Followers

Friday, February 03, 2012

Trip To Los Angeles (Departure)


Alhamdullilah, post saya kali ini saya lakukan secara terus menerus dari Los Angeles, USA. Trip ke LA ini sebenarnya telahpun dirancang beberapa bulan yang lalu oleh Les' Copaque Production dan saya menjadi salah seorang dari 14 orang yang bernasib baik diberi peluang untuk ke LA bagi melihat sendiri Taman Tema Disneyland dan beberapa taman tema yang lain di sana. Selain dari menjadi sebahagian dari rewards yang diberi oleh company, trip ini juga bertujuan bagi mencari reference terbaik untuk Taman Tema Upin & Ipin nanti. Menarikkan?

 Bergambar di KLIA

 Fizi dan Kak Ros bergambar dengan peminat

14 orang yang turut menyertai trip ini adalah Faiz, Yuki, Haris, Fuad, Ida Rahayu, Ida Shaheera, Zaki, Razuri, Ainur, Saf, Kengsun, Akmal, Fikri dan saya sendiri. Seawal jam 10.30 pagi lagi kami semua dahpun sampai di KLIA dan bersedia untuk check in. Flightnya adalah sekitar jam 1.05 tengahari dan kami kena berhenti di Bangkok untuk transit selama 5 jam dan seterusnya barulah ke LA. Baru je di airport dah ada orang yang kenal dengan Kak Ros dan Fizi yang tak kedekut terus je bergambar bersama. 

Bergambar lagi

Beg tag 

Saf pun bergambar juga

Flight ke Bangkok memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit dan kami menaiki Thai Airways. Dengar kata kalau flight direct ke LA harganya sangat mahal. Dalam flight ni kami diberi sekali makanan halal yang lauk utamanya adalah ikan. Kira oklah sebab rasanya macam baru je makan sebelum naik flight tadi. 

Bila sampai je di Bangkok, kami masing-masing mencari aktiviti sendiri sebab masa transit yang terlalu lama. Oleh kerana tak boleh keluar dari terminal, jadi tempat yang boleh pusing-pusing hanyalah di dalam terminal sahaja. Airport di Bangkok ni sangat cantik dan besar. Saya rasa sebesar ataupun lebih besar dari KLIA. Design luar bangunan Airportnya pula menggunakan konsep organik seperti daun.

 Airport Bangkok

 Baru je sampai Bangkok ni

Bestnya kalau dapat keluar dari Airport

 Some standard rules pasal liquid

 Ainur selepas selesai security check

Bergambar di dalam airport

Masa di airport Bangkok ni memang lama sangat sampai pada satu tahap dah tak tahu nak buat apa dah. Dari pergi bergambar, pergi minum dan pergi bergambar semula. Nak minum punya pasal kenalah tukar juga duit Baht. 500 Baht adalah dalam RM50 duit kita. Kira oklah, dengan amount banyak tu dapatlah beli air untuk 4 orang dengan muffin seketul. 

Gambar lagi ... 

 Tukar duit dan beli air

Suasana di dalam Airport Bangkok

Ok, selepas dah penat sangat menunggu di airport ni akhirnya time untuk flight ke LA pun sampai. Pada waktu tempatan iaitu 6.30 petang kami pun bersiap-siap nak check in. Kali ni security check agak amat ketat juga. Semua orang kena bukak kasut dan dorang akan check betul-betul details sampai ke dalam beg.

Flight LA ni masih dengan Thai Airways dan memakan masa lebih kurang 13 jam untuk sampai. Mula-mula tu tak kisah sangat dengan 13 jam tu sebab dalam flight tu ada TV. Masuk je duduk terus bukak TV dia dan tengok movie sampai tak perasan bila flightnya take off sedar-sedar dah kat atas. Yang istimewanya, semua muslim food dihidangkan dulu. Jadi kitaorang dapatlah makan dulu. Tapi, yang tak bestnya makanan yang dihidangkan adalah makan yang sama kami makan semasa flight dari KL ke Bangkok tadi. Erm, makan je la kan dah lapar.~ 

 Bergambar kat tepi toilet Airport LA pun jadilah

 Ni je signboard Los Angeles yang sempat jumpa


Selepas makan, saya pun sambung tengok movie lagi dan kemudian tidur pula. Bangun tidur dorang bagi makan lagi. Haih, makan tidur je dalam flight ni. Ok, sebaik je sampai di Airport LA ni, kami semua dah tak sabar nak keluar dan berjalan-jalan sebab dah lenguh sangat duduk lama-lama. Di sini, nak lepaskan kastam dia pun makan masa juga. Saya diantara orang yang banyak ditanya soalan. Soalannya seperti nak pergi mana? pergi berapa lama? Kerja apa? dan macam-macam lagi. Kita kena jawab dengan confident. 

Semua orang lepas kecuali Saf yang kena ditahan sekejap. Katanya nama Saf tak lulus lagi dan dorang kena call Washington untuk confirmkan nama. Tunggu lama juga nak lepas. Tapi sebenarnya bukanlah nama tak lepas, mungkin dorang check randomly nama orang dan Saf pula jadi mangsanya. Tapi apa-apapun takde benda-benda tak elok dan lebih kurang 1 jam semuanya dah selesai.


 Otw ke transport ke tempat makan


Kami dibawa oleh travel agent ke tempat makan sebab waktu sampai tu adalah waktu malam di LA. Tapi sebenarnya kurang dari 2 jam sebelum tu kami baru je breakfast kat dalam flight tadi. Tapi takpelah, kita pergi je makan. Destinasi makan kali ni adalah di Chinese Restaurant. Ok, bila bab makan kat negara orang ni kita memang susahlah mencari kedai makanan yang ada logo Halal. Jadi, kena pandai-pandailah pilih makanan apa yang boleh dimakan.



Drinking my Chinese tea

Yuki dan Faiz

 Keng Sun dan Ainur 

 Zaki, Ida & Fuad

Menunya somehow sudah dipilih oleh Travel Agent sebelum kami sampai di sini lagi. Hidangan utamanya yang saya makan adalah udang, sotong, sayur dan sup tauhu bersama nasi. Ada juga hidangan ayam panggang dan daging lembu masak merah yang juga disahkan halal. Tapi terpulang kepada individu yakin atau tidak dengan kehalalannya. 

Menu Makanan

Ok lepas makan kenyang-kenyang, kitaorang pun bertolak pergi ke hotel. Perjalanan lebih kurang 30 minit dan kami sampai di lobby hotel ngam-ngam pada jam 11 malam iaitu lebih kurang 4 petang waktu Malaysia. Kat sini kalau nak tahu habit beri tip tu memang dah biasa. Jadi kami dah standby duit tip siap-siap untuk bagi kepada driver yang banyak membantu. Esok pagi kami dijadualkan bergerak seawal pagi untuk ke Disneyland dulu. InsyaAllah seharian kat sana macam-macam gambar yang saya akan ambil nanti.

Gambar dalam hotel 

Bilik hotel 

Stok Sambal Mak Nurul yang menjadi pujaan hatiku

Gambar paling last ini adalah gambar stok sambal Mak Nurul yang paling sedap di Los Angeles ni. Saya takut je tak lepas bawa ke sini, tapi akhirnya tiada masalah. Sampai sini sajalah post pertama saya dari LA. Nanti saya akan update lagi.

p/s : Kalau dah baca jangan lupa komen kat bawah blog nie ek...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...