Followers

Friday, January 29, 2010

Jalan² di Taiping (Bahagian 2)

Sambungan Bahagian ke 2 Jalan² di Taiping ni sebenarnya lebih kepada memfokus kepada aktiviti jalan-jalan di Zoo Taiping. Lepas je selesai dari kenduri kawin tu, fikir punya fikir apa salahnya jumpa member-member lama di Zoo Taiping ni. Zoo yang saya pernah pergi pun hanyalah Zoo Negara dan Zoo Melaka. Kat sini kami hanya mengambil masa yang singat untuk ronda-ronda. Sambil naik kereta api yang disediakan tu, kurang 1 jam dah selesai tawaf 1 Zoo ni.

Singgah di Zoo Taiping

Malas nak jalan kaki, naik kete je

Naik kete pun boleh amik gambar jugak apa

Actually kat sini boleh kata banyaklah juga binatang cuma mungkin saya kurang teruja sikit bila tengok binatang-binatang ni. Satu, mungkin sebab tak cukup masa nak tengok betul-betul binatang yang ada kat situ dan keduanya mungkin sebab tade binatang yang luar biasa sikit macam buaya putih ataupun buaya tembaga, takpun buaya darat. Aktiviti di Zoo ni habis awal dan seterusnya kami memenuhikan memori kamera dengan bergambar di tepi tasik.

Kura-kura

Burung Kakak Tua yang taklah berapa tua

Pemandangan tepi tasik ni memanglah sangat cantik. Ranting dari pokok-pokok tua ni membentuk landscape yang sangat menarik dan unik. Sekali pandang pemandangan ni seolah-olah dalam cerita Sepi. Mungkin dorang memang shoot kat sini agaknya. Kami yang sememangnya photogenik ni amat sesuai dijadikan model untuk pemandangan di sini. Sejuk mata memandang~.

Wow, parking penuh la pula

Wah! cantiknya tasik ni

Apalah dorang dua buat kat tepi jalan neh

Syazwan, Book, Cima dan Nurul bergambar sakan

Pokok ni macam dalam cerita Sepi

Dorang memang selalu gaduh camni.
Campak dalam tasik baru tahu

Mana satu hensem agaknya?

Macam tulah. Sambil bekerja alang-alang tu kita round satu Malaysia. Kira cuti-cuti Malaysialah nih. Baru tak stress kerja.

p/s : lepas ni kalau tade event, mungkin nak pergi bercuti satu Malaysia. Teringin nak ke Sarawak pula lah.

Thursday, January 28, 2010

Simba dan Kimba

Yes, akhirnya post yang dinanti-nantikan oleh pengikut blog saya termasuklah tuan-tuan kepada kucing-kucing diseluruh Malaysia siap juga. Post ni ialah mengenai adik beradik kucing yang sememangnya saya bela dari kecik lagi. Kalau nak ikut kan dah banyak jugaklah saya perabis semata-mata kucing kesayangan nih. Tapi saya tak kisah sebab apa? Sebab saya suka.

Oklah apa kata kita kenali kucing-kucing ni secara lebih dekat lagi. Yang oren ni nama nya Simba atau nama manjanya Sim sahaja. Walaupun kucing ni macam dah biasa tengok, yelah kucing standard Malaysiakan. Tapi saya yakin, satu hari nanti dia akan berjaya menggemukkan diri kerana sifat-sifat positif yang telah diterapkan dari kecil lagi. Simba ni tahu makan saja dan sangat penakut. Bukan sahaja penakut Simba juga antara yang boleh dikatakan pemalas sikit. Kalau lepas dia ke toilet memang dialah yang paling malas nak kambuskan hasil pembuangan tosik2 itu tadi. Ish2.. ikut sapa la ni.

Simba

Simba in action

Simba, makan je tau neh

Simba ni juga sebenarnya sangat rimas bila memakai colar loceng tu. Dia hanya bersetuju untuk memakai colar ni semasa sesi photoshoot ni sahaja. Ohya terlupa pula, Simba ni seekor kucing jantan ye. Jadi, begitulah ceritanya. Berkat usaha Simba selama ini beratnya dah melebihi dari kucing-kucing yang sama dengan umurnya. Ok, seterusnya kita tengok apa cerita Kimba. Kucing yang pernah saya postkan sebelum ini di blog ni iaitu Kimba ni pula ialah kucing betina.

Ramai tuan-tuan kucing lain yang ingin menjadikan Kimba ni sebagai menantu. Tapi saya perlulah melihat dahulu kriteria kucing-kucing yang ingin dijodohkan itu kerana Kimba ni pemalu sikit kucingnya. Kimba ni sangat manja dengan saya. Kimbalah yang dulu selalu kejut saya waktu pagi dan telah berjanji tidak akan terkucil di ruang tamu. Sesuatu yang menarik mengenai Kimba ini ialah warna bulunya yang cantik. Kimba ni sangat bersih dan mengutamakan kebersihan diri yang optimum. Jadi kucing-kucing jantan lain tu, kenalah cermin diri dulu.

Kimba

Kimba in action

Kimba ni pula memang sangat baik dan dengar cakap. Macam tuan dia. Kimba ni juga pantang tengok camera. Pun macam tuan dia jugak. Pendek kata, Kimba ni macam Gadis Melayu versi kucing betinalah. Serba serbi lengkap. Makan frieskis pun tak berbunyi. Tertib je. Kedua-dua kucing ni Simba & Kimba sudah semestinya adik beradik satu mak. Sebenarnya warna Kimba lebih mengikut dari warna maknya. Dorang dua ekor ni sekarang ni sudah berumur lebih kurang 5 bulan. Dah besor dah pun.

Kimba landing baik macam kat pantai ye

Original pose dari Simba dan Kimba

Oleh kerana saya jarang berada di rumah, jadi dorang kenalah stay di dalam banglo 3 tingkat sementara. Mula-mulatu susah jugak nak train dorang duduk dalam ni. Tapi lama-lama tu dorang sudah redha dengan apa yang tuannya lakukan. Macam tulah. Dorang pun macam dah chop tempat masing-masing. Jadi tak lah kalut sangat. Untuk cage sebenarnya sahaja costnya lebih kurang RM300. Nak jaga kucingpun macam nak jaga anak juga. Ni bulan depan nak kena pegi klinik cucuk vaksin. Macam-macamlah.

Sangkar 3 tingkat Simba dan Kimba

Kimba minum air melalui botol yang disediakan

Botol air kucing

Oklah, lepas ni tak sabar nak reveal seekor lagi kucing kesayangan saya yang bernama Ryoka. Kucing ni baka lain dari Kimba dan Simba ni. Nak tahu nanti tunggu ye.

Jalan² di Taiping (Bahagian 1)

Salam 1Malaysia. Alhamdullilah setelah agak lama tak berkesempatan update blog di atas faktor-faktor tak cukup masa bercampur dengan unsur-unsur M yang kuat akhirnya berjaya juga update untuk acara kali ini. Kali ni saya bekesempatan pula ke Taman Tasik Taiping yang berdekatan saja dengan Zoo Taiping. Memang tidak sah lagi, bila sebut pasal Taiping saja memang Zoo Taipinglah yang terus terpampang dalam kepala otak masing-masing. Event yang saya sendiri dah lupa apa nama dia ni, sebenarnya tidaklah begitu mendapat sambutan. Mungkin di atas faktor-faktor cuaca, masa dan kurangnya promosi. Tapi takpe, yang penting kami masih turun dengan semangat waja untuk memeriahkan event ni.

Aktiviti jualan seperti biasa

Booth besar ditengah-tengah padang rumput

Hujan beberapa kali dicampur dengan kekurangan orang sememangnya menyebabkan saya membuat aktiviti lain untuk mengurangkan rasa bosan. Dari bergambar menunjuk seluar baru sehinggalah aktiviti menangkap pepatung. Semuanya dilakukan untuk memenuhi masa yang terluang. Bila masa untuk penampilan maskot barulah saya teruja seketika untuk menjalankan tugas. Walaupun pada awalnya kurang dari 5 orang berdiri dihadapan saya sebelum nak keluarkan maskot, tetapi bila maskot keluar saja dengan magiknya jumlah itu bertambah dengan agak drastik. Tak tahu pula dari mana asalnya. Tetapi secara kasarnya event ini selesai dengan cepat dan simple sahaja.

Memenuhi rasa bosan

Maskot Upin & Ipin dibawa keluar

Maskot bersama peminat

Walaupun event dah selesai tapi kami semua masih belum berhajat untuk pulang kerana masih diberi penginapan semalaman lagi di Taiping. Jadi untuk melonggarkan urat2 tetak dengan spontannya kami semua ke pusat kelas vocal. Yelah, kena balancekan jugak dengan kerja. Biasanya buat persembahan di Shah Alam aje kan, sekali sekala di Taiping memang terhibur warga Taiping nih. Rate kat sini boleh tahan murahnya juga. Kalau masing-masing dah buat persembahan tu memang tak ingat dunia. Boleh kalahkan apatuh? Gangstar. Yelah, tapi apa2 pun keesokkan hari masih ada aktiviti yang bakal menanti. Jadi kenalah balik awal.

Suasana senja di Taman Tasik Taiping

Nyanyi lagu berkumpulan.. eheh

Artis kami Stacy

Memang secara kebetulan pada keesokkan harinya tu ialah hari wedding salah seorang abang/kakak kepada krew yang ke Taiping. Wedding yang juga berdekatan dengan Taiping ni takkanlah tak pergi sebab orang dah jemput. Lagipun orang kata rezeki jangan ditolak, jodoh jangan tak cari. Tapi rasa segan pula, sebab sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam ruang kenduri kahwin ni... ketibaan kami siap diannounce oleh emcee lagi. Dah la pakai baju pun semua sedondon. Tumpuan yang seketika tu seolah-olah pengantin dah sampai lah.

Wow makan free

Seronoknya pergi wedding

Sempat pula bergambar bersama peminat

Ok, selepas ni saya sambung pula bahagian ke 2 yang menceritakan aktiviti selepas wedding nih. Memang menarik dan jarang-jarang saya lakukan. Tunggu ye...

p/s : seronok berjalan-jalan dengan kawan-kawan ke merata tempat~

Saturday, January 09, 2010

Rendering Team!

Salam 1 Malaysia!. Wah, mengambil masa lebih kurang seminggu satu team rendering berkerja keras bukan untuk menyiapkan render tapi menyiapkan team introduction di blog utama Les' Copaque. Bukan apa, selain orang boleh tahu siapa yang bekerja dibelakang tabir Upin & Ipin, sekali sekala muka masuk blog utama apa salahnya kan? Promote la sket. Dalam tempoh seminggu tu pelbagai langkah-langkah termasuklah dari sebesar-besarnya hinggalah sekecik-keciknya dilakukan. Idea, ambil gambar, edit gambar, tulis blog... macam-macamlah dilakukan bersama. Kalau nak tau lebih detail gi jela baca blog LCP tuh.

All team members

Karikatur bersama Upin & Ipin
(click to enlarge)

Yang menariknya, ialah gambar design ala-ala karikatur neh. Kami semua seolah-olah didesign sedang menyiapkan salah satu scene di dalam siri Upin & Ipin. Kalau nak ikutkan di dalam dunia sebenarnya kerja rendering team ni memanglah macam ni. Makeup artis, lightingman, cameraman, propsman dan segala-gala jenis man lah. Tapi semua tu kita hasilkan di dalam komputer. Menarikkan?

p/s: sapa2 nak apply keje cakap eh

Monday, January 04, 2010

Perpustakaan Awam Terengganu (Bah. 2)

Sambungan pada hari kedua event di Perpustakaan Awam Terengganu dengan rutin biasa seperti jualan dan promosi barangan Upin & Ipin. Namun seperti yang dijadualkan saya akan mengadakan semimar animasi sekitar 2 jam disebelah petangnya. Saya takde lah takut atau gementar untuk bercakap di depan cuma biasanya saya akan cuba untuk menukar stail persembahan mengikut peredaran masa dan siapa yang menyertai seminar tersebut. Hmm, saya diberitahu pada awal paginya lebih kurang 200 orang akan menyertai seminar ini termasuklah sokongan laporan dari Terengganu FM. Hmm, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Tapi sebelum itu, disebelah paginya aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna turut diadakan.

Epol dan Nad giat mempromosikan barangan Upin & Ipin

Antara adik yang menyertai pertandingan mewarna

Comel ek adik ni bertudung.

Akhirnya semasa sesi seminar berlangsung hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang menyertai. Masing-masing kebanyakkannya ialah pelajar animasi dari IPT di Terengganu dan semangat untuk mengetahui secara kasar bagaimana animasi Upin & Ipin dihasilkan. Diselitkan dengan demostrasi animasi yang pertama kali saya applykan dan sedikit kuiz soal jawab sedikit sebanyak dapat melibatkan pelajar-pelajar ni dalam sesi seminar. Ringkas dan mudah namun saya diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar2 ni. Kalau nak tahu lebih lagi, kenalah datang ke studio di Shah Alam sendiri.

Dalam dewan seminar

Oo... tadela ramai sangat

Dengar ye semua apa saya cakap neh


Sekejap je rasa 2 jam selesai juga seminar animasi ni. Selesai je seminar, maknanya masing-masing pun sudah bolehlah berkemas kerana tiada lagi event pada keesokkan harinya. Namun, kami bermalam semalaman lagi dan hanya akan bertolak balik esok paginya. Destinasi makan malam kali ini pula agak berbeza. Nama restorannya Paradise Deluxe dan menawarkan pelbagai pilihan makanan halal ala-ala chinese food. Memang beberapa makanan special kat sini memang sedap dan berbaloi. Walaupun nampak macam mahal, tapi keseluruhan harganya boleh tahan. Sambil menjamu selera dihiburkan pula dengan nyanyian oleh brader Bob. Kat sini juga dikatakan sudah ramai artis-artis datang makan termasuklah dato CT. Sebaik sahaja tuan kedai tahu yang kami sebenarnya krew Upin & Ipin terus nak ambil gambar bersama-sama. Nak buat frame gambar katanya nanti.

Banyak juga pilihan makanan

Sotong masak apa ntah... tapi sedap!

Bergambar di dalam restoran selepas selesai makan

Seawal pagi keesokkan harinya kami pun singah sebentar di kawasan pasar payang. Orang kata kalau tak singgah di sini memang tak lengap trip ke Terengganu. Belilah makanan serba sedikit sambil yang lainnya mencuci mata. Kat Terengganu ni banyak sungguh jenis makanan ala-ala kerepek ikan tu. Saya pun taktau namanya, main beli aje.

Antara makanan ringan di sini

Ni telur penyu. Mahal jugak harganya

Shima beli banyak nak buat bisnes rasanya

Epol, Amin, Ida dan Nurul ketika mencari tudung

Overall trip di Terengganu ni memang okay. Bukan sahaja eventnya yang best tapi dapat juga kami merehatkan diri di tepi pantai selama 3 malam berturut-turut. Pihak penganjur pula sangat sporting dan peramah. InsyaAllah kami akan ke sana lagi sekiranya ada jemputan.

p/s : kitaorang semua dah pandai buat sata selepas trip neh

Saturday, January 02, 2010

Perpustakaan Awam Terengganu (Bah. 1)

Perjalanan yang panjang tak terasa apabila pelbagai jenis lagu dinyanyi bersama-sama termasuklah lagu Blues Terengganu. Begitulah semangat semasa perjalanan ke Terengganu yang memakan masa lebih kurang 7 jam ini. Agenda kali ini pula ialah untuk memeriahkan event di Perpustakaan Awam Terengganu sempena musim cuti sekolah ni. Saya selain membantu maskot turut akan mengadakan seminar animasi bagi pelajar-pelajar. Taktau la apa nak cakap kerana slotnya agak panjang juga. Tapi nantilah fikir, yang penting sampai saja di Terengganu ni kita mestilah carik makan dulu. Betul3x.

Kedai air buah Saadam Hussien yang
menawarkan banyak menu air buah


Ramai jugak yang makan kat sini

Antara yang join event ni,
masing-masing muka kelaparan

Akhirnya setelah ditanya-tanya kami semuapun singgah di Ibai (kalau tak salah) berhadapan dengan Masjid Terapung. Kat sini dikatakan antara kedai makan yang femes selain pilihan air buah yang banyak. Tapi mungkin time ni terlalu ramai orang jadi saya rasa dari segi servis dan kualiti makanannya biasa saja. Dah lapar jadi kami makan aje lah. Lepas makan kamipun konon-konon nak lepak tepi pantai sekejap sebelum masing-masing balik tidur. Pantai Batu Buruk dekat-dekat dengan A&W ini ajelah yang menjadi port kami pada malam tu dan sekali gus pada malam-malam seterusnya. Pada masa ini cuaca yang agak winding dengan ombak yang boleh tahan tinggi ini membuat kami teruja melihatnya. Angin yang sangat kuat yang mampu menerbangkan Shima ini juga dikatakan oleh penduduk setempat masih ditahap biasa lagi. Ombak yang sangat tinggi ini juga kadang kala menghampiri tebing jalan. Walau apa pun, lepak kat tepi pantai sambil ditiup angin ni memang mengasyikkan.

Dua-dua pun dapat amik gambar ea.

Nad jangan terjun!


Lepak tepi pantai sambil makan A&W

Keesokkan paginya barulah bermula tugas sebenar. Pada mula-mulanya kami agak sangsi sikit dengan event di perpustakaan. Yelah, namapun perpustakaan takkanlah ramai sangat orang yang datang dan takkanlah happening sangat kut. Tapi, di Perpustakaan Awam Terengganu ni suasana dan konsepnya sungguh unik dan lain sekali. Selain menjalankan aktiviti rutin perpustakaan di sini juga mengadakan pelbagai kelas bahasa termasuklah bahasa Mandarin dan France. Begitu ramai pengunjung yang datang lebih-lebih lagi pada hari cuti umum. Perpustakaan di sini telah dijadikan sebagai salah satu pusat maklumat yang terpenting. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan pasti mendapat sambutan oleh penduduk sekitar.

Maskot Upin & Ipin yang dibawa sememangnya mendapat sambutan diluar jangkaan. Sangat ramai peminat sehingga kami terpaksa menambah sesi untuk memenuhi permintaan bergambar bersama adik-adik kecil. Kalau biasanya di perpustakaan kena senyap, tapi kat sini tak perlu. Saya bersama Shima juga turut mengadakan soalan-soalan kuiz untuk peminat-peminat di sini. Memang dah bukan macam perpustakaan.

Antara suasana ketika kemunculan maskot

Saya dan Shima ketika sesi kuiz

Upin & Ipin gi baca buku rupanya

Upin & Ipin bergambar bersama orang penting
Perpustakaan Awam Terengganu



Antara adik-adik yang bergambar di akhir sesi fotografi

Oklah, kitaorang pula bergambar

Ha, walaupun dah selesai adik-adik ni bergambar dengan Upin & Ipin tapi tugas kami belum lagi selesai. Oleh kerana event ni berlangsung selama 2 hari, jadi jumpalah lagi dikeesokkan harinya. Tutup kedai sekitar pukul 6 membolehkan kami berjalan-jalan di tepi pantai sekali lagi. Kali ini lain pula kerana suasana di waktu petang lebih menarik dan cantik dengan tiupan angin yang sesuai untuk layang-layang. Masing-masing terus menyerbu ke tepi pantai dengan crocs masing-masing. Tak kisahlah, bukan crocs ori pun.. hehe. Tapi memang cantiklah time ni. Dengan ramai orang bermain layang-layang dah macam berpesta.

Suasana di tepi pantai waktu petang. Cantikkan!

Satey ikan yang tak kenyang dimakan

Jagung bakar feveret saya.

Sapa lompat paling tinggi dia belanja satey

Nad sedang menikmati pemandangan
pantai sambil berpuisi

Ok, tugas penting saya hanya bermula pada keesokkkan harinya. Nak tahu macam mana suasananya tunggukan bahagian ke 2 nanti.

p/s : rasa macam dah biasa ke Terengganu, tapi trip ni yang paling rasa tak jauh. Mungkin sebab ada kelas vocal disepanjang perjalanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...