Followers

Monday, November 30, 2009

Selamatkan Kucing!

Sekali lagi saya membela kucing walaupun mengikut rekod yang lepas-lepas kucing tu sama ada lari ataupun saya lepaskan sendiri. Tapi kali ini agak lain sikit (harap-haraplah) sebab saya dah memjaga kucing ni dari kecik lagi sampai la sekarang. Sekarang ni rasanya umur dia dalam 2-3 bulan dan dah pandai buang air besar di tempat yang saya sediakan. Kalau pada awal-awal dulu Tuhan saja yang tahu. Buang sesuka-suki. Kucing putih ni pula diberika nama oleh housemate saya iaitu sebagai "Kimba". Nama ni datang dari animasi White Lion. Lebih kurang cam tu la.

Kimba suka amik gambar

Tak dinafikan nak jaga kucing ni bukan sahaja kena sabar, tapi kena pakai banyak jugak duit. Nak kena beli tu.. beli ni tapi kalau dah suka apa-apa pun tak kisah. Tapi lately ada pula idea-idea di mana saya terpaksa membuang Kimba di atas sebab-sebab housemate saya kurang menyenangni kehadiran kucing di rumah. Yelah, mungkin sebab haritu Kimba terbuang cecair kuning kat baju dorang. Hmm, saya pada mulanya rasanya memang itu sahajalah jalan penyelesaian memandang saya pun kurang masa berada di rumah. Tapi selepas difikir-fikir sambil menonton episod Upin, Ipin dan Apin rasanya saya perlu menjaga kucing ni lagi. Tanggung jawab menjaga kucing ni harus diteruskanlah. Mungkin saya perlu membeli cage yang besar untuk Kimba ni.

Kimba lagi

Kimba dengar orang nak bagi makanan ke

Ooo, lupa pula nak cakap. Sebenarnya ada 2 ekor kucing. Seekor lagi lupa nak amik gambar masatu. Lepas ni saya post mengenai yang lagi seekor tu pula. Sambil tu doa-doala saya berjaya membela kucing ni sampai besar.

p/s : Ada orang cakap kalau orang tu bela kucing, nanti kucing tu doakan tuannya tak kahwin sebab dia taknak hilang belaian tuannya itu. Hmm?

Wednesday, November 25, 2009

Yay, Wedding Bollywood Zaid

Salam semua, sambungan dari shopping2 di Little India dan akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Mengalahkan pengantin, masing-masingpun sebenarnya bersiap seawal pukul 3 petang especially yang pompuannya walaupun wedding berlangsung pada waktu malam. Wedding yang diadakan di Kampung Pengantin, Setapak ni sememangnya saya tahu sangat kawasannya. Maklumlah dudukpun di area situ juga. Wedding yang berkonsepkan bollywood ni amat terasa sebaik saja menjejakkan kaki di perkarangan dewan makan. Bukan sahaja persiapannya yang sungguh indah namun lagu bollywood yang sering diputarkan juga menaikkan mood bollywood.

Pelamin anganku musnah, eh ni bukan pelamin pengantin

Suasana ketika jamuan makan

Sebelum bercerita mengenai pakaian yang kitaorang beli, mari kita lihat pakaian pengantin yang begitu cantik. Mau berapa la harganya ni. Lupa pula nak cerita wedding ni ialah diantara Usamah Zaid dan Azi. Zaid ni merangkap animation director di LCP dan Azi pula bekerja di syarikat periklanan swasta. Dulu Azi pernah bekerja di LCP di dalam department script dalam tempoh sebulan rasanya. Masatu la orang kata bibit-bibit cinta berputik. Ok, cuba tengok gambar pengantin kat bawah ni. Kan macam pinang dibelah sepuluh tu. Sama cantik sama kacak.

Antara staff wanita yang berpakaian
sari moden campur baju kurung

Zaid & Azi

Afiq, Zaid, Azi dan Zarin

Selepas melihat pasangan pengantin ni apa kata kita lihat pasangan yang lain pula. Buat masa sekarang ni mesti dah perasankan pakaian saya. Baju Khurta ni bukan sahaja pertama kali saya pakai dan pertama kali beli. Tapi pertama kali juga pakai baju bewarna pink. Tekad dan tidak ambil peduli apa orang kata saya pun pakailah time tu. Outputnya, memberansangkan. Kurang sikit je dari pengantin... hehe. Semua staff wanita pun nak bergambar dengan saya. Ha tengok, sorang-sorang tu nak bergambar.

Bersama Fazidah

Bersama Nadirah

Bersama Aien

Bersama semua, tak larat nak post satu2 gambar

Semua staff LCP yang memeriahkan majlis malam tu


Keseluruhannya memang happening sungguh majlis wedding ni. Tak kurang juga yang dah terfikir nak kahwin lepas ni. Yang masih single pula tak kurang ingin mencari. Walau apa-apa pun diharapkan Zaid dan Azi akan berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya. InsyaAllah

Jom poco - poco!

Alhamdullilah, selepas beberapa minggu balik dari company trip di Cherating bulan lepas masing-masing tiba-tiba macam semangat nak menari poco-poco. Pertama kali aktiviti menari poco-poco di Cherating terus dibawa-bawa sampai ke office. Dengan hasil undian berdasarkan respon orang ramao akhirnya kelas tarian ni dilakukan setiap minggu selepas office hour. Mula-mula tu masing-masing malu-malu kambing, tapi selepas beberapa orang start dulu semangat menari tu pun datanglah.

Menari di lobi office pun jadilah

Aien sebenarnya tengah malu ni

Sebenarnya poco-poco ni bukan saja di LCP telah menjadi ikutan, tapi dah lama dah sebenarnya di company lain lebih2 lagi badan kerajaan. Selain bersenam, poco-poco ni sangat menghiburkan. Stepnya bukan saja senang nak dihafal tapi boleh mengeluarkan peluh. Semasa saya menulis blog ni boleh dikata dah masuk bulan ke dua akitiviti menari ni dilakukan. Sekarang ni dah macam-macam jenis tarian yang kami explore. Saya pun bukanlah terer sangat, sekadar mengikut aje.

Nari sudah

Nell pun join ok

Cikgu Nurul ni, macam-macam tarian di reti buat

Macam-macam aksi pun ada

Kalau sempat dalam post selepas ini saya akan revealkan wajah cikgu besarnya pula. Tak sempat nak ambil untuk post ini. InsyaAllah kelas ni akan diteruskan dengan bantuan tenaga pengajar dari luar pula lepas ni. Hehe, mungkinlah.

Wednesday, November 18, 2009

LCP new jacket

Ha, dengan bangganya mempersembahkan jacket LCP yang baru. Khas untuk function formal seperti perasmian ataupun menahan kesejukan dari aircond di office. Untuk apa pun kegunaannya, ianya masih nampak bergaya dan sejak kepada pemakainya. Jacket yang khas untuk staff LCP ini sahaja direka menggunakan design simple tetapi masih nampak segak.

Antara staff LCP yang sempat
bergaya dengan jacket baru

Yang lelaki pasti akan nampak lebih kacak,
manakala yang wanita nampak lebih cantik
dengan jacket baru ini.


Yay, saya juga ada jacket baru

Terima kasih kepada design team yang telah bertungkus lumus membeli dan mencipta design jacket terbaru ni. Lepas ni senanglah nak ke mana-mana dengan jacket baru ni. Pasti akan nampak lebih segak dan terlebih kacak selepas ni. huhuh.

p/s : rasa nak belajar main ice skating la

Tuesday, November 17, 2009

Menyerang Little India!

Yay, sempena wedding Zaid yang akan dilangsungkan pada keesokkan harinya malam tu juga beberapa orang staff LCP telah menyerang Little India untuk membeli pakaian bollywood masing-masing. Little India yang terletak di Klang ni telah menjadi pusat tumpuan warga kerja yang jarang-jarang bershopping, apa tah pakaian ala-ala bollywood. Pakaian lelaki yang dipanggil khurta manakala pakaian wanita iaitu sari dijual dari RM50 hinggalah kepada ratusan ringgit.

Ramainya orang nak beli

Masih mencari baju idaman

Selepas selesai membeli

Masing-masing memang shopping sakan mengikut bugget masing-masing. Bukan selalu menghadiri majlis perkahwinan ala-ala bollywood sebegini jadi masing-masing tak melepaskan peluang untuk melaram pada keeesokkan malam nanti. Tak kira bangsa masing-masing turut mengenakan pakaian ala-ala bollywood bagi menceriakan malam tu nanti.

Hasan dan Kevin dengan khurta masing-masing

Idaman yang juga turut bershopping

Tetapi di dalam kesibukkan orang menyerbu di dalam kedai di atas, saya telah menyelinap ke kedai yang lain pula untuk mencari sepasang baju yang lebih unik dan lain dari yang lain. Setelah agak lama mencari, akhirnya saya sudah ketemui baju yang menanti saya selama ini untuk dibeli. Bagaimana agaknya rupa baju tu, nantilah di post selepas ini. Selain itu, terima kasih diucapkan kepada Idaman kerana mengambil gambar-gambar semasa sesi bershopping di Little India.

Monday, November 16, 2009

Boling di Sunway!

Salam semua. Setelah saya mengipas-gipas sawang di blog ni yang sudah lama tak berusik akhirnya siaplah juga topik blog terkini berkaitan dengan aktiviti ringan-ringan yang telah dilangsungkan di Sunway Piramid. Boleh dikatakan pertama kali LCP sendiri mengadakan permainan bowling beramai-ramai macam ni. Yelah, sekali main hampir separuh lane boling di Sunway telah diconquer oleh staff LCP. Bagaikan di rumah sendiri, aktiviti bermain boling sememangnya diadakan tanpa segan silu.

Scoreboard

Antara staff LCP yang semangat bergambar
sebelum bermain boling

Ida Rahayu ketika membuat spare

Bukan sahaja semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan, malahan semangat berpasukan juga tidak dilupakan. Masing-masing semangat berpakaian Upin & Ipin dan masing-masing juga berpasukan secara random bagi tidak berat sebelah. Sebenarnya boleh dikatakan beberapa staff LCP ni memang sangat hebat bermain dengan masing-masing sering mendapat strike. Tak kurang juga yang juara membersihkan longkang-longkang yang ada. Ramai juga yang sebenarnya merupakan pengalaman pertama bermain boling.

Akob memilih bola oren
sesuai dengan color tema LCP

Sarah, Yuki dan Auntie Fiza
antara yang hebat bermain boling

Kami juga tidak kurang hebatnya dengan
menyapu bersih longkang-longkang yang ada

Semua staff LCP bergambar bersama-sama

Yay, lengkap 2 games masing-masing sudah mula terasa penat lebih-lebih lagi dibahagian jari. Pengalaman yang sangat seronok lebih-lebih lagi hampir semua staff turun menyumbangkan aksi-aksi menarik masing-masing. InsyaAllah selepas berlatih tekun dapatlah kami mencabar pasukan lain pula lepas ni.

Tuesday, November 10, 2009

Beraya di Lenggong, Perak

Assalamualaikum, ini merupakan event selepas seminggu tamat hari raya walaupun namanya ialah Jamuan Rakyat Aidilfitri. Mungkin kerana perancangan yang telah dilakukan lebih awal jadi ianya diteruskan juga. Jamuan Rakyat yang dianjurkan oleh wakil rakyat daerah Lenggong, Perak YB Dato' Shamsul Anuar ini merupakan jamuan khas untuk penduduk sekitar Lenggong dan kehadiran team Upin & Ipin sedikit sebanyak menyemarakkan lagi kemeriahan jamuan ini.

Banner Jamuan Rakyat

Maskot Upin & Ipin bersedia dipersembahkan

Upin & Ipin dikerumuni peminat

Jamuan Rakyat ini bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk setempat tapi juga dari kawasan yang jauh dan jumlah keseluruhan pengunjung pada jamuan tersebut dijangkakan sekitar 10 ribu orang. Begitu ramai dan meriah, setiap kali kemunculan maskot menjadikan luar legar berhadapan dengan dewan menjadi sesak dan sempit. Bantuan Anggota Rela mengiringi maskot sedikit sebanyak mengawal kesesakan yang berlaku. Separuh hari di sini dengan kemunculan maskot lebih 5 kali cukup memenatkan kerana cuaca pada hari tersebut agak panas terik. Namun melihatkan kepuasan dari pengunjung yang dapat bergambar bersama-sama dengan watak kegemaran semua penat lelahh seolah-olah terbayar.

Antara suasana sesak ketika kemunculan maskot

Bergambar bersama dengan AJK serta Anggota Rela

Bersama semua krew Upin & Ipin

Semua AJK dan krew yang terlibat dengan jamuan ini sangatlah memberi kerjasama diluar jangkaan teruma sekali anggota Rela yang rela menemani dan melayan kerenah kami. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Walaupun perjalanan ke Lenggong ini agak jauh, namun saya berasa keseluruhan event di Lenggong amat menarik dan berjaya. Sambutan tak putus-putus dari penduduk setempat menyebabkan produk Upin & Ipin habis lebih awal dari yang dijangkakan.

Adik ni la yang asyik minta barang free


p/s : macam tak cukupt masa nak update blog.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...