Followers

Saturday, April 24, 2010

Kehangatan Suarasa Kuantan

Yay, kita kembali memblog setelah hampir sebulan menyepi. Tapi sebelum boleh meneruskan blog mengenai aktiviti yang terkini, kita kenalah membayar hutang untuk blog2 yang dah lepas. Salah satunya ialah Suarasa Kuantan ni. Bayangkanlah Suarasa Kuantan ni berlangsung bulan Mac lalu baru nak post sekarang. Rasanya dah ramai tahu yang mana Suarasa Kuantan ni merupakan Suarasa pertama untuk tahun ini dan Kuantan juga pertama kali dijadikan tempat Suarasa. Sebelum bercerita mengenai Suarasa Kuantan apa kita kita singgah di R&R Temerloh dulu untuk merasakan kenikmatan tempoyak ikan patin. Sedapnya~. Pekena dengan nasi lemak bungkus campur kopi O. Memang sedap! Tapi harga boleh tahan!.

Tempoyak Ikan Patin yang
mencengkam jiwa ragaku

Tempoyak campur Nasi Lemak,
memang terbaik

Pengalaman di Suarasa Kuantan ni yang saya pasti semua orang boleh ingat termasuklah warga kerja TV9, makcik2 jual air, jual nasi ayam ataupun yang sapu sampah ialah cuacanya yang sangat panas. Bayangkanlah dulu kami semua ni putih melepak, balik je kuantan dah macam ikan masin dah. Seingat saya semasa di Kuantan bahang panasnya sudah mula terasa seawal pukul 11 pagi lagi dan pada pukul 6 petang cuacanya masih panas dan cerah. Tapi takpe, dengan semangat Upin & Ipin kami setia menjual dan bekerja di bawah panas terik.


Tidur jap orang tak perasan kut


2 Singgit?

Di kuantan ni, kami menjalankan rutin Suarasa yang biasa seperti penampilan maskot Upin & Ipin dan juga jualan barangan Upin & Ipin. Walaupun cuaca panas, pengunjung di Kuantan yang jarang-jarang melihat Upin & Ipin ini tidak patah semangat untuk membanjiri tapak Suarasa setiap kali adanya penampilan maskot. Wow, orang di dalam maskot memang seperti di dalam sauna dan telahpun berjaya mengurangkan 5 kilo berat badannya. Wah, Bestnya!

Upin & Ipin sentiasa tersenyum
walaupun panas

Eh, comelnya adik ni

Kali ini saya akan lebih kepada berkongsi gambar-gambar gelagat ataupun aksi pengunjung di Suarasa. Kebanyakkan gambar2 ni semuanya candid dan spontan. Malas nak tulis bebanyak, kita tengok gambar aje lah ek.


Ambik gambar abang ke dik?

Adik ni nangis mak dia hilang

Nak beli topup bole?

Upin & Ipin di booth Celcom, berbaloi-baloi


Wada (Idola Kecil) muka dah penat je nampak

Wow, cantik handphone dia

Nak suruh orang amik gambar lah tue

Abang merah jambu kita
sebagai maskot tambahan

Duit seposen-seposen


Ok, selepas ini Suarasa dikabarkan akan menyinggah di Johor pula. Jadi warga Johor nantikan kemunculan Abang, eh kemunculan Upin & Ipin sudah tentunya di Suarasa Johor nanti. Jumpa di sana!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...