Followers

Monday, February 01, 2010

Pencarian Pentax K-X

Wow, tiba-tiba rasa sangat berminat dan amat teruja dengan camera DSLR model baru keluar PENTAX. Ha? PENTAX tu apa? Mungkin yang biasa dengar nama-nama seperti Canon dan Nikon dipasaran. Tapi saya pula berkenan dengan sesuatu yang agak berbeza sikit. Pentax kalau di Malaysia ni memanglah agak sudah nak dijumpai kerana kurangnya permintaan berbeza dengan di negara US mahupun Jepun. Lebih - lebih lagi Pentax mengeluarkan model baru Pentax K-X sekali gus menjadi DSLR pertama yang menggunakan konsep berwarna-warni seperti gambar di bawah. Cantik kan?

Pentax K-X (Gambar hasil Google)

Saya yang juga sudah lama berhasrat nak membeli DSLR sudah jatuh cinta dengan K-X ni walaupun untuk sekian lama saya memakai wallpaper Nikon D90 di desktop komputer saya dengan harapan saya dapat memilikinya satu hari nanti. Saya pun berjanji dengan rakan baru Pentax saya untuk bersama-sama mencari Pentax yang telah membuat saya tak boleh tidur malam neh.

Saya memulakan percarian di area Dataran Sunway, sebuah kedai camera DSLR Pentax. DSC World nama kedainya kalau tak salah. Tapi memang malang, kerana kedai tu rupanya tutup hari minggu. Jadi dengan nekadnya saya bersama rakan Pentax saya menukar arah ke area KL iaitu di Times Square. Campur dengan traffic jam dan takde parking akhirnya sampailah jugak di Times Square sekitar pukul 5 lebih. Jumpalah sebuah kedai DSLR namun harga yang ditawarkan pada mulanya agak mahal dan saya masih ingin melihat pilihan ditempat lain.
Mencari di Times Square


Waktu petang dan traffic jem

Suasana di Times Square yang meriah
dengan sambutan CNY

Jadi, saya pun ke Sungai Wang dan seterusnya ke Plaza Low Yat. Dipendekkan cerita memang tiada langsung ataupun kurang kedai yang menjual camera Pentax. Reasonnya kerana tiada permintaan. Tapi takpelah, kerana saya memang bernekad nak beli juga Pentax K-X neh. Jadi selepas lebih 1 jam saya berlegar-legar mencari camera akhirnya saya ke Times Square balik untuk mendapatkan camera yang mula-mula memang saya dah jumpa.

Semasa di Plaza Low Yat. Masih tiada camera Pentax

Sedeynya tiada juga di sini

Ok, di sini saya jumpa K-X bewarna putih. Saya memang memasang niat nak beli yang bewarna putih ni jugak sebenarnya. Untuk pengetahuan pembaca blog ni, walaupun banyak warna yang ditunjukkan seperti gambar di atas sekali namun kat Malaysia hanya ada 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, merah dan navy blue. Kalaulah ada warna oren, sure saya dah pilih warna oren. Tapi warna putih pun smart jugak. Saya tak kisah dan tak takut kotor. Kenalah jaga.

Yay, inilah dia camera DLSR Pentax K-X White

Pentax K-X White di dalam cermin kaca

Pentax K-X White

Kasik gua talok ini plastic dulu wor

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Kelebihan Pentax K-X ni apa? Hanya sebab ada warna saje kah saya beli? Jawapannya tidak. Saya dah buat pembandingan dan research terlebih dahulu dan di atas banyak sebab barulah saya memilih camera ni. Sebab- sebab dan review terperinci mengenai camera ni akan saya tulis selepas ni sekiranya saya ada masa. Tapi sebelum tu, saya tinggalkan gambar Pentax K-S Limited Edition yang bewarna-warni ni.

Pentax K-X Limited Edition

p/s : siapa rakan-rakan camera yang tau di mana boleh dapatkan beg camera yang cantik?

10 comments:

  1. Anonymous8:07 PM

    merah lagi cun...
    by u know who

    ReplyDelete
  2. cayalah bro... saya pon pakai pentax... tapi model lama

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:39 PM

    salam bro.

    saya pun tgh survey beginner dslr. setakat ni paling best pentax k-x. brp dpt kat times square?

    ReplyDelete
  4. arepitt.. oo yeke. baru nak berjinak2 aje

    anonymous, kat BTS dalam RM2200

    ReplyDelete
  5. murah tu. saya tgk kat subang jaya dlm rm2450. ape dia kasi skali ek?ape nama kedai tu? nak angkat gak nih.smlm tak leh masuk google jadi anonymous. nama saya wan.

    ReplyDelete
  6. tuan rumah bz la nih. nak tanye nama kedai la...

    ReplyDelete
  7. mau tanya berjaya tiome square apa shop????

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:22 AM

    salam, pentax k-x white memang cunn.. serius nk beli..times square shop mane bro..ape pakej dia siap bg dgn RM2200? :)

    ReplyDelete
  9. hye2..tQaH pun baru tau jenama Pentax ini..semalam baru dapat camera K-X. seronok..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...