Followers

Tuesday, August 10, 2010

My workstation

Nak kata workstation sangat tu takdelah, cuma kali ni saya nak berkongsi mengenai gambar tempat saya bekerja di rumah. Saya lebih selesa pakai laptop saya ni dan diattachkan kepada monitor. Erm, kalau ada duit lebih ada monitor widescreen besar pun cun jugak ni. Laptop yang saya sedang gunakan ialah DELL XPS 16" dan sesuai untuk kegunaan gaming dan kerja 3D ringkas. Kiranya kalau nak render sikit-sikit tu bolehlah pakai laptop ni. Laptop ni setiap hari saya gunakan untuk update facebook, transfer gambar dari DSLR, transfer video/lagu ke handphone saya, tengok movie dan mendengar lagu. Selain laptop kesayangan saya ni, NOKIA N900 saya antara item kesayangan saya yang baru. Dengan N900 ni, pada kebiasaanya saya mendengar internet radio sambil membluetoothkan audio out nya ke speaker melalui laptop saya. Erm, memang best.

Kawasan keseluruhan workstation

Laptop Dell XPS saya yang tidak
pernah mengecewakan


Nokia N900 yang dibluetoothkan bersama laptop

Ha, macamtu lah rupa workstation saya ni. Lepas ni saya akan kongsi cara saya mengoptimumkan kegunaan N900 saya dengan kawasan sekeliling saya. Saya boleh spend sepanjang weekend saya dengan hanya duduk di workstation saya.


Monday, August 09, 2010

My New Nokia N900

Di dalam keghairahan ramai orang ingin memiliki iPhone mahupun Blackberry, saya mencari alternatif lain kerana ingin lari dari populariti iPhone. Saya yang pada asalnya pengikut setia Sony Ericsson langsung tidak dapat memilih saya mobilephone keluaran Sonypun yang setanding atau lebih hebat dari iPhone. Tetapi semenjak 2-3 bulan lepas, saya diperkenalkan dengan Nokia N900. Persamaannya dengan iPhone memang tidak dapat ditolak lagi, bahkan beberapa ciri dalam N900 ini tiada pada iPhone. Setelah sekian lama saya membuat kajian akhirnya saya pun telah membeli Nokia N900 ini. Di sini saya ingin berkongsi kenapa saya memilih N900 berbanding handphone lain dan apakah kebaikan N900 serta keburukannya.

N900 yang menggunakan OS Maemo (linux based)

Slide Phone
Antara ciri-ciri yang saya suka ialah slidephone. Walaupun orang kata slidephone mudah rosak, tetapi apa handphone pun yang tidak mudah rosak. Kalau dah pakai tu, lama-lama nanti rosak juga. Tak pakai pun boleh rosak.

QWERTY Keyboard
N900 juga menawarkan QWERTY keyboard pada features slidenya. Antara yang saya suka ialah, features ketika nak menaip SMS ni boleh dipilih samada nak mengunakan QWERTY keyboard ataupun virtual keyboard (macam iPhone). Semua huruf memang dah ada dikeyboard ni dan tak perlu menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf yang lain.


Screen Besar (Lebih besar dari iPhone)
Ye, betul cakap saya screennya lebih besar. Walaupun secara kasarnya screen N900 & iPhone nampak sama, tetapi resolution yang membezakan. iPhone resolution yang boleh disupport ialah 480 X 320. Tetapi untuk N900 saiz resolutionnya ialah 800 X 480. Ini bermakna setiap gambar dan video dari N900 ni lebih cantik dan sharp. Betul, tak tipu.

Support Flash
Ops, iPhone tak support Flash tetapi N900 boleh memainkan laman web flash tanpa ada masalah.

4 Multiple Panoramic Desktop
Bayangkan 4 desktop yang panjang dan semuanya disimpan di desktop N900. Setiap desktop boleh diubah dan disusun icon serta shortcut mengikut kesesuaian. Hanya perlu slidekan pada screen untuk lihat setiap desktop

32 GB Storage
Ye, 32 GB storage ni hanyalah built-in memory. Ini bermakna kita boleh tambah lagi memory lain untuk mendapat tahap jumlah memory yang lebih besar. Memang tamak betul.

Bluetooh, MMS, Ringtone
Dengan N900 ni kita boleh mengunakan bluetooh dengan mudah. Kalau nak setkan ringtones untuk SMS, untuk orang lain, semuanya boleh disetkan dengan mudah. Kalau iPhone perkara ni agak terbatas. Hanya boleh bluetooh dengan iPhone sahaja.




Kebaikan
N900 ni sememangnya handphone berkuasa tinggi yang tiada batasannya. N900 mempunyai hardware yang tinggi dan OS nya yang opensourge membolehkan kita mengubah N900 ni kepada pelbagai kegunaan. Seperti menggunakan komputer tetapi bersaiz kecil. Asalkan kita rajin nak explore, mesti ada benda baru yang seronok untuk dicuba.

Keburukan
Application yang ditawarkan tidak secanggih iPhone yang mempunyai beribu-ribu application yang menarik di Apple Store. Patutnya Nokia patut menambah lagi application seperti ini di dalam OVI Store. Selain itu, bateri N900 yang sungguh kuat dan cepat habis. Tetapi saya juga diberitahu, iPhone juga mempunyai masalah yang sama.


p/s : kepada pengguna iPhone jangan salah faham dan marah saya kerana saya juga terasa ingin membeli iPad satu hari nanti.

Wedding Aida Gadis Melayu & Saiful Penyampai Berita TV3

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang sudah lama menyepi. Ada lagi ke pembaca blog saya ni? Sudah 2 bulan menyepi dan saya terlalu sibuk mengupdate blog yang satu lagi. Tapi saya rindu blog saya sendiri. Jadi, kali ni saya akan membayar hutang blog saya dengan pos lama yang patutnya saya pos 2 bulan lepas. Wedding yang dinanti-nanti dan menjadi perbualan ramai orang. Siapa lagi kalau bukan wedding Aida dan Saiful. Sebaik sahaja saya selesai upload gambar wedding mereka berdua ni fi Facebook, habis gambar yang saya upload tu orang ambik dan taruk di web-web peribadi. Tapi takpe, yang penting saya sangat gembira kerana diundang ke wedding Aida ni, dapat 2 kali kad jemputan lagi. Nampak sangat wajib datang. Hahaha...

Cantik kad menghiasi meja majlis

Dewan perkahwinan yang besar dan cantik

Dewan dipenuhi dengan tetamu undangan

Majlis perkahwinan ni dilangsungkan di dewan MBPJ pada 6 Jun yang lepas. Saya dan Afiq sudah mula bertolak dari rumah sejak awal petang lagi sambil membawa hadiah istimewa untuk pengantin. Saya dan pengantin je tahu apa isi hadiahnya. Hehe... Jarang-jarang ke wedding artis, mestilah nak kena bersiap sedia dengan camera. Menjejakkan kaki saja ke dalam dewan majlis, sudah boleh mula nampak beberapa orang artis dan orang kenamaan turut memeriahkan majlis. Antara yang saya boleh ingat ialah kawan baik Aida iaitu peserta gadis melayu seperti Husna, Aisyah dan Zehra Zamri. Tidak kurang juga, beberapa orang besar seperti Dato Seri Farid Ridzuan dan beberapa menteri yang lain.

Pesilat kecil sedang bersiap sedia

Wah, banyaknya hadiah!

Saiful dan Aida ketika mula berarak ke dalam dewan

Ramainya jurukamera berebut dan ambil gambar

Antara VVIP yang duduk dikerusi hadapan sekali

Bila mula saja pengantin dibawak berarak masuk ke dalam dewan, begitu ramai jurukamera yanng berebut-rebut nak ambil gambar. Saya pun dengan berbekal kamera putih sama-sama berebut mengambil gambar juga. Ada diantaranya yang dari program NONA, Berita TV3, surat khabar dan majalah. Tetapi saya yang tidak dari mana-mana ni dengan selambanya turut berebut mengambil gambar. Biar nampak macam orang media sikit. Pasangan pengantin yang sepakat mengenakan pakaian putih sungguh kelihatan cantik dan ayu. Majlis yang begitu santai dan tenang ini begitu meriah dan terasa cepat masa berlalu. Antara yang membuat saya teruja ialah video wedding mereka. Video yang dihasilkan seolah-olah video music video lagu dengan shots dan camera angle yang sungguh cantik.

Pasangan pengantin dipelamin tersenyum


Zehra Zamri ambil gambar sendiri nampaknya

Comelnya adik Aida, dengar cakap pulak tu

Scene suap kek pulut


Saiful & Aida nampak sama cantik dan padan

Afiq dan saya sempat bergambar bersama pengantin

Majlis perkahwinan yang berakhir sekitar 11 malam ini, membuatkan saya terbayang-bayang macam mana nanti majlis saya pula. Ketika saya menulis blog ini, Afiq pula baru sahaja pulang dari berbulan madu. Wah, semua orang dah kahwin ni. InyaAllah, kalau ada jodoh nanti tak lamalah tu. Hehe

p/s : terima kasih kepad Zawin, adik Aida kerana banyak membantu. Ohyeah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...