Followers

Thursday, December 16, 2010

Seharian bersama Upin, Ipin dan Kak Ros

Saya berasa sungguh seronok seharian bersama dengan Upin, Ipin dan Kak Ros. Semuanya berkisar dari perjalanan kami ke studio SuriaFM untuk sesi temubual. Saya ni kan penjaga semua voice talents jadi memang sudah menjadi tanggung jawab saya membawa mereka ke studio dan memastikan segala perjalanan aturcara berjalan dengan baik. Kami diminta berada di studio pada pukul 7:30pagi. Tetapi 7:30 pagi kami masih di dalam kereta dan baru bergerak masuk ke KL melalui Putrajaya. Yelah, mula-mula saya kena ambik Kak Ros di Shah Alam dan kemudian ambil Upin/Ipin di Putrajaya. Barulah boleh ke studio SuriaFM yang terletak berhampiran dengan bulatan Pahang. Jauhnya bertambah dengan jem pulak tu.


Kesian Abang Halim tunggu kat studio

Abang Halim dan Zizi secara spontannya sudahpun memberi hints yang Upin & Ipin akan berada di studio pagi itu. Jam dah pun hampir pukul 8pagi dan kami masih di dalam kereta bersama dengan kesesakan lalulintas. Kami masih mendengar radio Suria FM kalau-kalau ada perkembangan terkini. Abang Halim berjenaka yang Upin & Ipin sudahpun sampai tetapi masih sangkut di lobi kerana ramai sangat peminat. Saya dan Kak Ros berpandangan sesama sendiri tanda cuak. Setelah mengharungi pelbagai halangan, akhirnya kami sampai juga sekitar pukul 9 pagi. Ada juga terlintas niat untuk mengaku kalah, tetapi kami taknak pulang dengan sia-sia. Syiela pula yang dah tidur bangun berapa kali entah, begitu tenang menyapa apabila sudah tiba ditempat parking kereta.

Syiela ketika mencuba headphone yang diberi

Abang Halim yang begitu sempoi

Zizi, Kak Ros, Syiela dan Abang Halim

Syiela dan Idaman (Kak Ros) sempat juga memenuhi baki 1 jam slot yang ada pagi itu. Bolehlah daripada tade. Keadaan office di SuriaFM agak sunyi tidak seperti studi HotFM. Kami bergambar bersama penyampai radio dan terus meninggalkan studio. Abang Halim seorang sahaja yang mengiringkan kami dari studio hinggalah ke lobi. Erm, agak segan pada mulanya sebab saya begitu menyanjungi Abang Halim. Dia sangat peramah dan baik. Seronok dapat berjumpa. (Tapi kenapa saya tak ambik gambar dengan dia? uhuhuk)

Oklah, bila saja balik saya mengajak Syiela dan Idaman untuk teman saya servis Honda City untuk 1000 mileage. Dorang pun ok je sebab tak rushing sangat. Pertama kali ke pusat Honda, saya rasa bangga sebab saya membawa 2 talents besar. Ermm, tapi sorang pun tak kenal dengan Syiela mahpun Kak Ros. Akhirnya cleaner Indonesia di situ yang mengecam Syiela. Terer betul dorang neh.

Kak Ros asyik main PSP je.. main game apa tu

Erm, lama juga nak tunggu ni

Oklah, pasal Honda pulak. Disepanjang kami berada di pusat Honda ni, teruja betul Syiela berceria pasal Honda ayahnya. Dia kata ayah dia juga ada kereta Honda. Erm, sempat pula Syiela kata dia nak beli kereta Honda bila dah besar nanti. Kalau nak tahu, Syiela ni juga suka bergambar. Kebanyakkan dari gambar kat blog ni, Syiela yang ambil. Sudah tentu pakai kamera saya. Takpe, awal-awal ni kita galakkan dia minat dengan camera, nanti dah besar senang.

Ni ke kereta ayah Syiela?

Erm, ni kereta saya

Kacau Kak Ros main PSP jap

Wah, Syiela dah book kereta Honda

Dah boleh buat down payment kereta dah ni

Makan McD

Lebih kurang sejam kat situ, akhirnya kami pun balik ke LCP. Tapi sebelum tu, terasa macam nak pergi makanlah. Jadi kami pun singgahlah ke McD Giant sekejap. Selepas tu, kami pun balik ke office. Saya tinggalkan kamera saya bersama Syiela dan di bawah ini merupakan diantara gambar yang diambil oleh Syiela. Entah, macam-macam gambar di ambil.


Uncle sempoi

Fizi pun ada?

Gambar apa ni?

Syiela nak key in gaji sendiri ke? hehe

Oklah, pada sebelah petangnya selepas selesai sesi rakaman suara, saya menghantar Syiela balik kat rumah dia di Putrajaya. Seronok layan dia bercakap disepanjang perjalanan. Ok, nanti kita jalan-jalan lagi.

p/s : Syiela sibuk betul bekerja~

Saturday, December 11, 2010

New Honda City

Alhamdullillah, rasanya sangat lama tak menulis di blog sendiri. Untuk seketika dah hampir terlupa ada blog ini. Tapi ada juga beberapa rakan blog yang mendesak supaya saya tidak berhenti dari menulis. Yela, banyak juga update yang nak saya kongsikan. Ada seorang rakan blog dah juga bekas rakan seperjuangan rasanya sejak dah berumah tangga ni blognya sudah lama tidak berupdate. Agaknya macam tulah orang dah berkeluarga. Tapi kali ini saya nak berkongsi mengenai perkara yang lain iaitu kereta yang baru saya beli. Ianya merupakan Honda City berwarna putih. Alhamdullilah, dah lama saya berangan nak beli baru sekarang dapat merasa.

Honda City

Warna Putih pilihan hati

Sebenarnya kereta lama saya (Satria) saya dah pakai lebih dari 4 tahun dan masa itu saya baru saja bekerja di Les' Copaque. Saya pakai saja kereta mana yang mampu. Masa zaman tu saya mengidam nak beli Gen-2 sebab masa tu Gen-2 baru saja keluar. Tapi akhirnya sekrang dah berubah ke Honda. Erm, pertama kali saya pakai kereta ini tidaklah terasa kekok sangat atau tidak biasa drive. Mungkin sebab saya kadang-kadang dah biasa bawa pelbagai jenis kereta termasuklah kereta bos. Kereta warna putih ni nak jaganya susah sebab cepat kotor. Buat masa ini saya basuh kereta 2 kali seminggu. Banyakkan? Bukannya nak basuh sangat, cuma laluan saya tu selalu je kotor dan orang kat kawasan perumahan saya selalu buang macam-macam melalui tingkap. Uhuhuk.


Ambi Pur pilihan untuk pewangi kereta

Suka bangla ni basuh kete


P/S : Syukur

Tuesday, August 10, 2010

My workstation

Nak kata workstation sangat tu takdelah, cuma kali ni saya nak berkongsi mengenai gambar tempat saya bekerja di rumah. Saya lebih selesa pakai laptop saya ni dan diattachkan kepada monitor. Erm, kalau ada duit lebih ada monitor widescreen besar pun cun jugak ni. Laptop yang saya sedang gunakan ialah DELL XPS 16" dan sesuai untuk kegunaan gaming dan kerja 3D ringkas. Kiranya kalau nak render sikit-sikit tu bolehlah pakai laptop ni. Laptop ni setiap hari saya gunakan untuk update facebook, transfer gambar dari DSLR, transfer video/lagu ke handphone saya, tengok movie dan mendengar lagu. Selain laptop kesayangan saya ni, NOKIA N900 saya antara item kesayangan saya yang baru. Dengan N900 ni, pada kebiasaanya saya mendengar internet radio sambil membluetoothkan audio out nya ke speaker melalui laptop saya. Erm, memang best.

Kawasan keseluruhan workstation

Laptop Dell XPS saya yang tidak
pernah mengecewakan


Nokia N900 yang dibluetoothkan bersama laptop

Ha, macamtu lah rupa workstation saya ni. Lepas ni saya akan kongsi cara saya mengoptimumkan kegunaan N900 saya dengan kawasan sekeliling saya. Saya boleh spend sepanjang weekend saya dengan hanya duduk di workstation saya.


Monday, August 09, 2010

My New Nokia N900

Di dalam keghairahan ramai orang ingin memiliki iPhone mahupun Blackberry, saya mencari alternatif lain kerana ingin lari dari populariti iPhone. Saya yang pada asalnya pengikut setia Sony Ericsson langsung tidak dapat memilih saya mobilephone keluaran Sonypun yang setanding atau lebih hebat dari iPhone. Tetapi semenjak 2-3 bulan lepas, saya diperkenalkan dengan Nokia N900. Persamaannya dengan iPhone memang tidak dapat ditolak lagi, bahkan beberapa ciri dalam N900 ini tiada pada iPhone. Setelah sekian lama saya membuat kajian akhirnya saya pun telah membeli Nokia N900 ini. Di sini saya ingin berkongsi kenapa saya memilih N900 berbanding handphone lain dan apakah kebaikan N900 serta keburukannya.

N900 yang menggunakan OS Maemo (linux based)

Slide Phone
Antara ciri-ciri yang saya suka ialah slidephone. Walaupun orang kata slidephone mudah rosak, tetapi apa handphone pun yang tidak mudah rosak. Kalau dah pakai tu, lama-lama nanti rosak juga. Tak pakai pun boleh rosak.

QWERTY Keyboard
N900 juga menawarkan QWERTY keyboard pada features slidenya. Antara yang saya suka ialah, features ketika nak menaip SMS ni boleh dipilih samada nak mengunakan QWERTY keyboard ataupun virtual keyboard (macam iPhone). Semua huruf memang dah ada dikeyboard ni dan tak perlu menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf yang lain.


Screen Besar (Lebih besar dari iPhone)
Ye, betul cakap saya screennya lebih besar. Walaupun secara kasarnya screen N900 & iPhone nampak sama, tetapi resolution yang membezakan. iPhone resolution yang boleh disupport ialah 480 X 320. Tetapi untuk N900 saiz resolutionnya ialah 800 X 480. Ini bermakna setiap gambar dan video dari N900 ni lebih cantik dan sharp. Betul, tak tipu.

Support Flash
Ops, iPhone tak support Flash tetapi N900 boleh memainkan laman web flash tanpa ada masalah.

4 Multiple Panoramic Desktop
Bayangkan 4 desktop yang panjang dan semuanya disimpan di desktop N900. Setiap desktop boleh diubah dan disusun icon serta shortcut mengikut kesesuaian. Hanya perlu slidekan pada screen untuk lihat setiap desktop

32 GB Storage
Ye, 32 GB storage ni hanyalah built-in memory. Ini bermakna kita boleh tambah lagi memory lain untuk mendapat tahap jumlah memory yang lebih besar. Memang tamak betul.

Bluetooh, MMS, Ringtone
Dengan N900 ni kita boleh mengunakan bluetooh dengan mudah. Kalau nak setkan ringtones untuk SMS, untuk orang lain, semuanya boleh disetkan dengan mudah. Kalau iPhone perkara ni agak terbatas. Hanya boleh bluetooh dengan iPhone sahaja.




Kebaikan
N900 ni sememangnya handphone berkuasa tinggi yang tiada batasannya. N900 mempunyai hardware yang tinggi dan OS nya yang opensourge membolehkan kita mengubah N900 ni kepada pelbagai kegunaan. Seperti menggunakan komputer tetapi bersaiz kecil. Asalkan kita rajin nak explore, mesti ada benda baru yang seronok untuk dicuba.

Keburukan
Application yang ditawarkan tidak secanggih iPhone yang mempunyai beribu-ribu application yang menarik di Apple Store. Patutnya Nokia patut menambah lagi application seperti ini di dalam OVI Store. Selain itu, bateri N900 yang sungguh kuat dan cepat habis. Tetapi saya juga diberitahu, iPhone juga mempunyai masalah yang sama.


p/s : kepada pengguna iPhone jangan salah faham dan marah saya kerana saya juga terasa ingin membeli iPad satu hari nanti.

Wedding Aida Gadis Melayu & Saiful Penyampai Berita TV3

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang sudah lama menyepi. Ada lagi ke pembaca blog saya ni? Sudah 2 bulan menyepi dan saya terlalu sibuk mengupdate blog yang satu lagi. Tapi saya rindu blog saya sendiri. Jadi, kali ni saya akan membayar hutang blog saya dengan pos lama yang patutnya saya pos 2 bulan lepas. Wedding yang dinanti-nanti dan menjadi perbualan ramai orang. Siapa lagi kalau bukan wedding Aida dan Saiful. Sebaik sahaja saya selesai upload gambar wedding mereka berdua ni fi Facebook, habis gambar yang saya upload tu orang ambik dan taruk di web-web peribadi. Tapi takpe, yang penting saya sangat gembira kerana diundang ke wedding Aida ni, dapat 2 kali kad jemputan lagi. Nampak sangat wajib datang. Hahaha...

Cantik kad menghiasi meja majlis

Dewan perkahwinan yang besar dan cantik

Dewan dipenuhi dengan tetamu undangan

Majlis perkahwinan ni dilangsungkan di dewan MBPJ pada 6 Jun yang lepas. Saya dan Afiq sudah mula bertolak dari rumah sejak awal petang lagi sambil membawa hadiah istimewa untuk pengantin. Saya dan pengantin je tahu apa isi hadiahnya. Hehe... Jarang-jarang ke wedding artis, mestilah nak kena bersiap sedia dengan camera. Menjejakkan kaki saja ke dalam dewan majlis, sudah boleh mula nampak beberapa orang artis dan orang kenamaan turut memeriahkan majlis. Antara yang saya boleh ingat ialah kawan baik Aida iaitu peserta gadis melayu seperti Husna, Aisyah dan Zehra Zamri. Tidak kurang juga, beberapa orang besar seperti Dato Seri Farid Ridzuan dan beberapa menteri yang lain.

Pesilat kecil sedang bersiap sedia

Wah, banyaknya hadiah!

Saiful dan Aida ketika mula berarak ke dalam dewan

Ramainya jurukamera berebut dan ambil gambar

Antara VVIP yang duduk dikerusi hadapan sekali

Bila mula saja pengantin dibawak berarak masuk ke dalam dewan, begitu ramai jurukamera yanng berebut-rebut nak ambil gambar. Saya pun dengan berbekal kamera putih sama-sama berebut mengambil gambar juga. Ada diantaranya yang dari program NONA, Berita TV3, surat khabar dan majalah. Tetapi saya yang tidak dari mana-mana ni dengan selambanya turut berebut mengambil gambar. Biar nampak macam orang media sikit. Pasangan pengantin yang sepakat mengenakan pakaian putih sungguh kelihatan cantik dan ayu. Majlis yang begitu santai dan tenang ini begitu meriah dan terasa cepat masa berlalu. Antara yang membuat saya teruja ialah video wedding mereka. Video yang dihasilkan seolah-olah video music video lagu dengan shots dan camera angle yang sungguh cantik.

Pasangan pengantin dipelamin tersenyum


Zehra Zamri ambil gambar sendiri nampaknya

Comelnya adik Aida, dengar cakap pulak tu

Scene suap kek pulut


Saiful & Aida nampak sama cantik dan padan

Afiq dan saya sempat bergambar bersama pengantin

Majlis perkahwinan yang berakhir sekitar 11 malam ini, membuatkan saya terbayang-bayang macam mana nanti majlis saya pula. Ketika saya menulis blog ini, Afiq pula baru sahaja pulang dari berbulan madu. Wah, semua orang dah kahwin ni. InyaAllah, kalau ada jodoh nanti tak lamalah tu. Hehe

p/s : terima kasih kepad Zawin, adik Aida kerana banyak membantu. Ohyeah!

Friday, June 04, 2010

Akademi Vokal untuk Nanad

Kalau kita biasa dengar Akademi Fantasia ataupun Mentor mahupun Gangstar, geng-geng LCP sendiri di atas dasar-dasar mencungkil bakat terpendam dan mengubat luka dihati sebenarnya agak aktif menganjurkan Akademi Vokal. Akademi Vokal mahupun bahasa kasarnya karaoke beramai-ramai ini kerap dilakukan di area Klang ataupun Shah Alam. Bilangan penyanyinya pula biasanya mesti lebih dari 12 orang, barulah dipanggil Akademi.

Suasana di bilik Akademi

Leman sedang menghayati
lagu yang disampaikan

Akademi Vokal kali ini agak istimewa kerana ianya bersempena dengan hari terakhir salah seorang kakitangan LCM iaitu Nanad. Nanad ni merupakan antara member yang rapat dan juga persaing Ella kalau di dalam Akademi Vokal kami. Kami sungguh teruja setiap kali Nanad menyanyikan lagu Ella kerana ianya memang sama. Lirik lagu yang dia nyanyikan memang sama dengan Ella.

Nyanyi la lagi

Ni nyanyi sampai keluar lidah dah

Pada kebiasaannya bila dah ramai macam ni, Akademi ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. Memang masing-masing sangat sporting dan menyokong persembahan orang-orang yang lain. Antara penyanyi lain yang mendapat undian tertinggi pada kebiasaanya ialah Kiki. Kiki ni merupakan salah seorang intern yang pada masa ini dah sambung belajar. Yang ajaibnya tentang Kiki ni tenaga dia tak pernah abis dan selalu akan mengikut video klip. Kalau penyanyi tu menari panjat dinding, dia pun nak panjat dinding. Kagum banget!

Kiki bersemangat

Macam-macam aksi pun ada

Nanad dan Kiki bergabung, meletop tak?

Gambar kenangan bersama Nanad

Aik, gambar saya tade ke? Iye, gambar saya tak banyak kerana sayalah jurugambar pada masa itu. Suara saya pun tak sedap sangat, jadi malaslah promote lebih2. Tapi dorang ni semua sering menyamakan saya dengan Yusry KRU. Saya pun kurang pasti kenapa. Tapi apa-apapon, all the best kepada Nanad kerana setiap lagu yang dinyanyikan bersama akan diabadikan. Ceh wah...

Wednesday, June 02, 2010

Wedding Hakim di Galeri Shah Alam

Ish, ish... sungguh malas saya ni menulis blog. Dalam bulan May hanya 1 entry saja yang berjaya ditulis. Tapi memandangkan pada bulan Jun ini banyak event dan wedding yang akan saya hadiri jadi saya sambung entry baru kali ini dengan sambutan majlis perkahwinan Hakim. Wedding Hakim iaitu salah seorang staff LCP ni sebenarnya dah lama berlangsung, kalau ikutkan sekarang dah habis honeymoon pun. Persandingan Hakim bersama pasangannya iaitu Azra dilangsungkan di Galeri Shah Alam.

Antara staff LCP yang datang awal

Pasangan pengantin ketika standby

Pada pendapat saya warna purple ni memang cantik sangat dan sesuai dengan pasangan ni yang berkulit cerah. Selain memang saya juga suka warna purple, warna purple ni macam menaikkan warna majlis dan menyejukkan suasana walaupun masa tu tengah panas. Kalau saya tau theme colornya puprle mesti saya juga akan pakai purple. Hehe. Boleh tahan ramai juga staff LCP yang memeriahkan majlis ni. Selain sebab majlisnya dekat, masing2 nak juga lihat pasangan Hakim dari dekat. Yela, nak kenal-kenal.

Pengantin berarak ke dalam dewan

Di pintu gerbang

Majlisnya begitu santai dan meriah. Saya yang secara automaticnya melantik diri saya sebagai juru gambar semasa itu, memang tak sempat duduk diam. Juru gambar profesional wedding ni amik dari angle sini, saya pun amik ikut angle sini... melawan tu. Saya pun memang minat ambik gambar wedding dan sekadar suka-suka mencuba angle-angle yang berbeza. Lebih kurang sejam lebih rasanya kitaorang di sini, sedikit sebanyak dapatlah berkongsi kemeriahan majlis persandingan Hakim ni. Hakim ni actually, semasa wedding ni dia masih bekerja sebagai seorang web designer. Jadi saya sendiri banyak bekerjasama dengan dia.

Adam, Aliya dan Idaman ketika makan nasi minyak

Huyoo, camera Leica ni

Cameraman ketika mengambil gambar keluarga

Bergambar bersama-sama semua staff LCP

I was here

Ok, lastly nak ucapkan semoga berbahagia hendaknya pasangan ni. Saya mendoakan semoga berkekalan sampai ke anak cucu . Erm, lepas ni kita ke wedding sapa pula. Ha, tunggu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...