Followers

Friday, March 11, 2011

[REVIEW] Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa merupakan semua filem epik yang telah menjadi buah mulut ramai pengemar dan penggiat filem tempatan. Trailernya saja yang telahpun bermain berulang kali di YouTube terus menarik jutaan peminat terasa ingin untuk menontonnya sebaik saja keluar panggung. Saya sendiri berkesempatan untuk menonton filem ini pada hari pertama tayangan. Berikut ialah komen saya.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa secara keseluruhannya menceritakan semula kisah sejarah secara lebih mudah difahami. Bukan mudah nak menghasilkan filem berkonsep sejarah kerana semua fakta kenalah betul dan tepat. Belum keluar lagi filem ini khabarnya sudah ada pakar sejarah yang mengulas mengenai ketidaksahihan fakta yang digunakan. Pandai-pandailah Yusry goreng.

Cerita
Secara ringkasnya kisah Merong Mahawangsa ini ialah kisah bagaimana Merong membantu kerajaan Rom di dalam misi mereka berjumpa dengan puteri China untuk berkahwin. Perkahwinan politik ini pada asalnya tidak disukai oleh putera Rom dan puteri China. Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Selepas dorang kenal, boleh pulak jatuh cinta. Di dalam ekspidisi Merong membantu putera Rom, Merong di serang oleh kumpulan lanun yang digelar Geruda yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas kali pertama diserang, Merong berpisah dengan putera Rom manakala puteri China diculik oleh Geruda. Di dalam proses nak balas dendam, Merong berlatih di suatu tempat dan secara tak langsung Merong menaikkan tempat tersebut dengan nama Langkasuka.

Watak
Saya kira ramai yang tidak tahu siapakah Merong Mahawangsa. Semua yang menonton 15 minit pertama seolah-olah terpinga-pinga dengan perwatakkan Merong. Merong yang berbahasa Inggeris sangat baik pada awalnya seperti kekok apabila bercakap Bahasa Melayu. Merong digambarkan sebagai kaki perempuan dan sering diburu orang kerana Merong sering membuat kacau di setiap tempat di mana dia berlabuh. Pengenalan watak Merong agak kurang jelas kerana dia secara tiba-tiba menjadi watak penting kerana pegawai Rom meminta bantuan Merong untuk membawa Puteranya berkahwin dengan Puteri China. Pegawai Rom yang tiada pilihan memilih dan meminta bantuan Merong. Mungkin ianya fakta yang sudah tertulis ,namun saya kira alasan untuk Merong menurut perintah Rom masih boleh disusun dengan baik lagi.

Props
Dengar kata bertahun-tahun props untuk filem ini dikumpulkan. Erm, melihatkan dari outputnya saya kira semua props tersebut dikumpulkan dari pelbagai negara. Walau bagaimanapun kadangkala props seperti pakaian serta alatan Rom dan China itu kelihatan terlalu bersih.

Aksi
Part aksilah yang dinanti-nantikan kerana melalui trailernya sudah menjanjikan pelbagai aksi dan kesan khas yang menarik. Aksi pertarungan boleh dikatakan cantik walaupun tiada aksi-aksi berlawan seperti Jet Li. Tetapi usaha untuk menimbulkan mood ke arah itu saya kira ada.

Pemilihan pelakon extra agak kurang memuaskan lebih-lebih lagi yang dipilih dijadikan sebagai lanun. Ada beberapa shot aksi yang menunjukkan semua lanun-lanun tersebut sangatlah kurus dan tidak sasa langsung. Walaupun ramai pelakon extra yang digunakan tetapi boleh nampak perbezaan yang ketara antara pelakon utama dan pelakon extra. Kadang kala mood peperangan yang hebat telah terbantut dengan perkara ini. Beberapa shots aksi juga dipercepatkan dan beberapa save shot digunakan.

Namun begitu ada beberapa scene aksi yang sangat baik dilakukan contohnya seperti scene di dalam hujan di mana ketika itu Merong yang sedang marah sambil menjerit membunuh sesiapa saja yang lalu di hadapannya. Dengan effect slow motionnya, ianya nampak begitu mengasikkan sekali. Scene ending juga tidak kurang hebatnya. Scene membunuh Khir Rahman dan membunuh diri agak cantik dihasilkan. Mungkin kalau negara kita membenarkan aksi memotong kepala atau tangan di dalam filem, Yusry dah hasilkan banyak scene sebegitu.

Kesan Khas
Kesan khas filem ini boleh dikatakan agak kemas dan cantik walaupun beberapa shotnya terlalu pendek dan semuanya sudah ditaruk di dalam trailer. Contohnya scene di negara China yang menunjukkan maharaja Cina dengan berlatar belakangkan gendang-gendang besar sambil dihujan salji. Scenenya direka begitu cantik. Ianya boleh dilihat di dalam trailer dengan jelas. Nah, itulah saja scene mengenai negara dan maharaja Cina di dalam filem.

Kesan khas yang digunakan untuk memperbanyakkan objek contohnya seperti kapal layar agak baik dan mudah dilakukan kerana ianya hanya kelihatan dari jauh. Tetapi saya rasa agak sayang kerana terdapat satu scene di mana ianya menunjukkan begitu banyak kapal Roman dan China ingin datang menyerang lokasi lanun. Mood dan cameranya sudah cantik, tetapi kumpulan kapal yang banyak itu ditunjukkan hanya datang dari 1/3 screen. Alangkah cantiknya kalau kapal tersebut menutupi keseluruhan screen dan seolah-olah kapal tersebut terlalu banyak sehingga dapat menakutkan lanun Geruda.

Muzik
Mana lagu Anuar Zain yang sedap tu? Ye, saya betul-betul mengharapkan ada lagu Anuar Zain dalam filem ini. Tetapi lagu ini hanyalah ditayangkan pada hujung credit filem. Saya kira muzik di dalam Puteri Gunung Ledang diatur dengan lebih baik.

Kesimpulan
Saya kira filem Merong Mahawangsa merupakan sebuah yang filem berani dihasilkan. Dengan kos RM8juta saya kurang pasti dengan kutipan yang bakal diraih dipawagam. Kalau mengikut rekod, orang Malaysia ni suka tengok wayang filem hantu dan komedi. Faktor peminat menonton lebih dari sekali merupakan fakor sesebuah filem tersebut box office. Apa-apapun saya ucapkan semoga berjaya dengan filem ini dan kepada semua peminat filem Malaysia janganlah beli DVD cetak rompak filem ini nanti. Kenalah sokong filem tempatan.


Salah satu scene di dalam Merong Mahawangsa

Poster cun Merong Mahawangsa


2 comments:

  1. Steady la zarin. Gaya review orang buat filem memang lain dari orang biasa buat review.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...