Followers

Wednesday, January 18, 2012

Chinese Muslim Steamboat : Silver Pot


Ok, sekali lagi giliran untuk berkongsi cerita pasal sesi "Jalan-jalan cari makan". Destinasi makan kali ini adalah di restoran Chinese Muslim Steamboat iaitu Silver Pot yang terletak di TTDI. Restoran ni mungkin tak ramai sangat yang tahu melainkan kepada penggemar steamboat sejati. Silver Pot ni sangat sesuai bagi mereka yang inginkan keselesaan dan tak suka berebut-rebut dengan orang ramai seperti di beberapa restoran steamboat yang lain. Kat sini semua set makanannya berkonsepkan ala-kat dan bukanlah buffet.

Semua set-set steamboatnya dihidangkan secara individu dan dimasak ke dalam pot personal masing-masing. Jadi tak perlulah kongsi pot dengan orang lainkan. Oleh kerana semuanya datang secara individu, jadi harganya juga dikira secara individu. Setiap piring ataupun pinggan set steamboat ni harganya adalah berbeza-beza.

Couple Set Steamboat

Another set of steamboat

Pilihan daging juga ada

Seafood seperti udang juga ada disediakan

Sebenarnya sesi makan-makan ni dijemput oleh kakak Zarith sebab nak memperkenalkan restoran ni kat saya. Selain makan-makan, bolehlah berborak-borak pasal perancangan masa hadapan.. hehe. InsyaAllah lepas ni terasa nak makan kat Seoul Garden lagi sebab rasa macam tak puas makan kat sini.

Alif, Jojo, Anis dan Zarith (Saya tiada dalam gambar)

p/s : Steamboat kat mana feveret korang?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...