Followers

Saturday, January 08, 2011

Karnival Upin & Ipin di SACC (Bah 2)

Sambungan dari Bahagian 1. Setelah agak lama saya merehatkan post mengenai Karnival Upin & Ipin rupanya banyak yang telah berlaku. Dengar kata, lokasi karnival yang seterusnya insyaAllah bakal dibawa ke Johor pula. Buat saat ini, masih belum ada kata putus lagi dan semuanya masih di dalam perbincangan awal. Kepada pihak yang dikira "pemenang" sudahpun menerima pingat masing-masing. Diharapkan kita tidak cepat leka dengan kejayaan yang sedikit ini. Baiklah, saya masih ingin bersambung mengenai cerita-cerita menarik disepanjang Karnival Upin & Ipin di SACC ini.

Mengacara bersama Anty
Fiz memang menyeronokkan



Gelak je Faiz TV9 ni,
bukan buat keje pon

Bersama setem di
POS Malaysia


Pempamer

Saya sangat kagum dan terpegun dengan semangat dan kerjasama pempamer. Saya sendiri boleh dianggap sudah pergi ke macam-macam jenis event dan ke merata negeri namun saya rasakan aura kerjasama yang ditunjukkan oleh pempamer di sini adalah luar biasa. Manakan tidak, setiap kali diadakan chicken dance ataupun senaman pagi suara serta wajah merekalah yang menjadi penyeri dan pelengkap. Di dalam himpunan pengunjung yang sedang seronok menari bersama maskot di atas pentas pasti akan kelihatan kelibat pempamer yang turut sama menari. Pempamer ataupun dengan kata mudah penjual di setiap booth ini boleh dikatakan sekurang-kurangnya menjual barangan yang berkaitan dengan Upin & Ipin. Sekiranya tidakpun, mereka ini sebahagian dari pempamer yang membeli booth. Diantara pempamer yang masih tergambar di dalam fikiran saya ialah SilaRasa iaitu pemegang lesen bagi produk coklat Upin & Ipin. Bosnya yang saya panggil Kak Umi sangat kerap memberi buah tangan kepada saya untuk sesi soalan dan kuiz. Bukanlah itu dijadikan ukuran tetapi saya kagum dengan semangat mereka menyertai sesi tarian setiap kali ianya diadakan. Tidak ketinggalan juga dengan pempamer CCM yang menjual produk kesihatan seperti Pharmaton dan sebagainya. Pempamer lain seperti SPM, Wyeth, NYLA dan TM juga merupakan antara pempamer yang tidak pernah duduk diam.

Maskot Saladin yang setia bersama

Penaja utama iaitu TM

Disebalik semangat yang ditunjukkan, saya juga ada terjumpa komen dari blog pengunjung yang agak tidak berpuas hati dengan susunan pempamer di Karnival ini. Mereka berpendapat terlalu banyak pempamer yang menjual coklat dan ianya tidak nampak versatile. Erm, saya memang akui perkara ini. Mungkin atas dasar susunan serta tawaran penjualan booth yang tidak kemas menyebabkan perkara ini berlaku. Secara kebetulan juga, pemegang lesen produk coklat Upin & Ipin saja dipegangn oleh 3 syarikat yang berbeza. Jadi nak buat macam mana, kita makan coklat sajalah.

Bersama gadis-gadis di booth CCM

Chicken Dance

Hehe, saya masih ada cerita menarik mengenai Chicken Dance ni. Saya pasti ramai orang tahu nak menari chicken dance ni. Tapi tahukah anda yang Upin & Ipin boleh dikatakan secara rasminya kali ke 2 menari chicken dance di dalam sesebuah acara. Saya masih ingat, kali pertama Upin & Ipin diminta menari chicken dance iaitu di dalam acara bersama Bank Rakyat pada pertengahan tahun 2009. Jangan kata Upin & Ipin, saya sendiri pun tak pernah dengar apakan lagi reti menari. Tapi selepas itu, banyak pula undangan event yang diselitkan dengan tarian ayam ni. Lambat laun, slot tarian ini dimasukkan kerana nampak sangat sesuai dengan Upin & Ipin.

Maskot bersedia menari

Yay, saya pun kena menarik juga

Fikri, selaku ketua projek Karnival

Bagi pengunjung yang datang haritu, pasti dapat tengok sendiri suasana sebenar ketika Upin & Ipin menari di atas pentas. Bukan Upin & Ipin saja, malahan abang-abang dan kakak-kakak di atas pentas tu mau tak mau kena menarik juga. Lantakla orang nak kata comel ke tak sebab yang penting suasana semasa tarian ayam ni memang menyasikkan. Orang yang berada di bawah pentas pula tidak kurang ligat juga. Bukan saja budak-budak, mak budak, bapak budak, semuanya pakat menari sama. Ada sekali tu, bapak budak ni sedang dukung anak di atas bahu pun boleh menari sama. Bayangkanlah happening ke tak happening.




























Penutup

Itulah cerita dia. Nampak memang seronok nak organize event besar macam ni. Diharapkan dengan pengalaman yang telah ditimba dapatlah digunakan untuk acara akan datang. Saya juga berharap setiap ahli dalam kumpulan saya masih akan mengekalkan semangat yang sama tidak kira apa pun cabaran yang bakal mendatang. Yelah, orang kata nak berjaya tu tak susah, tapi nak kekal berjaya tu lah yang susah.


2 comments:

  1. ye mu..aku kembali menjadi pengikut blog ko dari luar....=)...tapi aku seronok dapat menjadi follower blog ko dari dulu lagik...zaman rambut panjang ko...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Yeah... Nak update blog lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...