Followers

Wednesday, January 11, 2012

Peminat Setia : Kelly




Kali ni saya tergerak hati ingin berkongsi cerita berkaitan dengan peminat setia Upin Ipin yang saya pernah kenal disepanjang 5-6 tahun kebelakangan ini. Terlalu ramai untuk diingati dan diceritakan sebenarnya. Tetapi ada beberapa orang peminat kecil yang sangat setia dan selalu berhubung sehingga kadang-kadang terasa terharu dengan sokongan yang telah diberikan. Senarai peminat setia ini tidak dikeluarkan mengikut senarai ranking sebab saya tulis mana yang saya ingat dulu...

Kelly bersama "Mei Mei" ketika di Karnival Upin Ipin Shah Alam 2010

Kelly bersama pasukan "Lanun"nya

Saya akan mulakan dengan Kelly. Kelly ni berasal dari Ampang dan pertama kali saya berjumpa dengan Kelly sebenarnya pada tahun 2010. Mak Kelly iaitu Mandy pada awalnya berurusan dengan saya untuk menjadi penonton rancangan Kelab Upin & Ipin. Masa tu shooting Kelab Upin Ipin ni nak dilakukan di Damansara.  Tak sangka first time jumpa Kelly dia nampak sangat comel dengan pakaian ala-ala princess. Tapi masa tu dia malu-malu sebab dia takde kawan nak berborak. Sedikit demi sedikit saya cuba mengenali Kelly dan maknya.

Selepas tu involvement terbesar Kelly adalah semasa di Karnival Upin Ipin Shah Alam pada hujung tahun 2010. Kelly dipilih untuk memakai baju Puteri Mei Mei. Dia suka sangat masa tu. Kelly ditempatkan di dalam kumpulan "Lanun" dan bukan di bawah jagaan kumpulan saya. Walaupun macam tu, tapi mak kelly sangat appriciate bantuan saya sebab bagi anak dia expose dengan aktiviti macam ni. Mak dia nak sangat Kelly ni bergaul dan berkawan dengan semua orang supaya boleh build confident.

 Kelly bergambar untuk Majalah Komik Upin & Ipin


Oleh kerana kecomelan Kelly menjadi puteri Mei Mei, saya pun bawa Kelly ke studio untuk test suara. Manalah tau dia boleh buat suara Mei Mei. Tapi mungkin dalam umur 6 tahun masa tu agak terlalu awal untuk Kelly berani mencuba. Tapi tak kisah, its worth the effort sebab relation dengan Kelly tak habis sampai situ.

Selang beberapa bulan lepas tu, kami semua buat Karnival Upin Ipin di Melaka Wonderland. Ada juga ajak Kelly, tapi masa tu dia tak dapat pergi sebab ada Birthday Party dia di KL. Yang kelakarnya, dia pulak ajak saya join Birthday Party dia yang dia buat di McDonalds. Siap ada kad jemputan McDonald lagi. Its was a cute invitation. Tapi saya tak dapat pergi sebab tarikh tu saya masih di Melaka. But, thanks again for the invitation.


Antara mainan koleksi Kelly di rumah

Pada hujung tahun lepas, tiba-tiba saya memerlukan contents untuk Majalah Komik Upin & Ipin. Contents untuk segment baru tu adalah untuk segment "Cerita Kelab Upin & Ipin". Jadi saya pilih Kelly untuk berkongsi cerita menariknya sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Bermulalah satu lagi involvement baru Kelly ke dalam Majalah Komik Upin Ipin pula. Untuk menyiapkan cerita tu, saya kena pergi ke rumah Kelly untuk ambik gambar dan data-data yang saya perlu. Jadi secara tak langsung, saya diberi peluang untuk kenal Kelly dan keluarga dengan lebih rapat lagi. Kelly ni sebenarnya anak tunggal dan famili dia sangat jaga dia betul-betul. Teruja pertama kali datang ke rumah Kelly banyak betul tengok permainan Kelly seperti dapur memasak, toaster, patung-patung dan terlalu banyak lagi. Isu majalah yang ada cerita Kelly pun dah berada dipasaran sekarang. Habis mak dia borong semua kat kedai.

Walaupun Kelly masih malu-malu sampai sekarang tapi saya tahu Kelly sangat happy jadi sebagaian dari ahli Kelab Upin Ipin. Last event saya di Muzium Negara, saya sendiri ada letak beberapa gambar Kelly disegment galeri bagi menunjukkan gambar-gambar peminat setia Upin Ipin. Ada satu hari dia datang ke Muzium Negara semasa hari saya tak bertugas, mak dia terus sms saya sebab dia terkejut. Terkejut tengok ada gambar Kelly di muzium negara. Kelly katanya menjerit bila jumpa gambar dia yang diprint sebesar A3 tu. Panjang betul mak dia sms kat saya malam tu, cakap terima kasih dan dia thankful sebab kenal dengan saya. Wow~!


Kadang-kadang kita tak expect apa yang kita buat tu is a big favor sangat sebab memang part of our job. Tapi bila adanya pujian dan expression macam ni membuatkan kita rasa di-appreciate sangat dan ia adalah sangat priceless.


p/s : Thanks juga sebab support Upin Ipin. XOXOXO



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...