Followers

Monday, November 30, 2009

Selamatkan Kucing!

Sekali lagi saya membela kucing walaupun mengikut rekod yang lepas-lepas kucing tu sama ada lari ataupun saya lepaskan sendiri. Tapi kali ini agak lain sikit (harap-haraplah) sebab saya dah memjaga kucing ni dari kecik lagi sampai la sekarang. Sekarang ni rasanya umur dia dalam 2-3 bulan dan dah pandai buang air besar di tempat yang saya sediakan. Kalau pada awal-awal dulu Tuhan saja yang tahu. Buang sesuka-suki. Kucing putih ni pula diberika nama oleh housemate saya iaitu sebagai "Kimba". Nama ni datang dari animasi White Lion. Lebih kurang cam tu la.

Kimba suka amik gambar

Tak dinafikan nak jaga kucing ni bukan sahaja kena sabar, tapi kena pakai banyak jugak duit. Nak kena beli tu.. beli ni tapi kalau dah suka apa-apa pun tak kisah. Tapi lately ada pula idea-idea di mana saya terpaksa membuang Kimba di atas sebab-sebab housemate saya kurang menyenangni kehadiran kucing di rumah. Yelah, mungkin sebab haritu Kimba terbuang cecair kuning kat baju dorang. Hmm, saya pada mulanya rasanya memang itu sahajalah jalan penyelesaian memandang saya pun kurang masa berada di rumah. Tapi selepas difikir-fikir sambil menonton episod Upin, Ipin dan Apin rasanya saya perlu menjaga kucing ni lagi. Tanggung jawab menjaga kucing ni harus diteruskanlah. Mungkin saya perlu membeli cage yang besar untuk Kimba ni.

Kimba lagi

Kimba dengar orang nak bagi makanan ke

Ooo, lupa pula nak cakap. Sebenarnya ada 2 ekor kucing. Seekor lagi lupa nak amik gambar masatu. Lepas ni saya post mengenai yang lagi seekor tu pula. Sambil tu doa-doala saya berjaya membela kucing ni sampai besar.

p/s : Ada orang cakap kalau orang tu bela kucing, nanti kucing tu doakan tuannya tak kahwin sebab dia taknak hilang belaian tuannya itu. Hmm?

3 comments:

  1. wuuuu.. kucing laa.. comel.. meow~ hehe.. teringin nk bela kucing tp keadaan x mengizinkan..

    ReplyDelete
  2. Kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah..Kenapa perlu dibuang??Tau x? Rasulullah sanggup mengunting jubahnya untuk tidak mengejutkan kucing yg sedag tidur di atasnya..jaga kucing macam jaga anak jugak..Mengajar kita untuk jadi sabar..Mengajar kita cara untuk luahkan rasa sayang..Setiap makhluk yang kita berbuat baik padanya, Insya Allah ia akan mendoakan rezeki untuk kita..Kimba ni ekor die cantik!jangan buang!!

    ReplyDelete
  3. jgn percaya dgn karut dan tahyul..
    sebanarnya bela kucing dalam rumah, kucing akan doakan tuannya , kerana tiap detik dia akn berzikir pada allah~

    ps: sape yg x kawen tuh sbb bela kucing,menjadikan die obses ngn kucing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...