Followers

Sunday, February 14, 2010

Ryoka~

Ryoka

Yeah, kali ni cerita pasal kucing ke 3 yang saya bela di rumah. Kucing ni actually bukanlah totally persian.. dia ni mix persian. Saya tak bela kucing ni dari kecik tapi saya beli semasa umur dia 2 bulan. Saya pun taktau kenapa saya beli kucing ni, mungkin sebab nak ada baka kucing persian lepas2 ni, so saya cuba aje la. Lagipun dia comel sangat neh. Ohya, namanya Ryoka. Nama macam orang Jepunkan. Actually Ryoka ni kucing jantan dan pada masa yang sama adik beradik dia iaitu kucing betina dibeli oleh kawan saya. Jadi kitaorang nak kasik nama yang sama ala-ala kembar gitu... jadi berilah nama Ryoka (kucing saya) dan Ryoko (kucing dia).

Ryoka lagi

Ryoka ni sangatlah penakut dan awal2 tu susah jugak nak biasanya diri kat rumah. Tambahan pula dah ada 2 ekor kucing kat rumah tu, jadi tambahlah lagi takut dia tu. Tapi lama2 tu nampak macam dah ok dan by now dorang semua dah berkawan. Takde gaduh2. Ryoka ni nampak comel dan berbulu lebat. Tapi perangai2 yang biasa sebagai kucing persian tu standard la masih ada. Mungkin saya tak bela dia dari kecik, jadi dia kurang penyayang skit bila dicompare dengan Simba dan Kimba.

Ryoka main-main

Ryoka dah biasa dengan environment

Ryoko suka dibelai

Tapi yang bagus pasal Ryoka ni dia suka dibelai. Kalau belai2 dia tu, mula nak nak berguling2 dia dibuatnya. Masa mula2 dia start untuk aktif tu, pelik juga dia suka lari ke sana ke sini sampai kadang-kadang terlanggar kerusi dan dinding. Ermm... .tak tau la kenapa. Tapi sekrang bila semuanya dah jadi member, memang legalah rasanya. Suka betul dorang main2 sama dorang. Tu la, rasanya better bela kucing 2-3 ekor dari bela seekor je. Atleast kucing tu ada lah juga member.


p/s : lepas2 ni saya akan ambil lagi gambar kucing2 ni in action...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...