing. 

Maskot Lorax (Cerita Baru)

 Marilyn Monroe

View on the way ke Studio Tour

Hollywood Studio Tour

Studio Tour ni memang diantara pengalaman yang sangat menarik ketika berada di sini. Walaupun beratur agak panjang pada mulanya tapi waktu menunggu tidaklah terlalu lama. Kami menaiki tram khas yang ada lebih kurang 4-5 "gerabak" dan dijaga oleh seorang jurucakap. Kat sini skill bercakap jurucakap tu sangat bagus di dalam memberi penerangan dengan gaya santai dan kadang kala berlakun bagi memberi impak kepada suasana sekeliling. Tram akan melalui jalan yang telah disetkan dan akan berhenti beberapa minit mengikut contents yang telah dirancang. 

Pada awalnya kami dibawa pusing-pusing untuk melihat studio-studio besar yang memang digunakan dalam pembikinan filem Hollywood. Diantara tempat yang dibawa adalah lokasi pengambaran filem Desperate Housewife, Back to the future, Jaws, War of The Worlds dan banyak lagi.  Kebanyakkan set-set ni actually, dorang akan reuse untuk cerita lain sekiranya perlu. Set-set nipun dibina bukanlah secara details sangat tapi cukup untuk nampak cantik dalam kamera. Contohnya set bangunan dalam cerita Back to The Future untuk scene Clock Tower adalah dinding dibahagian depan saja dan secara keseluruhannya benda tu adalah sekeping. Dorang akan ubah-ubah mengikut scene. Selain tu, set Back to the Future nipun kadang-kadang dipakai untuk cerita lain juga. Pandai-pandai la dorang tipu... 

Effect dari filem Fast & Furious 

 Wisteria Lane, Desperate Housewife

 Set cerita apa tak ingat pulak

War of the World

King Kong 360 3-D

Pada 10 minit pertama perjalanan tram ni lebih kepada tunjuk-tunjuk set pengambaran sahaja. Tapi yang menarik adalah pengalaman ketika berada di King Kong 360 3-D. Di lokasi ni kita akan dibawa melalui satu terowong gelap sambil mendengar penerangan oleh Peter Jackson kat dalam TV. Masa nilah Peter akan suruh kita pakai cermin mata 3D dan tram tu akan berhenti. Tanpa kita sedari, rupanya kita sudah dibawa ke dalam dunia filem King Kong di mana semasa tu King Kong dan dinasour T-Rex sedang berlawan. Situasinya adalah seperti kita yang dalam tram tu sedang terperangkap di tengah-tengah perlawanan dua gergasi ni. Penumpang dalam tram boleh tengok view perlawanan ni dari belah kiri dan kanan sebab semasa tu kita seolah-olah berada di tengah-tengah.   Inilah yang dipanggil 360 view. Kadang kala bila King Kong tu terjatuh dekat kita akan ada air semburkan muka kita seolah-olah air liur dia kena pada kita. 

Ditambah pula dengan scene di mana King Kong seolah-olah menarik gerabak tram yang belakang sekali dan mencampakkan kepada T-Rex tu. Nampaklah orang-orang kat dalam tram tu menjerit-jerit mintak tolong. Walaupun kita tau benda tu tak mungkin terjadi, tapi semuanya toleh ke belakang tram untuk lihat nasib tram yang kena tarik tu. Walaupun sekejap je King Kong 360 3-D ni tapi pengalamannya memang sangat menarik. Pertama kali saya merasakan 3-D macam ni. Untuk yang nak tengok pengalaman sebenar semasa kat dalam King Kong 3D ni bolehlah tengok video klip di bawah ni :



Selain King-Kong ada lagi beberapa tempat yang menarik semasa Studio Tour ni seperti Fast & Furious, Bone, War of The World dan beberapa lagi. Tapi kesemua ni memang tak boleh lawan dengan King Kong 360 3-D.

Ok, selesai dengan studio tour yang mengambil masa lebih kurang 45 minit lokasi seterusnya adalah The Simpsons Ride yang dipanggil Krustyland. Inipun adalah salah satu ride yang wajib untuk dinaiki. Diluar ride ni ada banyak warning berkaitan dengan amaran kepada pesakit lemah jantung, kanak-kanak dan sebagainya. Ada juga maklumat yang menasihatkan supaya ibubapa yang membawa anak-anak supaya meletakkan anak mereka di bawah penjagaan sementara waktu sebelum menaik ride ni. Saya dan beberapa orang lagi sebenarnya nak mengelakkan dari naik ride extreme sebab tengah penat sangat masa tu. Bila kami hampir dengan pintu masuk, dorang display peta dalam Krustyland ni. Wah, besarnya... siap ada ride yang masuk dalam gua la.. dalam air... pusing-pusing...~! Aduh~!


Ride ni direka berdasarkan jalan cerita yang sangat menarik. Watak Krusty kalau siapa yang tengok cerita Simpsons adalah clown yang gila-gila dan dia mencipta ride extreme yang dipanggil Krustyland. Nak dijadikan cerita, Krustyland ni diambil alih secara paksa oleh seorang banduan yang bencikan Krusty. Jadi penglibatan kita sebagai pengunjung adalah menaiki ride yang telah disabotaj oleh bantuan tu tadi.

Jalan cerita ini diceritakan dengan menarik sekali disepanjang tempat menunggu. Jadi kalau siapa yang tak tengok tu, mesti tak faham cerita dia. Bila giliran kami tiba, kami diminta duduk di dalam satu kerusi ride yang memuatkan seramai 8 orang. Semua beg ataupun apa saja yang tengah dipegang kena letak tepi. Ni memang menambahkan lagi keraguan kami ketika tu. Bahaya sangat ke ride ni sampai kena tinggalkan barang kat tepi. Redha dan menerima kenyataan kamipun memulakan ride ni. Kerusi ride diangkat ke atas dan kami dipindahkan ke tingkat atas yang gelap. Tiada langsung view kiri dan kanan. Yang ada hanyalah view hadapan sahaja. Bila mula je, rupanya view di depan kami adalah view 3D pandangan kita ketika menaik ride di dalam dunia Simpons. Kereta ride ni akan ke depan atau kebelakang mengikut angle di dalam screen hadapan kami. Walaupun ianya secara virtual saja, tapi bila animationnya mengambarkan ride kita dibawa dengan laju, kitapun terasa juga.  Inilah yang dipanggil Motion Ride. Mula-mula tu ramai juga yang jerit-jerit, tapi bila dah lama-lama tu rasa macam enjoy sangat. Pandai dorang bermain dengan minda kita dan menakutkan pengunjung sebelum naik ride lagi.


 Homer dan Marge Simpsons

Mesin Press Coins pun ada kat sini

Di bawah ini adalah view Universal Studio dari pandangan atas. Seperti yang saya maklumkan tadi, kawasan Universal Studio ini pengunjung ini tak lah besar sangat. Dalam separuh hari je, kita dah boleh hafal spot-spot yang ada kat dalam Universal Studio ni. Salah satu ride yang agak terkenal di sini adalah Jurassic Park. Ride ni kita akan membawa kita mengharungi air di dalam bot dan masuk ke dalam dunia Jurassic Park. Keseluruhan konsep kat dalam ni menggunakan Animatronics yang sangat famous di dalam pembikinan filem Hollywood. Mungkin saya baru tengok teknologi yang lebih canggih di King Kong 360 3-D jadi saya rasa method ni agak terlalu biasa. Tapi saya puji dengan set latar belakangnya yang sangat cantik. Ada satu ketika, saya disajikan dengan light rays ketika melalui di bawah jambatan jaring. Pemandangan yang sangat cantik. Pada penghujung ride ni, pengunjung dikejutkan dengan laluan bot yang tiba-tiba laju sebab melarikan diri dari T-Rex yang mengejar. Overall rides ni sangat sekejap dan pengunjung hanya akan basah pada penghujung rides.


Padangan dari atas 

 Jurassic Park

 Zarin & Fikri bersama pelakon/cosplay filem The Mummy

Banner The Simpsons yang unik 

 Shrek 4D

Seterusnya adalah persembahan Water World. Siapa sangka filem Water World yang ditayangkan pada tahun 1995 ni sampai sekarang terus dikormesilkan. Saya actually tak minat sangat filem ni dulu. Di sini persembahan Water World ni dipersembahkan di kolam air yang luas dan lengkap dengan kerusi untuk penonton. Setupnya lebih kurang macam menonton persembahan anjing laut ataupun burung kat Zoo. Persembahannya bermula dengan 1 scene dari dalam filem yang dilakukan dengan pelakun yang nampak dari jauh mirip seperti pelakon asal. Lepas dorang gaduh-gaduh, dorang akan letupkan kawasan tu dengan teknologi pyrotechnics. Masa letupan berlaku, memang pengunjung boleh terasa kepanasan letupan tu tapi letupan tu takkan kena pengunjung sebab ianya telah atur sedemikian. Boleh tahan, tapi dorang kata Water World kat Univeral Studio Singapore lagi best~.

 Persembahan Water World

Entrance Water World 

 Diantara penonton ketika persembahan Water World

Saf, Keng Sun dan Ainur bergambar dengan pelakon 

Selain tu ada beberapa lagi tempat yang sempat saya pergi seperti "House of Horrors" iaitu rumah hantu, Special Effects Stage dan Shrek 4D. Special Effects Stage ni memang wajib untuk orang yang nak tahu latar belakang CGI di Hollywood. Persembahan yang berbentuk sketsa ni menerangkan teknologi CGI termasuklah beberapa contoh-contoh filem Hollywood dengan begitu kreatif sekali. Ada juga penglibatan dari penonton semasa demostrasi CGI yang menjadikan persembahan ini tidak membosankan. Two Thumbs Up!.

Universal Studio ni tutup lebih awal jika dibandingkan dengan Disneyland. Walaupun ada beberapa jam lagi untuk ianya ditutup semasa tu, tapi kami rata-rata macam dah puas dengan rides yang ada. Jadi dengan masa yang ada tu, kami pergi bergambar dengan maskot-maskot yang ada disepanjang jalan di dalam Universal Studio. Sekali lagi saya bergambar dengan Shrek dan kali ini adalah versi maskot. Kalau nak tahu saya sangat suka animasi Shrek. Ke saya dah cakap tadi?

Merchandise kat dalam Univesal Studio ni pun banyak pilihan. Setiap kedai menjual merchandise mengikut konsep masing-masing. Ada kedai yang menjual merchandise mengikut konsep cerita Simpsons dan ada yang mengikut konsep Spongebob. Kalau ikutkan hati semuanya nak beli.~! Hehe...

 Sekitar kawasan dalam Universal Studio

 Bersama maskot Dora The Explorer

 Pelbagai watak maskot

 Dracula dan Frankenstein 

Special Effects Stage 

 Dengan orang Taxi pun nak bergambar

Shrek versi maskot tak berapa comel 

Pilihan air minuman yang ada

Kitaorang keluar dari Universal Studio lebih kurang jam 6 pm waktu tempatan. Semasa ni cuaca memang dah gelap sikit dan dah hampir malam. Di luar Universal Studio ni ada lagi satu tempat iaitu Universal Citywalk. Tempat ni macam downtown tapi lebih cantik dan banyak barang dijual. Saya sangat suka tempat ni sebab macam-macam barang yang menarik dijual.

Pada malam tu, kami dibawa oleh pemandu bas ke tempat makanan halal iaitu di restoran makanan Thai. Dalam sedar tak sedar rupanya dah 4 hari saya tak makan nasi sebab memang takde nasi. Razuri dah mula tak sihat pada masa ni mungkin sebab tak biasa dengan makanan kat sini. Yelah, kita orang melayu kalau tak makan nasi memang tak sah. Nasib baik saya ni tolak batu dengan kayu je.. sebab tu ok lagi sampai hari ni.

 Jadual Produksi Universal Studio

 Entrance pada waktu malam

 Inilah Universal Citywalk

Alhamdullilah, bila kami semua dihidangkan makanan Thai seperti Tom Yam sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu dengan makanan Malaysia. Walaupun tak sesedap Tom Yam kat Geng's Corner tapi saya dah bersyukur kerana dapat rezeki makan macam ni. Dua tiga hari kebelakangan ni kami hanya makan meggi waktu malam sebab setiap hari balik lewat kat hotel. Bila pagi pula hanya makan pancake ataupun omelette kat hotel. Tengahari atau petang biasanya hanya sempat makan churros sahaja.

Menu makanan yang disediakan 

Razuri, Idaman dan Faiz selepas selesai makan malam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...