Followers

Monday, February 01, 2010

Berendam di Sungai Gabai

Hasil perancangan yang ringkas dan tekad akhirnya pada satu minggu yang telah dijanjikan saya bersama beberapa orang rakan sejati yang merajinkan diri untuk mandi bersama-sama di Sungai Gabai. Dengan masing-masing yang tak mandi pagi lagi pun awal-awal pagi lagi sudah mula memandu ke arah Hulu Langat. Seramai 8 orang yang berdedikasi dan berhasrat murni untuk menyertai aktiviti basah bersama-sama ini.

Hasan dan Nell di hadapan pintu
gerbang Sungai Gabai


Kena berjalan jauh untuk ke air terjun

Dah nampak sikit air terjunnya

Saya nak ikutkan pada awalnya tidaklah begitu teruja dengan aktiviti berkonsepkan air ni. Bukan apa cuma malas la nak basah-basah ni. Mula menjejakkan kaki di bawah Sungai Gabai ni memerlukan kami memaksakan diri untuk memanjat beratus anak tangga untuk sampai ke port yang cantik sikit. Walaupun tinggi, tapi ada beberapa perhentian ala-ala kawasan rehat yang sambil berehat bolehlah bergambar. Kat sini memang permandangan air terjunnya sangat cantik dan nyaman. Mungkin orang cakap ditempat lain ada lagi cantik, tapi bagi saya yang jarang-jarang ke area macam ni dah kira cantik sangatlah.

Tingginya nak panjat

Banyaknya anak tangga

Bergambar sebentar di kawasan rehat

Hai, jatuh lubang pulak

Kebanyakkan tempat rehat dan jalan yang disediakanpun ada jugalah yang rosak-rosak sikit. Jadi kenalah extra fokus supaya takde yang cedera. Jadi bila dah sampai atas tu, masing-masingpun berkubanglah. Airnya tak dalam sangat. Cukuplah bagi basah-basah sikit. Saya pun bukan reti berenang... hehe. Air terjunnya juga bagi saya sangatlah best dan menyejukkan. Lebih kurang beberapa jam di sana pelbagai aktiviti air yang sempat dilakukan termasuklah makan nasi lemak Nurul di dalam air. Memang sedap dan nikmat nasi lemak yang sebegini.

Gambar dalam air sudah!

Model majalah mangga dalam air

Di air terjun yang sejuk

Uish, ada species baru neh

Lepas sejuk-sejuk makan nasi lemak
dalam air pun sodap neh

Hampir tengahari baru kami mula berangkat balik. Secara ringkasnya walaupun aktiviti ni nampak macam biasa saja, tapi buat kami-kami ni yang dah lama tak menikmat kehijauan hutan dan kesejukan air terjun memanglah terasa nikmatnya. InsyaAllah selepas ini kami merancang ke sungai-sungai yang lain pula. Mungkin Sungai Wang ataupun Sungai Besi. InsyaAllah nantikan aje lah.

Semua yang join aktiviti
berendam di Sungai Gabai

Bye2 Sungai Gabai

Penambahan sedikit sebelum saya menutup entry ni. Semasa dalam perjalan balik mungkin dah masing-masing sejuk sangat dan mengidam pulak durian. Jadi mencarilah mana-mana gerai durian setakat melepaskan nak rasa durian. Akhirnya berhentilah sekejap di gerai buah tepi jalan ni. Bolehlah walaupun ada isi yang tak sedap sangat. Terima kasih ye Abang buah kerana melayan karenah kami yang nak macam-macam ni. Nasib baik tade sapa-sapa yang demam akibat makan durian ni.

Terserempak di gerai durian tepi jalan

Wow, sedap durian neh. Isinya kuning betul.

Makan durian di tepi jalan di tengah panas


P/s : Seronok saya ke Labuan baru-baru ni. Nanti saya akan postkan mengenainya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...