Followers

Saturday, February 13, 2010

Close Up at Pentax K-X White

Pada hari saya menulis post ni dah hampir 3 minggu saya pakai Pentax K-X White ni. Sikit pun saya tade rasa menyesal malahan ada je benda yang saya nak cuba setiap hari. Sebelum ni saya ada cerita kenapa saya decide nak beli camera model ni, sedangkan lagi banyak model lain yang lagi terkenal macam Nikon ataupun Canon. Sebenarnya Pentax ni sangat terkenal di US dan Japan berbanding Malaysia. Selain sebab utama camera DSLR ini bewarna putih sebab-sebab lain ialah spesifikasi camera ni hampir sama dan pada beberapa kriteria yang lain pula lebih baik dari camera yang seangkatan dengannya.

Pentax K-X White

Antara pilihan menu yang ada di K-X ni

12.4 Megapixel
Ye, dengan 12.4 megapixel akan memastikan gambar kita sentiasa sharp dan cantik. Camera ni juga memberi option ISO dari range ISO 100 sehingga ISO 12800 yang mana lebih jauh rangenya jika dibandingkan dengan camera lain.

Video Features

Camera ni ada features video sama seperti camera idaman saya sebelum ini iaitu Nikon D90. Mampu merekod video bersaiz HD (1280 X 720). Duration videonya pula bergantung kepada memori yang kita letak dalam camera ni. Macam saya dah setkan 8GB high speed memory.

Live View
Camera ni juga ada features Live View yang juga sama seperti Nikon D90. Live View maksudnya kita boleh ambil gambar tanpa melihat melalui view finder, hanya lihat di LCD screen. Mengikut website, Live View ni boleh detect sehingga 16 muka orang dan mengsharpkan wajah muka2 orang ni.

Toy Camera Mode
Walaupun bukanlah sebab utama, tetapi bermain dengan toy camera mode kadang-kala menarik juga. Toy Camera mode ni macam filter-filter yang telah disetkan untuk diapply kepada gambar. Ada macam-macam filter yang kebanyakkannya seronok digunakan. Cross Processing mode juga merupakan salah satu elemen yang menarik. Hampir sama konsepnya iaitu filter warna yang diapplykan tetapi ianya boleh diletakkan sebagai shortcut di shortcut button.

Kimba yang diambil gambar direct mengunakan
Cross Processing Mode


Rupa dari bahagian belakang camera

Ada banyak lagi features yang ada tetapi cukuplah sampai di sini kerana saya takmau bercerita terlalu teknikal. Tapi tak dinafikan ada juga kelemahan pada camera ini seperti ianya mengunakan bateri AA sahaja. Ada orang suka dan ada orang tak suka.

Dalam tempoh 3 minggu ni saja sekurang-kurangnya ada 2-3 cerita menarik yang berlaku disepanjang saya mengambil gambar dengan camera putih ni. Antaranya ialah orang kedai camera yg lain amat teruja bila berjumpa camera saya ni. Stock model ni tiada di kedai mereka jadi ni merupakan pertama kali dorang lihat. Bukan saja lihat siap gosok2 lagi. Bila ambil gambar pula, dari jauh lagi orang dah mula tengok sebab pelik dengan camera yang berwarna putih macam ni. Menarik kan?.. eheh



p/s: lepas ni saya akan tunjukkan item terbaru bagi camera saya pula


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...