Followers

Thursday, January 19, 2012

Peminat Setia : Danish & Danial


Pada post yang lalu saya dah berkongsi cerita mengenai salah seorang peminat setia iaitu Kelly. Selepas ramai yang membaca mengenai cerita Kelly, saya telah mendapat beberapa respon yang sangat baik. Ramai nak saya teruskan sebab nak tahu cerita-cerita menarik mengenai peminat setia Upin & Ipin.

Danish & Danial pada tahun 2009

Kisah peminat setia seterusnya yang ingin kongsi adalah kisah Danish & Danial. Siapa yang tak kenal dengan kembar comel ni mesti jarang join event Upin & Ipin kan?. Danish & Danial ni selalu muncul dalam event Upin & Ipin. Ada beberapa event memang berdasarkan jemputan saya dan ada yang event yang dorang memang suka-suka datang. Tapi apa-apa pun setiap kali dorang join event Upin & Ipin mesti ramai yang akan bergambar dengan dorang ni.


Danish ketika di Zoo Negara (2010)

 Danial ketika di Zoo Negara (2010)

Danish & Danial sebenarnya bermula menjadi "Upin & Ipin" bila memasuki pertandingan pakaian beragam masa kecik-kecik dulu. Masa tu penjaga dia test jadikan dia seperti Upin & Ipin. Tengok-tengok ramai yang suka dan terus dapat sambutan. Pertama kali saya berjumpa dengan Danish & Danial adalah pada tahun 2009 iaitu sekitar sesi promosi filem Geng. Masa tu, rumors pasal ada kembar macam Upin & Ipin ni tersebar meluas sampai ke Friendster (Masa tu tak femes sangat Facebook) hinggalah saya dapat jumpa sendiri semasa di event Read Malaysia di Mines. Saya mula-mula tak sure nak buat apa dan berbelah bagi. Samada nak ambik gambar sama-sama ataupun nak saman (Sebab pakai imej Upin Ipin tanpa kebenaran.. kononnya la).
 
Turut sertai Suarasa TV9

Ada milk mustache.. macam Upin Ipin dalam iklan Wyeth

Tapi selepas kerap berjumpa di beberapa event, saya ambik inisiatif untuk berkenalan dan merapatkan hubungan. Sejak dari itu, saya selalu juga membantu Danish & Danial dalam apa-apa event Upin & Ipin dan cuba menjadi seperti Abang angkat kepada dorang ni. Dorang sebenarnya sangat nakal dan susah nak jaga.. Hehe.. Tapi, mungkin ada timing-timingnya dan cara nak approach dorang then barulah dorang ni okay dan boleh berkawan. 

Saya masih ingat event di Melaka Wonderland 2010 di mana kami ada makan malam dengan pihak penganjur di restoran di Melaka. Semasa makan malam tu saya main-main ambik gambar Danish & Danial ni walaupun saya tahu dorang sangat susah nak bergambar. Bukan susah dari segi apa, susah dari segi nak senyum dan buat macam-macam expression yang pelik-pelik. Tapi malam tu dorang boleh dengar cakap saya dan ikut 3 pose bergambar cara comel yang saya ajar. Bermula dari situlah, pose-pose ni melekat kat dorang bila nak bergambar kat mana-mana event sekali pun. Walaupun nak bergambar kat rumah.




 Danish & Danial di Melaka Wonderland

Saya yang ajar dorang bergambar macam ni

Antara event lain yang penting buat Danish & Danial adalah di Karnival Upin & Ipin di SACC dan di Perak sebab Danish & Danial mengetuai pasukan animation parade ketika tu. Memang tak dapat dinafikan dengan penampilan Danish & Danial semasa parade tu sedikit sebanyak dapat mengambarkan macammana sambutan ataupun penerimaan siri Upin & Ipin kepada peminat-peminatnya. Turut serta dalam parade tu adalah 200 kanak-kanak lain yang turut memain pakaian seperti Upin & Ipin. Namun sudah tentulah yang istimewanya adalah Danish & Danial.

Ketika di Perak, kesihatan Danish & Danial agak kurang baik. Badan dorang agak panas dan tak bersemangat nak sertai apa-apa acara ketika tu. Mungkin juga situasi yang terlalu mengejutkan sebab Danish & Danial bersama penjaga masa tu datang naik train ke Ipoh pada petang sebelum hari event tu. Ditambahkan pula dengan cuaca panas ketika parade memang senang untuk jatuh sakit. Walaupun pada event tu Danish & Danial tak sihat sangat, tapi saya betul-betul berterima kasih kerana sokongan luar biasa yang diberikan.

Ketika di Suarasa TV9

 Ketika di Space U8 (2011)

Sertai event di Geng's Corner

Memang banyak betul event yang pernah disertai oleh Danish & Danial. Boleh dikatakan kesemua staff Les' Copaque memang kenal dengan dorang ni. Selain saya, Danish & Danial juga sangat rapat dengan "Opah". Mungkin dorang ni menjiwai watak Upin & Ipin agaknya. Tapi kalau mood tengah hyper macam mana sekali pun kalau kat situ ada "Opah" mesti dorang akan dengar cakap Opah.

Dengan berimej Upin & Ipin, perwatakan Danish & Danial sekejap saja dapat dikesan oleh pihak media. Dorang ni pernah keluar sebagai cover depan majalah E-Baca keluaran Karangkraf pada tahun 2010. Bukan senang tau nak terpilih masuk majalah, siap jadi cover lagi tu. Tak lama selepas tu, bakat lakonan dorang pula cuba digilap di dalam penampilan khas filem "Momok - Jangan Cari Pasal. " Filem Momok ni khabarnya akan ditayangkan dipawagam pada tahun 2012 ini juga. Sama-samalah kita beri sokongan nanti.

Cover depan majalah E-Baca

Pada tahun ini, Danish & Danial sudahpun memulakan persekolahan darjah 1. Macam-macam cerita kelakar saya baca di Facebook maknya berkaitan pengalaman hari pertama pasangan ni bersekolah. Bila dah masuk darjah 1 ni, mungkin imej Upin & Ipin secara tak langsung terpaksa dikurangkan. Yelah, takkan nak ke sekolah dengan rambut sehelai macam Upin kan? Sure sekolah tak bagi. "Tapi, kita tengoklah macam mana nanti. InsyaAllah.. boleh join lagi" Itulah pesanan penjaganya kepada saya dihari-hari terakhir sebelum Danish & Danial melangkah ke alam persekolahan.


Saya nak amik kesempatan untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada Danish & Danial serta keluarga dengan sokongan yang tak pernah putus-putus selama ini. Terima kasih kerana memeriahkan dunia "Upin & Ipin".

Facebook Danish & Danial : https://www.facebook.com/ddfarhan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...