Followers

Thursday, January 05, 2012

Blog Idaman

http://ida-mandarin.blogspot.com/

Salam rakan-rakan blogger. Jemputlah masuk, pintu tak kunci. hehe.

Kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai blog idaman kalbu saya .. eh, bukanlah blog idaman saya..  tapi blog Ida Mandarin ataupun lebih dikenali dengan Kak Ros. Idaman yakni nama ringkas bagi Ida Mandarin ni sebenarnya salah seorang blogger tegar macam saya dan dah lama mula menulis blog, juga macam saya.  Blog Idaman juga kadang-kadang selalu jarang ada updates, juga macam blog saya.

Tapi kali ni saya bukan nak cerita apa yang sama macam saya. Yang sebenarnya saya ingin bercerita kepada saya suka blog Idaman. ( Wah, statement~! ) Blog Idaman ni sebenarnya dah jadi dewasa sama dengan penulisnya. Menulis blog ni pernah dijadikannya sebagai rutin harian dan pembakar semangat dia. Kalau nak tahu dan nak kenal Idaman bolehlah baca setiap post Idaman ni. Oleh kerana Idaman ni suka membaca buku jadi banyaklah juga entry dia berdasarkan pasal buku-buku yang dibacanya.

Ada satu interest yang sama dengan saya adalah band "Mocca". Saya pun dulu pernah suka gila dengan "Mocca" dan Idaman dapat pergi ke live show dorang kat Shah Alam dulu. Bila balik je dari show tu dia terus post kat blog dia bergambar dengan Mocca. Inilah cara nak bagi orang jeles kat blog.

Selain tu juga, kat blog Idaman kita boleh tengok macam mana zaman-zaman dulu kitaorang struggle pergi event tanpa any good preparation. Less is more~!. Macam mana ada a few fans yang still boleh ingat kitaorang dan sampai sekarang still keep in touch.  Saya happy masa tu dan seronok dapat tengok fan yang kecik-kecik ni membesar depan mata dan still sayang Upin Ipin sampai sekarang~

Ok, lepas ni kita ramai-ramai klik blog Idaman ni dah tengok apa dia nak kongsi cerita lagi...

http://ida-mandarin.blogspot.com/

p/s : Heran, macam mana Ida boleh dapat jumpa dengan Yuna sampai 2 kali ...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...