Followers

Wednesday, February 03, 2010

Terbang ke UMS, Labuan

Yes, mari kita terbang-terbang. Dah lama teringin nak ke Labuan. Walaupun, orang kata Labuan tu pulau kecik aje dan tade apa2 tapi macam saya tak penah pergi teringinlah nak tengok negeri orang. Kalau disemenanjung ni macam dah selalu pergi. Actually, saya ke UMS, Labuan ni ialah di atas jemputan untuk mengadakan ceramah animasi kepada pelajar tahun akhir di sini. Tak pernah saya bagi talk sampai kena naik fight sejauh begini. Tapi dah rezeki dan tanggungjawab. Sambil bagi talk dah macam ala-ala bercuti la jugak.

Pemandangan semasa pergi dari dalam Air Asia

Landmark Dataran Labuan

Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki di Labuan perkara pertama yang saya perasan ialah cara hidup mereka kat sini agak lebih santai dan rileks. Kat sini akan cerah dan gelap lebih awal. Macam pukul 6pm tu dah mula gelap dan 7pm dah macam pukul 8 malam. Totally dah gelap. Kat sini jugak dorang tutup kedai agak awal. Macam pukul 5 lebih ataupun 6 tu semua kedai dah mula tutup. Mengikut orang kat sini dorang memang lebih gemar berehat di rumah pada malam hari ataupun kalau hari minggu tu buat barbeque di tepi pantai.

Hotel yang saya duduki

Financial Park yang terletak betul2 dihadapan hotel

Pemandangan dari luar jeti feri ke Kota Kinabalu

Hampir 3 hari saya di sini sememangnya banyak menikmati permandangan indah tepi pantai. Suasananya santai sangat dan tidak padat dengan orang. Tak seperti kalau kita ke Port Dickson ataupun tempat lain. Saya boleh mengambil gambar dari tepi pantai sambil melalui jambatan konkrit yang menghala jauh dari persisiran pantai tanpa diganggu atau dimarah oleh orang lain. Airnya yang agak dalam membolehkan banyak kapal-kapal berlabuh hampir dengan pantai. Jadi viewnya sangatlah cantik dan menenangkan.

Boat2 yang berlabuh di tepi pantai

Kapal-kapal besar yang berlabuh tak jauh dari pantai

Pemandangan pantai yang merilekkan

Oklah, kita cerita pasal talk tu pulak. Talk tu sebenarnya sehari aje. Tu pun sebelah pagi dalam tempoh 2 jam. Saya diminta untuk memberi talk pasal animasi kepada pelajar2 multimedia. Dorang semua ni memang belajar animasi tetapi hanya secara ringkas aje. Pada hari tu saya rasa lebih kurang 70 hingga 80 pelajar yang join talk saya. Secara keseluruhannya saya amat suka bagi talk pada hari tersebut kerana saya yakin dorang pun tak lah rasa stress sangat sebab apa yang sangat cakapkan pun kebanyakkannya berkaitan dengan kartun dan apa yang mereka minat. Alhamdullilah, dari dorang ni malu2 sampai la last2 ramai juga yang bertanyakan soalan. Mengikut pensyarah dorang ni, kebanyakkan pelajar agak kurang pendedahan dan banyak bergantung dengan material dari pensyarah saje. Standard la tu, masa kita belajar pun macam tu jugak dulu.

Semasa tengah banyak cakap

Antara pelajar2 yang sudi dengar suara saya

Barisan pensyarah untuk subjek ni (ataupun yg ada kaitan).
Erm, semuanya perempuan kan..


Lega dah abis talk

Saya rasa nak ikutkan sekarang macam saya dah agak banyak beri talk dalam tempoh setahun ini. Lebih dari 10 rasanya. Tapi yang memberi kepuasan semasa memberi talk ni ialah kalau semua yang mendengar apa yang kita cakap tu bagi positive respon macam tanya soalan ataupun lain2 jenis interaksi. Selain tu jugak saya rasa seronok bila sehari dua sampai di Shah Alam saya menerima lebih dari 10 permohonan dari pelajar2 UMS, Labuan ni yang nak praktikal di Les' Copaque. Maknanya dorang sangat teruja dengan apa yang saya dah sampaikan dan macam matlamat saya ke sana seolah-olah dah tercapai. Hehe. Tapi dorang semua ni dapat ke tak praktikal tu saya tak boleh la pulak nak janji sebab bukan saya yang decide.

Bye2 Labuan... Im gonna miss youuu

Keessokkan harinya saya pun terbang semula ke LCCT dan tamatlah cerita saya di Labuan. Tapi yang lebih membakar semangat lagi ialah, bila beberapa orang pensyarah kat situ juga amat teruja dengan apa yang disampaikan sehingga ingin menjemput sekali lagi saya ke sana. Kali ini mereka inginkan saya mengajar lebih terperinci beberapa segment di dalam animasi. Macam menarik aje. Sempat juga pada malam terakhir tu saya dibelanja makan seafood di tepi pantai oleh beberapa orang pensyarah USM. Memang best makan seafood kat sana. Ok, Labuan.. jumpa lagi!



p/s : saya macam berhajat nak pos hadiah Upin & Ipin kat pensyarah2 yang tolong saya di UMS. tapi saya ni suka tangguh2. Nanti saya buatlah. Ha, tengok tangguh lagi. Ok, pastikan bulan ni hantar....

3 comments:

  1. sir, pensyrah ums ke usm yg blnja? :)

    ReplyDelete
  2. Great Blog..!!!! Keep Blogging.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...