Followers

Tuesday, January 17, 2012

Maternity Photoshoot - The Preparation ~


Assalamualaikum dan berjumpa lagi di dalam blog saya ni. Alhamdullilah.. dah lama saya teringin nak mencuba maternity photography ni semenjak saya kenal dengan camera DSLR. Tapi untuk sekian lama, saya tak pernah dapat peluang untuk try. Kalau tak salah tahun lepas saya ada offer Kak Ijan, tapi dia kata dia malu sangat. Malu punya malu tengok-tengok dah 2 kali saya tak dapat ambik gambar semasa dia sedang mengandung.

Untuk maternity photoshoot kali ni saya diberi peluang untuk amik gambar kakak Zarith iaitu Anis Iylia sendiri. Mengikut dari due datenya insyaAllah dia akan deliver sekitar pertengahan bulan Februari nanti. InsyaAllah baby boy~! Jadi bukan saya saja yang sibuk-sibuk nak buat photoshoot ni, tapi si Zarith sendiri pun sibuk jugak sebab kena teman saya buat persediaan nak beli props dan apa-apa yang berkaitan dengan photoshoot tu nanti. Lokasi utama kami adalah sekitar One Utama, The Curve dan Ikano.
 

One Utama ketika tu boleh kata ramai juga orang. Yelah, maklum saja ramai yang shopping untuk CNY. Agak awal pagi jugalah kitaorang sampai kat sini. Jadi, sebelum apa-apa kita mulakan dengan breakfast dulu. Walaupun niat awalnya untuk beli barang maternity tapi kitaorang mula-mula setelkan barang kitaorang dulu di One Utama ni. Boleh pulak kat OU ni, beli je barang ada cabutan bertuahlah pulak. So, kitaorang pun beratur dan tunggu apa hadiah cabutan bertuahnya. Hadiahnya boleh tahan menarik seperti Gold Medal 10Gram, 5Gram dan 1Gram. Yang lain-lain tu biasa-biasa je. Tapi, kitaorang dapat hadiah kotak tisu dan bantal sahaja. Haha... takpela, janji dapat jugak hadiah.~!
 
 Ramai juga orang di One Utama walaupun pada awal pagi
 
Bergambar di kedai cenderamata barangan CNY

Antara hadiah cabutan bertuah (kecuali bag Gap tu)

 Breakfast di Kopitiam jap

Masih bergambar

Selepas hampir sejam dua berada di One Utama tu barulah perasan yang sebenarnya tak beli apa-apa pun lagi untuk barang maternity. Tu pun sebab banyak barang plan nak beli sekitar The Curve nanti. Jadi lokasi seterusnya adalah di The Curve. Siapa pernah pergi flea market sure tahu macam-macam barang ada dijual kat sini. Dari pakaian, cenderamata hinggalah kepada barangan pakaian bayi. Antara barangan yang ada dalam kepala adalah baju dan kasut baby. Tak sure size apa yang patut beli untuk baby, tapi taknak terlalu kecil sebab tak nampak cantik dalam gambar. Cukuplah size sederhana, boleh juga pakai bila dah besar nanti.

 Flea Market

 Ye, kat sini pun kena amik gambar jugak

Hadapan E-Curve Cineleisure

Flea Market

Pakaian Baby

 Rasanya ni payung~

Pakaian baby gurl

 Yes, inilah baju yang kitaorang beli!

Banyak pilihan

Diantara props yang dapat kitaorang jumpa adalah seperti kasut, baju-baju dan beberapa props kecil-kecil yang colorful. Memang rambang mata bila datang sini. Nak beli benda lain, benda lain pulak terbeli. Tak caya tengok lah ni!


Banyak baju-baju characters yang comel-comel

Cantikkan baju-baju characters macam ni? Kalau ada yang suka bolehlah pergi tengok-tengok kat flea market ni setiap weekend. Saya berkenanan nak beli couple t-shirt macam Donald Duck dengan Daisy ataupun Mickey dengan Minnie Mouse ataupun Stitch dengan Pink Stitch (taktau nama)... tapi oleh sebab size dah habis.. jadi kitaorang beli dua-dua pun watak stitch. Harga sehelai tshirt ni adalah RM29 dan dipackkan dalam bekas mesra alam. Sangat eksklusif!

Ye, Comel sangatt

Dalam keasyikkan saya amik gambar-gambar di atas ni adalah kakak yang menjual tudung ni tegur. "Takde pun orang nak amik gambar akak". "Untung girlfriend ada orang amikkan gambar". Saya pun jawab, yelah kak nak saya amik gambar akak pun boleh je... Rupanya akak ni sekali sekala ada juga menjadi model tudung sendiri. Mungkin ada bisnes online rasanya. Hopefull, bisnes online pun masyuk jugak...

 Senyum skit kak, nak amik gambar ni..

Beli anak tudung pulak

Oklah, itulah sedikit sebanyak cerita pasal nak beli barang semasa preparation. Walaupun nampak sikit tapi kami yang seharian mencari barang ni rasa macam nak tercabut kaki dah.. Hehe.. Nanti saya akan sharekan output dan beberapa tips pasal maternity photography.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...