Followers

Friday, February 12, 2010

Berpesta di Alamanda

Takdela pesta sangat sebenarnya, sekadar saya ingin berkongso kemeriahkan event di Alamanda yang lebih kepada pelancaran kiosk Upin & Ipin di sini. Saya yang konon-kononnya datang untuk memeriahkan event ni dengan sekaligus dijemput menjadi emcee ala-ala DJ. Maklum saje la eventnya pun di shooping mall, jadi cakap pun kenalah macam ala-ala DJ shooping mall. Bermula pukul 2 tengahari, sayalah orang yang terpacak sorang-sorang di tengah-tengah center court Alamanda memanggil orang ramai untuk datang. Center court tu dah lahb besar, jadi agak sukar nak memenuhkan ruang tu memandangkan crowd pun takde lah begitu ramai.

Deco CNY di Alamanda

Semua meh sini meh...

Acara pembukaan dah tentulah maskot Upin & Ipin. Didatangkan sekali dangan Mei Mei dan Rajoo, dengan magiknya tiba-tiba hadapan saya penuh dengan orang. Nak ikutkan ni kali ke 3 maskot Upin & Ipin turun ke Alamanda. Saya suka berevent di Alamanda ni mungkin sebab dulu saya selalu ke Alamanda masa jadi student di MMU dulu. Kalau kena dengan timingnya, memang event di Alamanda ni ramai orang.

Kemunculan semua maskot termasuklah
yang tengah betulkan backdrop tu


Antara aktiviti permainan yang dianjurkan

Abang cameraman pun bertugas jugak

Kali ni saya digandingkan dengan Afiq. Bila kami bergabung saja, kombinasi ini dipanggil "Abang di 9". Ia agak berbeza dengan rancangan "Adik di 9" kerana hanya abang-abang sahaja yang akan mengendalikan segment ni. Menarik bukan. Macam-macam games yang kitaorang buat sebenarnya sehingga riuh jugak center court tu sekejap. Antara gamesnya macam musical chair, kuiz², menari bersama maskot, pertandingan mewarna dan macam-macam lagilah. Dari pukul 2 sampailah pukul 5petang, Alamanda memberi ruang untuk kitorang berpesta di situ.

Ada jugak aktiviti interaksi bersama peminat

Ni pulak semasa game musical chair

Yea, DJ yang sedang mendapat perhatian media²

Sebenarnya event ni berlangsung pada hari Cuti Wilayah. Jadi ramailah jugak orang walaupun sebenarnya hari tu ialah hari Isnin. Overall boleh tahanlah event ni, tapi mungkin kalau ramai lagi sikit lagi best rasanya. Tapi takpe, yang penting sapa yang datang haritu memang terhibur dengan gelagat Upin & Ipin hari tu. Aturcara yang lain di sini samalah seperti rutin biasa saya buat semasa di event lain. Selepas ni saya ingin berkongsi cerita mengenai camera putih saya tu pulak... ehhe

Cantik ni adik ni warna. Cuma merah sikit je

Tak dapat dengan maskot, dengan kertas pun jadilah ek

Upin & Ipin pun nak jalan2 kat Alamanda sekejap

p/s : Saya suka pegi Alamanda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...