Followers

Monday, August 09, 2010

My New Nokia N900

Di dalam keghairahan ramai orang ingin memiliki iPhone mahupun Blackberry, saya mencari alternatif lain kerana ingin lari dari populariti iPhone. Saya yang pada asalnya pengikut setia Sony Ericsson langsung tidak dapat memilih saya mobilephone keluaran Sonypun yang setanding atau lebih hebat dari iPhone. Tetapi semenjak 2-3 bulan lepas, saya diperkenalkan dengan Nokia N900. Persamaannya dengan iPhone memang tidak dapat ditolak lagi, bahkan beberapa ciri dalam N900 ini tiada pada iPhone. Setelah sekian lama saya membuat kajian akhirnya saya pun telah membeli Nokia N900 ini. Di sini saya ingin berkongsi kenapa saya memilih N900 berbanding handphone lain dan apakah kebaikan N900 serta keburukannya.

N900 yang menggunakan OS Maemo (linux based)

Slide Phone
Antara ciri-ciri yang saya suka ialah slidephone. Walaupun orang kata slidephone mudah rosak, tetapi apa handphone pun yang tidak mudah rosak. Kalau dah pakai tu, lama-lama nanti rosak juga. Tak pakai pun boleh rosak.

QWERTY Keyboard
N900 juga menawarkan QWERTY keyboard pada features slidenya. Antara yang saya suka ialah, features ketika nak menaip SMS ni boleh dipilih samada nak mengunakan QWERTY keyboard ataupun virtual keyboard (macam iPhone). Semua huruf memang dah ada dikeyboard ni dan tak perlu menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf yang lain.


Screen Besar (Lebih besar dari iPhone)
Ye, betul cakap saya screennya lebih besar. Walaupun secara kasarnya screen N900 & iPhone nampak sama, tetapi resolution yang membezakan. iPhone resolution yang boleh disupport ialah 480 X 320. Tetapi untuk N900 saiz resolutionnya ialah 800 X 480. Ini bermakna setiap gambar dan video dari N900 ni lebih cantik dan sharp. Betul, tak tipu.

Support Flash
Ops, iPhone tak support Flash tetapi N900 boleh memainkan laman web flash tanpa ada masalah.

4 Multiple Panoramic Desktop
Bayangkan 4 desktop yang panjang dan semuanya disimpan di desktop N900. Setiap desktop boleh diubah dan disusun icon serta shortcut mengikut kesesuaian. Hanya perlu slidekan pada screen untuk lihat setiap desktop

32 GB Storage
Ye, 32 GB storage ni hanyalah built-in memory. Ini bermakna kita boleh tambah lagi memory lain untuk mendapat tahap jumlah memory yang lebih besar. Memang tamak betul.

Bluetooh, MMS, Ringtone
Dengan N900 ni kita boleh mengunakan bluetooh dengan mudah. Kalau nak setkan ringtones untuk SMS, untuk orang lain, semuanya boleh disetkan dengan mudah. Kalau iPhone perkara ni agak terbatas. Hanya boleh bluetooh dengan iPhone sahaja.




Kebaikan
N900 ni sememangnya handphone berkuasa tinggi yang tiada batasannya. N900 mempunyai hardware yang tinggi dan OS nya yang opensourge membolehkan kita mengubah N900 ni kepada pelbagai kegunaan. Seperti menggunakan komputer tetapi bersaiz kecil. Asalkan kita rajin nak explore, mesti ada benda baru yang seronok untuk dicuba.

Keburukan
Application yang ditawarkan tidak secanggih iPhone yang mempunyai beribu-ribu application yang menarik di Apple Store. Patutnya Nokia patut menambah lagi application seperti ini di dalam OVI Store. Selain itu, bateri N900 yang sungguh kuat dan cepat habis. Tetapi saya juga diberitahu, iPhone juga mempunyai masalah yang sama.


p/s : kepada pengguna iPhone jangan salah faham dan marah saya kerana saya juga terasa ingin membeli iPad satu hari nanti.

6 comments:

  1. huhuhu...simpan duit kawen laa...~hehehehe...

    ReplyDelete
  2. long live QWERTY! QWERTY memang AWESOME!!!

    ReplyDelete
  3. salam bro...

    saya baru pikir nak ambik satu nie.. u ambik AP set or under zitron? setakat ni ada yang dah rosak ker? or ada function yang dah tak betul?

    thank for the review...

    ReplyDelete
  4. wsalam, i amik zitron unit.. sebab takut tak elok kan AP unit. setakat ni semuanya ok je.. tade rosak.. tapi HP berat sikit la... iphone ringan lagi...

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:32 PM

    Assalamualaikum.Saya baru beli henset Nokia N900 ni.Saya dah mengaktifkan fMMS tetapi gagal menghantar MMS.Bolehkah tuan memberi tips yg betul untuk setting fMMS.Saya menggunakan prepaid Celcom dan Maxis.Lagi satu macamana nak buat panggilan video dengan N900?

    ReplyDelete
  6. Great Blog..!!!! Keep Blogging.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...