Followers

Wednesday, December 21, 2011

Jalan-jalan di Space U8


Baru beberapa hari ni sempatlah jalan-jalan kat Space U8. Space U8 ni shopping mall terbaru yang terletak kat Bukit Jelutong Shah Alam. Sapce U8 ni mall pertama di Malaysia yang berkonsepkan Eco Mall. Kononnya Eco Mall ni macam mesra alam la... 


Space U8 ni sangat besar dan luas. Cuma buat masa sekarang ni, mall ni masih belum dibuka sepenuh masa... Jadi saya dan Zarith pun jalan-jalan la cuci mata sambik cari nak makan apa kat situ.


Dalam supermarket dia ada jual produk organik


Labu besar pun ada.. ke bukan labu betul ni ?

Dalam dia luas.. tapi masih kosong lagi

Nak pegi ke Hardware Cafe !
 Pandangan dari atas !

Saya makan menu ni.. namanya Chicken Cheese..
 
Yang ni tak ingat apa nama dia..


Lepas makan bergambar la.. apa lagi..




Sempat beli beras organic skit


Nak beli ikan ke ?


Ok.. nanti nak pergi lagi Space U8 sebab kat sini yang bestnya ada wayang MBO.. satu2nya wayang yang ada dalam Shah Alam ni.... Jumpa lagi.~


Monday, December 19, 2011

Menulis Blog Semula~!

Assalamualaikum semua ... Dah lebih 8 bulan saya tak sentuh langsung blog ni rupanya. Ada terfikir nak tutup terus sebab dah malas nak buat blog.. tapi bila tengok dan baca balik post2 yang lama rasa rindu nak tulis blog semula. Ada juga kawan-kawan blog yang lain masih gigih menulis blog sehingga layout dorang masih sama walaupun dah 2-3 tahun buka blog. Oklah, mari kita mulakan semula.

Selama saya berdiam ni, saya bukanlah tak menulis blog langsung.. cuma saya sedang sangat sibuk menulis blog lain dan menjaga Facebook lain.Saya akan cuba mencari masa untuk menulis sebab banyak sangat yang nak saya kongsikan kat blog ni. Orait, mula-mula saya nak kena redesign skit blog ni, nak bagi freash looks skit. 

Ok, stay tuneee!!

p/s : Dah pakai Facebook Timeline?





Saturday, March 12, 2011

Mediahorizon 2011


Yippie! Dah 5 tahun sebenarnya blog Mediahorizon ni bernyawa. Eh, blog ada nyawa ke? Mestilah ada. Sebab setiap blog ada pengikutnya yang setia. Saya begitu rajin dan rancak menulis blog pada tahun 2009. Pada masa tu orang kata masih berdarah muda. Hehe...

Dari situlah saya belajar macam-macam. Layout blogpun dah beberapa kali ditukar. Tak kurang kurang juga beberapa kawan-kawan yang mengenali diri saya dari blog Mediahorizon ni terlebih dahulu barulah kenal di dunia yang nyata. Kalau tak salah rakan blog saya, Afiq Ludin merupakan salah seorang daripadanya. Blog ni boleh merapatkan kawan-kawan yang jauh. Yelah, kita boleh baca je blog dorang dan boleh tahu perkembangan hidup dorang dengan mudah. Contohnya blog kawan saya ini, MummySya. Tapi nampaknya blog dia dah macam tak aktif lagi. Oklah, nanti terasa nak buat blogpost mengenai kawan-kawan blog.

Mengenai blog Mediahorizon sendiri yang sudah masuk tahun ke 5, kali ini saya akan mengubah layout dan cuba menulis sebanyak mungkin contents. Kalau dulu, benda2 macam twitter dan facebook ni kurang femes. Tapi sekrang kalau tade benda-benda ni memang takleh hidup. Jadi blog saya ni akan link terus kepada twitter dan facebook. Canggih tau!

Nur Kasih The Movie


Memang terbaik dari ladanglah lebih-lebih lagi drama kegilaan rakyat Malaysia ini bakal ditayangkan di pawagam bulan Mei nanti. Drama dia pun dah berjuta-juta lemon yang menonton. Tak kiralah penonton tersangkut dengan drama ni sebab jalan ceritanya ataupun sebab pelakon lelakinya yang kacak mahupun sebab pelakon perempuannya yang membuatkan anda cair. Tapi apa-apapun sebab dan alasan, pasti ramai yang tak sabar nak menonton filem ini di pawagam. Bila saya tengok aje trailernya, memang perasaan nak tengok kat wayang tu dah berkobar-kobar. Walaupun saya bukanlah follow setiap episod drama ni dulu, tapi kualiti camera angle serta color grading dalam filem ni memang superb. Jadi sama-samalah kita nantikan filem ini nanti. Chiao~




Poster filem Nur Kasih The Movie

Friday, March 11, 2011

[REVIEW] Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa merupakan semua filem epik yang telah menjadi buah mulut ramai pengemar dan penggiat filem tempatan. Trailernya saja yang telahpun bermain berulang kali di YouTube terus menarik jutaan peminat terasa ingin untuk menontonnya sebaik saja keluar panggung. Saya sendiri berkesempatan untuk menonton filem ini pada hari pertama tayangan. Berikut ialah komen saya.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa secara keseluruhannya menceritakan semula kisah sejarah secara lebih mudah difahami. Bukan mudah nak menghasilkan filem berkonsep sejarah kerana semua fakta kenalah betul dan tepat. Belum keluar lagi filem ini khabarnya sudah ada pakar sejarah yang mengulas mengenai ketidaksahihan fakta yang digunakan. Pandai-pandailah Yusry goreng.

Cerita
Secara ringkasnya kisah Merong Mahawangsa ini ialah kisah bagaimana Merong membantu kerajaan Rom di dalam misi mereka berjumpa dengan puteri China untuk berkahwin. Perkahwinan politik ini pada asalnya tidak disukai oleh putera Rom dan puteri China. Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Selepas dorang kenal, boleh pulak jatuh cinta. Di dalam ekspidisi Merong membantu putera Rom, Merong di serang oleh kumpulan lanun yang digelar Geruda yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas kali pertama diserang, Merong berpisah dengan putera Rom manakala puteri China diculik oleh Geruda. Di dalam proses nak balas dendam, Merong berlatih di suatu tempat dan secara tak langsung Merong menaikkan tempat tersebut dengan nama Langkasuka.

Watak
Saya kira ramai yang tidak tahu siapakah Merong Mahawangsa. Semua yang menonton 15 minit pertama seolah-olah terpinga-pinga dengan perwatakkan Merong. Merong yang berbahasa Inggeris sangat baik pada awalnya seperti kekok apabila bercakap Bahasa Melayu. Merong digambarkan sebagai kaki perempuan dan sering diburu orang kerana Merong sering membuat kacau di setiap tempat di mana dia berlabuh. Pengenalan watak Merong agak kurang jelas kerana dia secara tiba-tiba menjadi watak penting kerana pegawai Rom meminta bantuan Merong untuk membawa Puteranya berkahwin dengan Puteri China. Pegawai Rom yang tiada pilihan memilih dan meminta bantuan Merong. Mungkin ianya fakta yang sudah tertulis ,namun saya kira alasan untuk Merong menurut perintah Rom masih boleh disusun dengan baik lagi.

Props
Dengar kata bertahun-tahun props untuk filem ini dikumpulkan. Erm, melihatkan dari outputnya saya kira semua props tersebut dikumpulkan dari pelbagai negara. Walau bagaimanapun kadangkala props seperti pakaian serta alatan Rom dan China itu kelihatan terlalu bersih.

Aksi
Part aksilah yang dinanti-nantikan kerana melalui trailernya sudah menjanjikan pelbagai aksi dan kesan khas yang menarik. Aksi pertarungan boleh dikatakan cantik walaupun tiada aksi-aksi berlawan seperti Jet Li. Tetapi usaha untuk menimbulkan mood ke arah itu saya kira ada.

Pemilihan pelakon extra agak kurang memuaskan lebih-lebih lagi yang dipilih dijadikan sebagai lanun. Ada beberapa shot aksi yang menunjukkan semua lanun-lanun tersebut sangatlah kurus dan tidak sasa langsung. Walaupun ramai pelakon extra yang digunakan tetapi boleh nampak perbezaan yang ketara antara pelakon utama dan pelakon extra. Kadang kala mood peperangan yang hebat telah terbantut dengan perkara ini. Beberapa shots aksi juga dipercepatkan dan beberapa save shot digunakan.

Namun begitu ada beberapa scene aksi yang sangat baik dilakukan contohnya seperti scene di dalam hujan di mana ketika itu Merong yang sedang marah sambil menjerit membunuh sesiapa saja yang lalu di hadapannya. Dengan effect slow motionnya, ianya nampak begitu mengasikkan sekali. Scene ending juga tidak kurang hebatnya. Scene membunuh Khir Rahman dan membunuh diri agak cantik dihasilkan. Mungkin kalau negara kita membenarkan aksi memotong kepala atau tangan di dalam filem, Yusry dah hasilkan banyak scene sebegitu.

Kesan Khas
Kesan khas filem ini boleh dikatakan agak kemas dan cantik walaupun beberapa shotnya terlalu pendek dan semuanya sudah ditaruk di dalam trailer. Contohnya scene di negara China yang menunjukkan maharaja Cina dengan berlatar belakangkan gendang-gendang besar sambil dihujan salji. Scenenya direka begitu cantik. Ianya boleh dilihat di dalam trailer dengan jelas. Nah, itulah saja scene mengenai negara dan maharaja Cina di dalam filem.

Kesan khas yang digunakan untuk memperbanyakkan objek contohnya seperti kapal layar agak baik dan mudah dilakukan kerana ianya hanya kelihatan dari jauh. Tetapi saya rasa agak sayang kerana terdapat satu scene di mana ianya menunjukkan begitu banyak kapal Roman dan China ingin datang menyerang lokasi lanun. Mood dan cameranya sudah cantik, tetapi kumpulan kapal yang banyak itu ditunjukkan hanya datang dari 1/3 screen. Alangkah cantiknya kalau kapal tersebut menutupi keseluruhan screen dan seolah-olah kapal tersebut terlalu banyak sehingga dapat menakutkan lanun Geruda.

Muzik
Mana lagu Anuar Zain yang sedap tu? Ye, saya betul-betul mengharapkan ada lagu Anuar Zain dalam filem ini. Tetapi lagu ini hanyalah ditayangkan pada hujung credit filem. Saya kira muzik di dalam Puteri Gunung Ledang diatur dengan lebih baik.

Kesimpulan
Saya kira filem Merong Mahawangsa merupakan sebuah yang filem berani dihasilkan. Dengan kos RM8juta saya kurang pasti dengan kutipan yang bakal diraih dipawagam. Kalau mengikut rekod, orang Malaysia ni suka tengok wayang filem hantu dan komedi. Faktor peminat menonton lebih dari sekali merupakan fakor sesebuah filem tersebut box office. Apa-apapun saya ucapkan semoga berjaya dengan filem ini dan kepada semua peminat filem Malaysia janganlah beli DVD cetak rompak filem ini nanti. Kenalah sokong filem tempatan.


Salah satu scene di dalam Merong Mahawangsa

Poster cun Merong Mahawangsa


Thursday, March 10, 2011

Damia Umairah

Damia Umairah

Setelah 9 bulan penantian akhirnya Kak Izan atau nama sebenar Khairiah Hafizan telahpun melahirkan seorang puteri yang comel. Nama diberi Damia Umairah. Sekali pandang memang akan perasan dengan rambutnya yang sangat panjang dan lebat. Pada hari kejadian kelahiran kalau tak salah saya sedang ada di event jadi tak sempat nak melawat. Lagi pun Kak Izan memang tak bagi melawat kat hospital.

Dalam kurang dari seminggu, saya dan beberapa orang lagi officemate akhir berkesempatan juga lah melawat baby baru Kak Izan. Oleh kerana proses kelahirannya kali ini lebih mudah, jadi Kak Izan nampaknya begitu lincah dan tak sedikit pun macam orang berpantang. Dengar kata pada minggu ke dua dia dah mula pegi shopping di Jusco. Takpelah, biorlah dia lepas geram sekejap, asalkan tidak memudaratkan.

Kak Izan bersama puteri tercinta


Afiq anak pertama Kak Izan

Walaupun standard diberi cuti kepada ibu baru bersalin sekarang ini ialah 3 bulan, tapi Kak Izan khabar hanya akan mengambil cuti 2 bulan saja. Maklumlah risau tengok Nisa di office sorang-sorang je. Oklah, apa-apa pun tahniah dan syukur diucapkan kepada Kak Izan dan keluarga. Semoga diberkati dan menjadi anak yang solehah.


GorillaPod untuk DSLR


GorillaPod gaya baru tripod

Canggih betul la zaman sekarang ni. Kalau dulu kita biasa menggunakan tripod yang biasa tu sekarang trend terkini ialah menggunakan tripod mini keluaran Joby yang dipanggil Gorilla. Ha, tengok posternya saja memang dah stylelah, lebih - lebih lagi bila dapat gunakan tripod ni semasa sedang outing. Gorrila ni dikatakan boleh dibengkok-bengkok kakinya supaya boleh disesuaikan dengan permukaan tanah. Selain tu boleh juga kita bengkok-bengkok kan supaya boleh dililit di tiang, pokok mahupun pintu rumah.


Pelbagai size dan rekaan sebagai pilihan

Dah macam rupa transfomer

Kebaikan

  • Boleh digunakan di mana-mana permukaan termasuklah tanah, tangga, pokok dan sebagainya
Keburukkan
  • Agar sukar mengambil gambar sekiranya permukaan yang ada hanyalah tanah. Jadi anda hanya boleh mengambil gambar low angle ataupun anda sendiri yang duduk dilantai.
Sepanjang pengamatan saya di kedai-kedai kamera, belum nampak lagi Gorilla ini dijual. Tapi ada juga kedai-kedai yang menjual look-alike Gorilla. Harganya dari RM30 hingga RM60 dan yang membezakannya ialah dari segi kualiti. Sekiranya Gorilla yang asli harganya akan mencecah sehingga RM300-400. Terpulang kepada individu kerana rasanya tak salah kalau nak cuba dan beli yang murah dulu. Kalau nak tengok-tengok keupayaan Gorilla ni apa kata layan laman web dia dulu http://joby.com


Upin & Ipin Musim 5


Yeah, pejam celik pejam celik rupanya siri animasi no 1 negara telahpun sampai musim ke 5. Kalau nak dibandingkan dari musim yang pertama hingga yang terkini sememangnya macam-macam perubahan dan peningkatan telahpun dilalui. Yelah, kalau tak berubah langsung tu memang tak logik la kan. Tapi apa-apapun, rambut Upin & Ipin masih cenggitu la jugak. Takpe, biarkan dorang... asalkan comel.

Bagi tahun ini Upin & Ipin diketengahkan dengan beberapa elemen yang lebih berani dan unik. Upin & Ipin akan beberapa kali muncul dengan berlatar belakangkan dunia imaginasi yang lebih menarik dan mengasikkan. Kalau siapa yang pernah tengok musim ke 4 yang lepas, ada beberapa episod yang menceritakan mengenai dunia masa depan dan Upin & Ipin direka seolah-olah polis pada zaman tersebut. Begitulah beraninya cerita Upin & Ipin ini diadaptasikan kepada bentuk yang berbeza. Kalau nak tahu kenapa, sebenarnya ianya adalah bertujuan untuk mencuba stail-stail baru. Manala tahu ada beberapa stail baru ini boleh melekat di hati peminat, mungkin boleh dijadikan filem pula selepas itu.

Antara Screenshot Musim Ke 5



Saturday, January 08, 2011

Karnival Upin & Ipin di SACC (Bah 2)

Sambungan dari Bahagian 1. Setelah agak lama saya merehatkan post mengenai Karnival Upin & Ipin rupanya banyak yang telah berlaku. Dengar kata, lokasi karnival yang seterusnya insyaAllah bakal dibawa ke Johor pula. Buat saat ini, masih belum ada kata putus lagi dan semuanya masih di dalam perbincangan awal. Kepada pihak yang dikira "pemenang" sudahpun menerima pingat masing-masing. Diharapkan kita tidak cepat leka dengan kejayaan yang sedikit ini. Baiklah, saya masih ingin bersambung mengenai cerita-cerita menarik disepanjang Karnival Upin & Ipin di SACC ini.

Mengacara bersama Anty
Fiz memang menyeronokkan



Gelak je Faiz TV9 ni,
bukan buat keje pon

Bersama setem di
POS Malaysia


Pempamer

Saya sangat kagum dan terpegun dengan semangat dan kerjasama pempamer. Saya sendiri boleh dianggap sudah pergi ke macam-macam jenis event dan ke merata negeri namun saya rasakan aura kerjasama yang ditunjukkan oleh pempamer di sini adalah luar biasa. Manakan tidak, setiap kali diadakan chicken dance ataupun senaman pagi suara serta wajah merekalah yang menjadi penyeri dan pelengkap. Di dalam himpunan pengunjung yang sedang seronok menari bersama maskot di atas pentas pasti akan kelihatan kelibat pempamer yang turut sama menari. Pempamer ataupun dengan kata mudah penjual di setiap booth ini boleh dikatakan sekurang-kurangnya menjual barangan yang berkaitan dengan Upin & Ipin. Sekiranya tidakpun, mereka ini sebahagian dari pempamer yang membeli booth. Diantara pempamer yang masih tergambar di dalam fikiran saya ialah SilaRasa iaitu pemegang lesen bagi produk coklat Upin & Ipin. Bosnya yang saya panggil Kak Umi sangat kerap memberi buah tangan kepada saya untuk sesi soalan dan kuiz. Bukanlah itu dijadikan ukuran tetapi saya kagum dengan semangat mereka menyertai sesi tarian setiap kali ianya diadakan. Tidak ketinggalan juga dengan pempamer CCM yang menjual produk kesihatan seperti Pharmaton dan sebagainya. Pempamer lain seperti SPM, Wyeth, NYLA dan TM juga merupakan antara pempamer yang tidak pernah duduk diam.

Maskot Saladin yang setia bersama

Penaja utama iaitu TM

Disebalik semangat yang ditunjukkan, saya juga ada terjumpa komen dari blog pengunjung yang agak tidak berpuas hati dengan susunan pempamer di Karnival ini. Mereka berpendapat terlalu banyak pempamer yang menjual coklat dan ianya tidak nampak versatile. Erm, saya memang akui perkara ini. Mungkin atas dasar susunan serta tawaran penjualan booth yang tidak kemas menyebabkan perkara ini berlaku. Secara kebetulan juga, pemegang lesen produk coklat Upin & Ipin saja dipegangn oleh 3 syarikat yang berbeza. Jadi nak buat macam mana, kita makan coklat sajalah.

Bersama gadis-gadis di booth CCM

Chicken Dance

Hehe, saya masih ada cerita menarik mengenai Chicken Dance ni. Saya pasti ramai orang tahu nak menari chicken dance ni. Tapi tahukah anda yang Upin & Ipin boleh dikatakan secara rasminya kali ke 2 menari chicken dance di dalam sesebuah acara. Saya masih ingat, kali pertama Upin & Ipin diminta menari chicken dance iaitu di dalam acara bersama Bank Rakyat pada pertengahan tahun 2009. Jangan kata Upin & Ipin, saya sendiri pun tak pernah dengar apakan lagi reti menari. Tapi selepas itu, banyak pula undangan event yang diselitkan dengan tarian ayam ni. Lambat laun, slot tarian ini dimasukkan kerana nampak sangat sesuai dengan Upin & Ipin.

Maskot bersedia menari

Yay, saya pun kena menarik juga

Fikri, selaku ketua projek Karnival

Bagi pengunjung yang datang haritu, pasti dapat tengok sendiri suasana sebenar ketika Upin & Ipin menari di atas pentas. Bukan Upin & Ipin saja, malahan abang-abang dan kakak-kakak di atas pentas tu mau tak mau kena menarik juga. Lantakla orang nak kata comel ke tak sebab yang penting suasana semasa tarian ayam ni memang menyasikkan. Orang yang berada di bawah pentas pula tidak kurang ligat juga. Bukan saja budak-budak, mak budak, bapak budak, semuanya pakat menari sama. Ada sekali tu, bapak budak ni sedang dukung anak di atas bahu pun boleh menari sama. Bayangkanlah happening ke tak happening.




























Penutup

Itulah cerita dia. Nampak memang seronok nak organize event besar macam ni. Diharapkan dengan pengalaman yang telah ditimba dapatlah digunakan untuk acara akan datang. Saya juga berharap setiap ahli dalam kumpulan saya masih akan mengekalkan semangat yang sama tidak kira apa pun cabaran yang bakal mendatang. Yelah, orang kata nak berjaya tu tak susah, tapi nak kekal berjaya tu lah yang susah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...