Followers

Friday, February 05, 2010

Green Day V2

Theme cloth datang lagi. Sebenarnya tiap-tiap minggu ada je theme cloth neh. Baju macam-macam kaler dan corak. Cuma saya je yang dah lama tak join. Pejam celik rupanya dah sampai turn warna hijau balik. Jadi buat kali kedua kami memakai baju hijau bersama-sama sempena menyokong selamatkan bumi dan kekalkan bumi dengan pokok hijau. hehe... Semangat betul!

Ikmal konon-konon baju hijau le tuh

Ida, Yuki, Fila dan Aien dah tak sabar nak bergambar

Kura-kura ni pun nak ambik gambar, kata Aien

Oho, saya pun sempat berbaju hijau
walaupun bukan feveret kaler sangat

Walaupun tak ramai sangat yang berjaya dikumpulkan, tapi jadilah untuk menerapkan semangat kehijauan di dalam office. Ada juga orang yang tak berapa hijau turut menyibuk untuk join team hijau ni. Takpelah, kasi peluang sekali sekala. Minggu depan baju kaler apa pulak ek. Kita tunggu je la.

Bersama dengan semua orang hijau dan tak berapa hijau

Camera owner, K-X Red is Awei and K-X White is me

1 comment:

  1. Minggu ni Hong TONG TONG aaaa!! MERAH it is!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...