Followers

Saturday, February 18, 2012

Trip To Los Angeles (Disneyland California Adventure Park)


Assalamualaikum. Sekali lagi kita bertemu dan kali ini saya nak teruskan dengan update ketika saya berada di Disneyland. Kalau sebelum ini saya dah banyak kongsi gambar-gambar ketika di Disneyland Park, kali ni saya nak kongsi gambar di Disneyland California Adventure Park. Lokasi kedua-dua park ni berdepan di antara satu sama lain tapi tiket nak masuk ke dalamnya adalah berbeza. Boleh dikatakan secara kasarnya nak masuk satu thempark ni harganya sekitar RM260 untuk satu hari. Pakej tiketnya akan jadi lebih murah kalau beli pakej 2 hari atau lebih. Macam biasalah saya, Ainur & Fikri bersama-sama menghabiskan masa kat sini dari pagi sampai malam. Group yang lain ketika ini decide nak masuk semula ke Disneyland Park sebab ingin pergi ke attraction yang lain yang dorang tak sempat nak pergi haritu.

Ok, yang bezanya kat Disneyland California Adverture Park adalah kat sini ada banyak ride dan attraction yang baru-baru. Diantaranya adalah Little Mermaid, Bug's Life, World of Colors dan banyak lagi. Jom kita tengok satu-satu~!


Replica watak dari Bug's Life


Beruang apa ek?

Tempat pertama yang saya pergi adalah ke show 4D Bug's Life yang diberi nama "Its Tough to be a Bug". Show ni ala-ala teater 4D tapi jauh lebih hebat. Saya boleh dikatakan banyak-banyak tayangan 4D yang kitaorang pergi di sini, tayangan ini lah yang paling best. Ini adalah kerana dorang banyak menggunakan props dan animatronic bug bagi melengkapkan jalan cerita. Selain tu, kerusi penonton juga sering kali dihujani dengan efek-efek air, asap, bau dan serangga berjalan bagi memberi pengalaman baru dalam tayangan 4D. Signage dan keyword kat sini juga sangat kreatif dan unik. Pekerja kat sini memanggil pengunjung sebagai "bug" sebab secara tak langsung kita seolah-olah dibawa ke dunia bug. Comel ke panggil bug?

Bersama Chip & Dale

Di hadapan Bug's Land

Label untuk pekerja mereka sahaja

Attraction ke dua yang saya rasa sangat menarik adalah ride Little Mermaid. Ride ni actually ride ringan-ringan je dan sesuai untuk seisi keluarga. Semasa naik ride ni, kita seolah-lah akan dibawa ke dalam cerita Little Mermaid. Semua plot-plot menarik dalam cerita akan dianimasikan menggunakan animatronic yang sangat cantik. Dengan berlatar belakangkan muzik dari cerita ni dan dengan semua haiwan laut turut menari dan menyanyi bersama-sama seolah-olah memang mampu melupakan segala masalah kita sekejap. Hehe.. Saya tak dapat gambarkan betapa cantiknya visual yang dorang hasilkan. Cuba check video youtube yang saya jumpa orang upload kat bawah ni...


Video dari ride Little Mermaid

Ada juga beberapa ride yang extreme seperti Twigtlight Zone dan Screamin California. Namun begitu, saya tak sempat nak ambik gambar ride-ride ni sebab terlalu menghayati ride ni. Di sini secara keseluruhannya agak kurang orang dan tak seramai di Disneyland Park. Ini adalah kerana ada beberapa segment yang tak buka lagi dan masih dalam pembinaan. Ride yang dijanjikan akan dibukan dalam tahun ini adalah seperti The Cars dan Transformers. Wah, mesti bestkan? Takkan la nak datang lagi kat sini~.. Memang taklah kan..

Orang tak berapa ramai kat sini

Di walkway yang diberi nama Hollywood

Ini adalah tempat makan

Di kawasan walkway yang diberi nama Hollywood kadang-kadang akan ada persembahan maskot. Maskot-maskot ni akan berjalan menaiki kereta berhias masing-masing dan kadang-kadang akan perform something kat pengunjung. Saya bernasib baik dapat berjumpa dengan watak Monsters Inc iaitu Sulley yang hensem ni. Watak Boo yang kecik tu pun sangat comel. Erm, mesti orang yang pakai tu orang kecik je sebab maskot tu pun nampak kecik. Sapa yang tak tau nama-nama watak ni kenalah tengok balik cerita Monsters Inc ye.

Selain tu, saya juga sempat berjumpa dengan watak-watak dari Incredibles, Buzz Lightyear dan Phineas & Ferb. Tak sempat pulak saya bergambar sebab dorang tengah buat persembahan masa tu.


Monsters Inc

With Goofy
 
 Phineas & Ferb

Buzz Lightyear

Nak jadikan cerita si Ainur ni boleh pulak tertinggal camera kat dalam toilet. Masa dia sedar camera dia dah hilang adalah semasa kitaorang bertiga tengah naik ride Soarin California. Ride ni best betul sebab ride ni adalah berkonsepkan motion ride. Kita akan duduk dikerusi berupa seperti kerusi di dalam kapal terbang. Kerusi ni yang dalam 1 row ada lebih kurang 10 orang akan diangkat ke atas. Masa ni kaki memang dah tak jejak lantai dan dah terapung. Ha, masa ni lah Ainur cakap camera dia hilang. Saya dan Fikri pun buat taktau je dulu sebab nak fokus ride yang suspen ni. Bila kita semua dah berada di atas, screen di hadapan kita yang sebesar alam tu menayangkan video seolah-olah kita sedang terbang di atas awan dan seterusnya ke bandar California. Kalau visual tu menunjukkan pergerakan menjunam contohnya, kerusi kitapun akan digerakkan ke depan seolah menjunam juga. Jangan takut sebab pergerakkan visualnya sangat mild dan tak extreme. Yang menariknya, kita di bawa "terbang" ke beberapa tempat menarik di California seperti di pergunungan salji, di tepi pantai, bandaraya dan terakhir sekali terbang di atas Disneyland pada waktu malam. Di sinilah kami dipersembahkan dengan fireworks trademark Disneyland yang di"letup"kan dihadapan pandangan mata kami. Cantik sangat sebab fireworksnya sangat clear dan jelas.

Ohya, sambung balik pasal camera Ainur yang hilang tu. Kitaorang pun bergegas ke tempat kejadian dan didapati cameranya dah tiada. Muka Ainurpun dah ketat semacam je. Kitaorang bertigapun bersetuju nak cari information counter untuk bertanyakan pasal camera tu. Di luar toilet kami bukalah peta sebab nak cari lokasi information counter. Adalah dalam 5 minit kitaorang merapu bersama-sama nak cari information counter tiba-tiba ada staff Disney tegur dan bagi camera tu kat kitaorang. Rupanya dia dah jumpa camera tu dan simpan sekejap. Kami cek semula camera tu dan nampaknya dia dah on camera untuk periksa gambar kat dalam tu. Dengan tengok gambar dalam camera, dia bolehlah tahu siapa owner camera yang hilang. Ainur memang terhutang budi dengan staff Disney ni dan terus ambik gambar bersama-sama sebagai kenangan.

Ainur bersama staff Disney yang jumpa camera dia
 
 Watak dari Jake & The Neverland Pirates

Ainur dengan makanan uniknya

Pada hari ni, kami bertiga bernekad nak berjimat cermat dan nak mencatu duit. Ini adalah kerana kami bertiga masing-masing dah takde duit USD sebab dah spend USD80 just untuk masuk ke dalam park ni yang tiada dalam perancangan asal. Kami tak kisah sangat pasal duit sebab dah alang-alang datang jauh, biarlah merasa semua benda. Masih ada beberapa USD yang tinggal untuk survive dan membeli beberapa cenderamata. Jadi hari tu kitaorang bawa roti kosong yang plannya untuk dimakan dengan Goober. Setelah beberapa keping, dah mula rasa bosan dengan rasa Goober walaupun sedap. Jadi Ainur mencuba resepi baru. Dia ambik roti kosong dan campurkan pulak dengan mustard dan sos tomato yang memang dah sedia ada di cafe masa tu. Dia kata kita bayangkan seolah-olah kita makan dengan sosej, tapi sosejnya dah habis jadi kita tengah makan bahagian rotinya saja. Memang ketawa besar bercampur sedih apabila memikir nasib kitaorang kat situ masa tu.

 Animation Class

Suasana ketika di dalam class

 Macam apa je ambik gambar

Sebenarnya masih ada beberapa lagi attraction yang lain yang tak sempat saya kongsi kat sini. Tapi saya nak amik ruang sikit untuk cerita pasal Animation Class. Animation Class ni bukanlah ride ataupun tayangan, tapi memang actual class yang dikendalikan oleh artist Disney sendiri. Memang bukan senang nak meet in person artist Disney dalam class eksklusif macam ni. Semasa ni, kami diajar cara melukis muka Goofy dengan mudah. Semua step melukis diajar dengan cara mudah dan senang diikuti.


 Topi Mickey konsep R2D2 yang unik
 
Mickey Fun Wheel

Kami bertiga habis berjalan satu Disneyland California Adventure Park ni lebih kurang jam 5 petang. Seperti yang saya bagitau, kat sini tak banyak sangat tempat kalau dibandingkan dengan Disneyland Park. Tapi kami tak boleh balik lagi sebab masih menantikan klimak persembahan iaitu World of Color yang hanya akan ditayangkan pada jam 8.15malam. World of Color ini adalah persembahan air pancut yang digabungkan dengan cahaya dan muzik. Ianya juga diselang selikan dengan efek visual animation dan efek-efek api mengikut pada jalan cerita. Tayangan yang memakan masa lebih kurang 20 minit ini memang sangat menarik dan telah menjadi satu kewajipan untuk menontonnya kepada siapa-siapa yang datang ke Disneyland. Dengar kata World of Color ni masih baru lagi dan hanya ada di Disneyland California. Kalau nak tengok macam mana rupanya benda ni, bolehlah tengok video kat bawah ni..


World of Colors

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...