Followers

Wednesday, March 31, 2010

Berhibur bersama Haris and the Pembaris

Haris? Pembaris? Apa ko bondo nye ni? Ha!X5, ni lah indie band LCP yang baru ditubuhkan untuk persembahan-persembahan amal untuk function LCP. Dorang ni kesemuanya merupakan staff LCP yang pada siang harinya sangat tekun mengadap komputer. Haris, iaitu ketua kumpulan ini pada siang begitu aktif bermain dengan tablet tapi pada malam hari telah berubah rupa dan gemar memukul kayu drum. Semua sintom2 ni adalah untuk persiapan Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin. Saya taknak bercerita lanjut mengenai malam sahabat niaga kerana info2 mengenai boleh di baca di blog LCP.

Seminar pada siang hari

Sesi berkenalan dengan staff

Ada rupa sama ke? Oh, tidak!

Walaupun kejadian itu berlaku pada malam harinya, tetapi pada siang harinya sebenarnya terdapat satu lagi kejadian yang tak kurang pentingnya. Kejadian ini diberi nama SEMINAR. Iye, memang benar seminar ni telah berlaku dan dengan tidak semena-menanya sayalah pengacara majlis seminar tersebut. Dipilih 1 jam sebelum majlis, saya sememegangnya main hentam saja bercakap tanpa skrip. Dipendekkan cerita, seminar tamat dalam masa 2 jam lebih rasanya dan krew2 event bergegas pula dalam sesi raptai.

Rupanya kitaorang yang menang

Para penyambut tetamu pada malam itu


Ok, kita teruskan dengan saat-saat bermulanya majlis. Walaupun majlis ni sebenarnya bermula pukul 8 malam, tapi sudah ramai yang datang lagi awal untuk mengisi perut. Maklumlah, perut kosong tak boleh kerja pula nanti. Malam tersebut actually sangat simple dan easy. Bertemakan warna biru, setiap staff dan krew digalakkan memakai baju biru. Antara mereka-mereka yang hadir ni beralasan tade baju biru ataupun buta warna merupakan alasan tidak berbaju biru. Tapi janji ada tone2 biru sikit2 tu kira halallah.

Makan ingat orang belakang sikit ye

Dorang ni memang minum air kosong aje

Aien, Juan dan Fila

Mula-mula majlis bermula dengan ucapan dan macam-macamlah aktiviti protokol yang kena dilangsungkan. Haris and the Pembaris hanya muncul ketika sesi makan malam. Muncul dengan berkaca hitam walaupun semasa malam tidak sedikitpun mengurangkan prestasi persembahan mereka pada malam itu. Haris ketua kumpulan, selaku drummer agak malu-malu bersuara tetapi begitu bersemangat menghayun kayu drum mengikut rentak muzik. Penyanyinya pula iaitu Afiq, menyanyi dengan tenang 3 buah lagu diantaranya ialah Dara Pujaan. Afiq yang standard level seperti pemenang pertandingan karaoke dengan mudah menyapu bersih 3 buah lagu tersebut sebagai acara persembahan ketika tetamu semua sedang makan. Afiq juga sempat berinterksi dengan tetamu sambil membuat lawak-lawak spontan. Kelakarye abang Afiq ni... hihi

Razuri, lead guitar

Akmal, bass guitar

Haris, drummer

Haris and the Pembaris ketika membuat persembahan

Wah, memang terhiburlah dengan persembahan mereka ni. Lepas ni dijangkakan mereka akan membuat roadtour 1 Malaysia bermula di Zoo Negara dulu. Mungkin mereka akan menghiburkan binatang-binatang di sana dengan lagu Lion Sleep Tonight. Nanti kita akan kongsi suasana di Zoo Negara pula nanti.

Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

Dah lama tak post pasal lagu feveret. Kali ni terasa nak share lagu Sixth Sense yang bertajuk Tak Bisa Memilih. Lagu ni bukan sahaja sedap malahan lately famous melalui drama Asmaradana yang ditayangkan di TV3. Sempat jugak saya tengok ye. Cerita dia actually biasa je, tapi macam moment dia dan lagu dia membuatkan cerita dia sangat touching sungguh ..uhuuhk. Kita layan saja lirik dia..




Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

Sunday, March 28, 2010

Trip Ekspress ke Penang

Penat sungguh perjalanan saya ke Penang kali ni. Trip ke Penang dengan tujuan menghadiri wedding Jam iaitu salah seorang staff LCP pertama kali saya lalui. Saya memandu seorang diri bermula sekitar 5 pagi dari Shah Alam. Rakan-rakan LCP yang lain telah pun bergerak lebih awal dan masing-masing semasa itu sedang nyenyak tidur bersama char kuew tiau sungai dua. Saya sendiri terpaksa bergerak lewat kerana menghadiri event pada siang harinya. Dengan bersemangat waja, walaupun tak drive kereta waja akhirnya saya sampai di Penang sekitar pukul 8 pagi. Sebaik saja sampai, saya pun berkumpul bersama dengan rakan-rakan lain dan terus pergi ke kenduri Jam sekitar pada pukul 12 tengahari.

Berbaris nak gi makan nasi minyak

Bergambar lagi sebelum masuk

Lebih kurang 20 orang staff LCP memeriahkan wedding Jam ni. Oleh kerana weddingnya ni, sipi-sipi dengan cuti Chinese New Year, jadi staff LCP yang berbangsa Cina tak dapatlah join. Berkonsepkan sederhana, kami dijamu makan sebaik saja menjejakkan kaki di dalam khemah kenduri. Diberi layanan istimewa kami pula dipelawa makan di dalam rumah. Memang segan bila semua orang asyik pandang aje, dah macam VIP pula.

Meh masuk rumah Jam

Nak ayam goreng !

Sambil makan, sambil ambil gambar

Lama tak makan bersilakan

Selesai menjamu selera, ngam-ngam pengantin pun sampai. Berbaju kuning, pasangan pengantin memang nampak macam Raja. Walaupun cuaca agak panas ketika itu, tapi pengantin tetap tersenyum riang. Kenapa agaknya ye? Memang sempoi dan santai, pengantin perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Masing-masing yang nak bergambar pun mulalah berebut mengeluarkan kamera masing-masing.

Pengantin mula berarak

Semuapun ambik gambar

Ketika sesi bergambar

Jam bersama isterinya


Lebih kurang pukul 3 petang, kami masing-masingpun mulalah berangkat pulang ke Shah Alam. Nak dijadikan cerita, jalan memang sesak betul sebab ramai orang balik dari cuti CNY. Saya yang baru saja beberapa jam di Penang tadi pun terus memandu balik juga. Bercampur dengan jem akhirnya saya sampai di Shah Alam sekitar 10 malam. Itu belum ambik kira yang kereta lain sampai sekitar 12 pagi. Saya kira bernasib baik sampai awal.

Pasangan Pengantin

Ambik berkat bergambar bersama pengantin

Bergambar berasama semua staff yang hadir

Oklah, apa-apapun saya masih bersyukur kerana sempat juga melihat perkahwinan ni. Yelah, asyik miss wedding member-member je. Walaupun bersusah-susah saya datang dan hanya berapa jam saja di sana namun saya rasa puas hati kerana saya berjaya menyelitkan diri menjadi fotograpfer percuma pada hari tersebut. Ehehem, macam manalah wedding saya nanti ye agaknya... erm. Nantilah kita pikir.

Friday, March 19, 2010

Apa yang pelajar TAK patut buat!

Salam, kali ni saya terasa ingin berkongsi mengenai beberapa sikap pelajar kadang-kadang terasa angin juga. Bukanlah saya cakap semua pelajar yang berurusan dengan saya macam ni, tapi adalah segelintir yang tak berfikir panjang dan terlalu ambil mudah beberapa perkara bila berurusan dengan orang lain.

Gambar Hiasan

1. Set appointment melalui Facebook
Ye, memang betul sekarang ni semuanya pakai Facebook sajelah. Tapi cuba fikir, kalau nak hantar resume kerja pun pakai facebook kat mana pulak logiknya. Saya tak tahulah kalau ada syarikat yang memang ingin ambil pekerja melalui Facebook, tapi apa-apa punk enalah berfikiran realistic dan berfikiran logik. Sekurang-kurangnya gunakanlah emel rasmi syarikat. Tak susah pun.

2. Tak buat research
Banyak pelajar yang ditugaskan buat research untuk beberapa topik yang telah ditetapkan oleh pihak IPT. Tak salah sekiranya berminat nak buat research dan biasanya saya memang sedia membantu. Kalau pelajar tu terlalu jauh dan tak mampu nak datang pula diberi kelonggaran untuk memberi soalan research melalui emel. Ha, kat sinilah masalahnya. Bila dah beri peluang, habis semua soalan dicampak kat emel. Macam saya kena jawab semua soalan yang lecturer dia bagi pulak. Tolonglah research dulu sebelum nak hantar soalan ye. Soalan-soalan simple tak perlulah bagi.

3. Last minute appointment
Buat masa ni, perkara nilah yang saya rasa paling tidak boleh diterima. Adalah beberapa group of student ni yang ingin untuk membuat research atau interview ni merasakan ianya sangat senang dan mudah lebih-lebih lagi kalau kampusnya dekat saja dengan opis syarikat tersebut. Saya terasa ingin kongsi juga pengalaman dealing dengan student ni sebab perkara ni bukan sekali tapi dah banyak kali berlaku. Student ni call kata nak buat interview untuk topik tertentu. Saya jawablah boleh dan tiada masalah, hanya kena hantarkan surat sekurang-kurangnya seminggu awal. Dia menjawab yang dia dah tak sempat nak hantar surat dan ingin terus datang ke opis. Saya kata tak boleh macam tu, sebab bukan orang yang nak diinterview tu ada setiap masa di opis. Saya cuba beri kelonggaran sedikit dengan bertanyakan sekiranya ingin datang, ingin datang bila. Pelajar tu dengan mudahnya menjawab nak datang SEKARANG!. Adeh, cuba bagitahu di manakah rasionalnya untuk tiba-tiba datang macam tu. Nak beli makanan pun kena beratur. Bila saya menjawab tak mungkin boleh, pelajar tu dengan senang hati menjawab "oklah, TERIMA KASIH" dan meletakkan telefon. Terasa macam apa yang dia mohon pada awalnya seperti main-main. Hanya mencuba nasib. Erm, kenapalah boleh berfikir macam tu agaknya.

Saya harap pelajar-pelajar lain tidaklah berfikiran macam ni. Erm, saya rasanya ingin berkongsi perkara-perkara yang sering pelajar buat salah apabila menghantar resume untuk kerja. Rasanya ada yang minat nak baca tak? Sebab semua kesalahan ni yang akan saya kongsikan nanti rasanya takde ditulis kat mana-mana buku. Eheh, menarikan. Nantilah kalau ada masa saya akan tulis mengenai ni pula.


Saturday, March 13, 2010

Hari Keluarga Berita Harian

Nampaknya Port Dickson menjadi lokasi event pada kali ini. Bila cakap pasal PD ni kita mesti terbayang 2 benda aje ; 1- pantai 2-ikan bakar, betul tak? Event Hari Keluarga Berita Harian ni dilangsungkan di hotel baru iaitu di Permaisuri Resort. Sememangnya di sini merupakan kawasan baru, jadi boleh kata semuanya masih clean and clear lagi. Yang pasti salah satu dari dua benda tu saya gagal perolehi semasa event ni.

Nak masuk pun kenalah daftar dulu

Ok, pasal event ni pula sebenarnya merupakan Hari Keluarga untuk unit berita Berita Harian. Adalah lebih kurang 30 family rasanya yang join dan mereka semua bermalam 2 hari di sini. Sebaik saja saya menjejakkan kaki di sini dah mula nampak kesibukkan di lobby resort. Kebanyakkan kakitangan Berita Harian pada hari pertama tu baru pulang dari treasure hunt dan ramai juga yang belum pulang-pulang. Jadi dikesempatan itu, sempatlah juga saya mengisi perut dulu sebelum bekerja.

Signs untuk ke tempat makan

Aktiviti utama saya di sini adalah semata-mata untuk penampilan maskot Upin & Ipin. Tapi jangan confius, bukan saya yang pakai. Kali ni tugas saya lebih kepada pembantu maskot dan ambil gambar saje. Penampilan maskot sudah tentunya untuk menghiburkan ahli keluarga Berita Harian khususnya adik-adik kecik. Keluar lebih kurang 40 minit setiap kali penampilan membolehkan saya banyak waktu terluang. Sempat juga berjalan-jalan di tepi pantai sampai mengambil gambar scenery santai waktu petang di pantai.

Antara hidangan menu buffet

View pantai di resort

Flag yang digunakan untuk permainan pantai

Ipin pun nak join bola sepak pantai

Bergambar bersama peminat macam biasa

Dua hari saya kat sana rasanya macam dah puas berjalan di PD. Ada pengalaman pahit yang saya masih ingat lagi sampai sekarang iaitu kepayahan mencari makanan di waktu malam di PD. Dari pukul 8.30 malam cari makan last2 pukul 10mlm juga baru dapat makan. Tu pun saya belasah makan di pasar malam saja. Semua kedai kebanyakkannya tersangat penuh dan kalau tak penuh pun bahan masakan dah habis pula. Memang sungguh stress. Balik hotel main sambung main wrestling lagi baik... huhu.


Dari view handphone

Adik yang berambut stylo

Alalala..sweetnya

Adik ni lah yang saya hadiahkan keychain

Pengalaman manis pula walaupun tak berapa manis sangat ialah saya berjumpa dengan seorang peminat kecik yang sangat comel ni. Sewaktu menulis blog ni saya dah lupa nama dia. Dia terserempak dengan saya sebaik saja penampilan maskot dah selesai dan bersiap untuk balik. Dengan kecomelannya, saya tanpa berfikir panjang terus memberi keychain Upin yang tergantung di beg saya pada masa tu. Lepas bagi je tiba-tiba 3 orang kakaknya datang dan meminta benda yang sama. Saya dengan rasa bersalah terus menjawab yang saya dah tiada keychain lagi. Kakak dia tu baya dia juga ye, jangan salah faham ye. Saya pun patah balik dan minta rakan saya sekiranya mereka ada button batch sebab button batch tak mahal sangat kalau nak bagi. Saya pulak diperli dengan mencadangkan kenapa tak bagi beg sekolah ke, patung ke? Erm, mungkin saya suka sangat bagi barang-barang kat budak-budak dan tak sampai hati tengok dorang kecewa... hehe. Lepas dari tu, saya selalu spare button batch dalam beg sekiranya perlu nanti. Tapi kena ada special case lah, kalau semuanya bagi bengkok jugak nanti.


p/s : Untuk event ni gambar saya takde la pulak, sebab totally jadi tukang amik gambar




Friday, March 12, 2010

Setahun selepas Geng

Happy Birthday, happy birthday to GENG. Yay! pada 12 Feb yang lepas maka genaplah setahun filem Geng ditayangkan di pawagam. Memang macam rasa baru je filem tu ditayangkan. Masih teringat lagi saat-saat seronok semasa promosi filem Geng ni dipawagam dulu. Dari Selatan hinggalah ke Utara saya pergi semata-mata ingin lihat filem Geng ini mendapat tempat di hati peminat. Jadi, sempena dengan memperingati hari itu, kami satu opis meraikan dan yang pasti ada makan-makan. Tak makan tak best lah.

Kek Geng (Sedapnya... nyum, nyum)

Kek ni semua saya punya

Memang sporting betullah dorang ni. Pada tarikh yang dah dijanjikan, semua staff kena pakai baju Geng bewarna hitam tu. Sebab ni sajalah baju rasmi yang kami ada masa dulu. Masing-masing kenalah selongkar balik almari nak cari baju ni. Percaya tak saya ada sekurang-kurangnya 15 helai baju Geng serta Upin & Ipin yang saya beli sepanjang tahun ni. Yelah, sebab saya selalu keluar ke eventkan. Takkan asyik pakai baju sama.

3 Dara pinggitan; Nurul, Nad dan Cima

Yuki antara senior yang bekerja
bersama saya sejak mula hasilkan Geng

Nell, Afiq dan Zaid

Oklah kita bercakap pasal menu makanannya pula. Kali ni memang antara menu terbaiklah. Segala jenis menu ada. Dari satay, kek, pizza, nasi ayam, donut, pendek kata macam-macamlah ada. Tapi di atas faktor kesihatan... hehe saya tak makan pun. Anyway, saya enjoy tengok semua orang makan dan saya ambil gambar dorang.


Antara menu makanan yang ada

Donut pun ada juga

Disamping itu, masing-masing diberi ruang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing semasa menghasilkan filem Geng dulu. Memang bukan semua yang masih ada sempat berkhidmat untuk filem Geng jadi dikesempatan inilah segala pengalaman dikongsi bersama. Rasa syukur bercampur syahdu mengenangkan ramai juga yang telah kecundang semasa menghasilkan filem Geng dulu. Namun, ramai juga yang berkobar-kobar untuk memulakan produksi filem ke 2 tidak lama lagi. InsyaAllah filem ke 2 nanti akan dihasilkan dengan lebih baik dan berkualiti.

Kak Ina dan Kak Izan aka Mak Dara

Faren, Saya dan Nurul bergambar
dengan replika filem reel Geng


Beramai-ramai bergambar kenangan

Adam, walaupun tak sempat menyumbang semasa filem Geng, tapi
berhasrat untuk membuat yang terbaik untuk filem ke dua nanti


Faiz antara orang kuat di dalam
pembikanan filem Geng


Kalau dikenang semula sebenarnya dalam tempoh setahun ini terlalu banyak perkara yang sudah berlaku. Dalam tempoh ni nilai persahabatan dan kesetiaan diuji dengan hebatnya. Hasilnya sesuatu yang sangat susah nak diterima pada peringkat awal. Tapi saya yakin itulah asam garam kehidupan. Saya masih meneruskan perjuangan yang mulakan. Diharapkan semua pengalaman itu dapat mendewasakan saya lagi selepas ini.


p/s : Tak sabar rasanya nak siapkan filem ke-2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...