Followers

Thursday, May 06, 2010

Talk di UiTM Kedah

Best jugak dapat naik kapal terbang ni. Maklumlah dah disponsor, jadi amik je la peluang ni. Walaupun dekat, tapi talk di UiTM Kedah kali ni menaja penerbangan saya ni. Perjalanan lebih kurang 1 jam saja kalau dibandingkan dengan memandu boleh sampai 4-5 jam. Tapi rasa macam bosanlah pulak naik flight ni. Dah la nak kena check in la, tunggu flight la.. rasa macam drive sendiri lagi senang, bebas je nak ke mana-mana. Nak merewang pun senang. huhu

Sempat juga amik gambar kapal
terbang sebelum naik

Okay, flight ni actually mendarat di Penang dan ada orang amik saya untuk ke UiTM Kedah pula. Tu pun dah makan lebih kurang 30 minit lagi. Aduh, terseksa jiwa raga. Talk saya tu sebenarnya keesokkan hari, jadi pada malamnya saya dibawa pergi makan satu gerai nasi kandar yang dikatakan sedap gila ni. Saya pun lupa nak rasa sedap gila ke tak, sebab sedar-sedar je nasi depan saya dah abis. Hmm...

Kedai Nasi Kandar sedap!

Nak makan kena beratur dulu ye

Okay, tugas sebenar saya pun bermula pada keesokan paginya. Kalau siapa perasan saya dah selalu ke UiTM untuk beri seminar atau talk tapi UiTM Kedah ini yang pertama kali. Cuba kita list jap, UiTM Segamat, UiTM Shah Alam, UiTM Perak, UiTM Terengganu dan UiTM Kedah. Erm, pengalaman di UiTM Kedah ni sudah tentunya pengalaman baru dan tidak boleh dilupakan. Walaupun bukanlah UiTM feveret saya tapi suasananya masih best. Apa agaknya yang saya cakap lama2 tu ek. Sebenarnya setiap talk tu contentsnya agak sama. Cuma yang membezakannya ialah dari segi update. Mungkin pada talk lain saya tunggu benda lain, kalau pada talk lain mungkin benda tu dah diupdate sikit. Macam tu lah lebih kurang. Selain tu, saya biasanya akan mengambil kesempatan untuk memberi hadiah ataupun goodies kepada pelajar-pelajar ni. Baikkan saya?

Suasana ketika talk diberi

Profile saya yang turut dicetak

Talk saya ni mengambil masa lebih kurang 2 jam. Saya turut diberitahu seminggu sebelum saya datang di sini, Gayour telah pun datang memberi ceramah dan sambutannya sangat menggalakkan. Kebanyakkan pelajar di sini actually tak belajar 3D sangat tapi lebih fokus kepada multimedia. Jadi pendedahan awal berkaitan 3D ni sangatlah penting dan boleh menarik minat bila nak belajar 3D pula nanti.


Sesi ceramah lebih kurang 2 jam

Sukalah tue

Nak bagi hadiah kat pelajar2 ni

Di post ni saya ingin berkongsi manakah talk yang paling best ataupun sebagainya mengikut kategori yang saya fikirkan sesuai. Mari kita lihat!

Talk Paling Lama
UiTM Segamat. Saya diminta bercakap selama 4 jam. Habis semua benda saya goreng.

Talk Paling Layanannya Best
UiTM Segamat. Saya dilayan macam pengantin. Siap ada pengiring untuk saya nak ke mana saja. Pengacara majlisnya pula, memulakan talk tu dengan pantun. Memang macam raja seharilah. Cuma yang kurangnya tak disediakan pengantin perempuan je. uhuhu

Talk Paling Jauh
UMS Labuan. Sudah tentu jauh. Siap makan angin lagi.

Talk Paling Happening
UiTM Shah Alam. Ni adalah kerana layanan dorang ni boleh tahan. Siap bagi banyak hadiah dan cawan yang ada muka2 dorang ni. Crowdnya pun boleh tahan dan sporting.

Talk Paling Berserabut
UMT Terengganu. Sebabnya talk saya ini dibuat pada awal pagi dan merupakan slot pertama program. Hall yang besar tapi hanya ada kurang 20 orang yang attend. Laptop saya pula buat hal. Lag la, hang la. Memang macam-macam problem masa tu. Haih...

Talk Paling Sempoi
FeSSTis, PKNS. Hehe, kat PKNS pun buat talk tau. Tapi ni under program FeSSTIS kiranya macam program teknologi lah. Dah cakap pun dalam shopping mall, jadi saya tukar konsep lebih kepada interaction dengan orang dalam PKNS tu. Aler, tade rupa talk pun...

Talk Paling Terkejut
UiTM Perak. Memang terkejut beruk dibuatnya. Mana taknya, sepatutnya saya datang untuk tujuan promosi iaitu membawa maskot dan bagi student bergambar, bermesra dengan pelakon suara. Sampai-sampainya dorang dah siapkan 1 hall penuh dengan pelajar multimedia dekat 300 orang lebih. Memang terus kena buat talk spontan. Terbaik.

2 comments:

  1. dasyatla abang media horizon nih. saya kagum! hee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...